Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Misi khas Kompany

Posted: 28 Apr 2012 07:15 AM PDT

MANCHESTER: Vincent Kompany menyuarakan hasratnya untuk menyekat setiap gerakan Wayne Rooney kerana penyerang Manchester United itu bertindak cemerlang ketika ini.

Kapten Manchester City itu berkata, dia suka dengan cabaran berdepan pemain seperti Rooney yang dianggap antara pemain terbaik dunia.


Dengan 33 gol, kurang dua daripada rekod gol terbanyak semusim, penyerang England itu memang patut menerima pujian ketika dia bakal berdepan Kompany dan rakan sepasukannya pada pertembungan jiran setempat yang dinanti-nanti di Stadium Etihad, awal pagi Selasa ini.

Kompany berkata: "Ia sesuatu yang amat menyeronokkan buat saya.


"Saya tidak fikir ia mudah, ia pasti sukar tapi jika kami menang, ia pasti terlalu menggembirakan.


"Sangat hebat untuk bermain menentangnya. Kami sudah bertembung beberapa kali.

"Dia antara penyerang terbaik dunia, tiada siapa yang meragui kemampuannya dan biasanya perlawanan ini pasti sengit.


"Saya sukakan pertembungan ini. Ia bukan setakat mengenai pertembungan kami berdua, tapi memang bagus bermain menentang pemain ternama. Dia memiliki semua kualiti penyerang terbaik, dia pantas, bertenaga dan seorang penjaring prolifik.

"Dia juga seorang pemimpin buat pasukannya dan itu yang menjadikannya seorang pemain yang amat istimewa." Jika United bergantung kepada sentuhan Rooney, City dijangka menurunkan penyerang bermasalah, Mario Balotelli yang sudah menjalani penggantungan perlawanan bagi pertemuan di Etihad. - AFP


Lapan tempah tiket

Posted: 28 Apr 2012 07:07 AM PDT

DUA pasukan dari Pantai Timur mengetuai lapan pasukan mara ke suku akhir Terbuka Lelaki semalam apabila berjaya melangkah ke final Karnival Futsal Harian Metro Zon Timur di Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu.

Dua pasukan itu adalah Gelombang FC B serta DJ Square A yang membenam lawan masing-masing pada suku dan separuh akhir sebelum mara ke pentas final.


Pada suku akhir, Gelombang FC B menewaskan DJ Square B, 2-1 dan membenam Gelombang FC C, 1-0 pada separuh akhir manakala DJ Square A menewaskan Labu Sayong, 2-0 di suku akhir dan menumpaskan pasukan dari Kuala Lumpur, Polo Utd menerusi penentuan sepakan penalti.

Tempat ketiga menyaksikan pertembungan Polo Utd dan Gelombang FC C yang dimenangi Polo Utd, 2-1.


Sebanyak 84 pasukan Terbuka Lelaki menyertai karnival dibawa oleh Ambank semalam dengan rata-ratanya adalah dari Pantai Timur.


Yang pasti, lapan pasukan suku akhir, DJ Square A, DJ Square B, Bari FC, Gelombang FC A. Gelombang FC B, Gelombang FC , Labu Sayong FC dan Polo UTD mengesahkan tempat beraksi di Grand Final yang dijadual berlangsung Julai ini.

Dalam saingan pertama di Zon Tengah bulan lalu, lapan pasukan yang sudah mengesahkan tempat ke Grand Final adalah Bertam Ulu FC, Court Soccer B, Dani A, Royale NR FC B, De Stadium YT B, Pemuda Medan Batu Caves, TMFT dan Glory A.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen