Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kejutan Denmark

Posted: 09 Jun 2012 04:12 PM PDT

Sukan

PEMAIN Denmark, Michael Krohn-Dehli menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Belanda dalam perlawanan Kumpulan B, awal pagi tadi.

PEMAIN Denmark, Michael Krohn-Dehli menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Belanda dalam perlawanan Kumpulan B, awal pagi tadi.

Oranje gagal gegar gawang, terperangkap serangan balas

CORAK 'Total Football', barisan berstatus bintang dan penguasaan penuh bukan jaminan kemenangan apabila Belanda bermula dengan langkah kiri selepas dikejutkan Denmark 1-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan B di Stadium Metalist, di Kharkiv, awal pagi tadi.

Kekalahan dalam kumpulan maut yang turut membabitkan Jerman dan Portugal itu, sekali gus menyempitkan laluan skuad Oranje bimbingan Bert van Marwijk untuk mara ke pusingan suku akhir. Namun Belanda harus menyalahkan diri sendiri kerana banyak mensia-siakan gerakan jaringan manakala pujian harus menjadi milik Denmark yang menggunakan sepenuhnya gerakan serangan balas pantas sebelum Michael Krohn-Dehli meledak bola leret yang melepasi celah kaki penjaga gol, Maarten Stekelenburg pada minit ke-24.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

din

Serangan bertali arus dr belanda, tapi gagal utk menterjemahkan kpd GOL...

Irfan Manchester

Yang kali jangn pkai sngat van persie msukkan je huntlear..

paul

itulah bola sepak.Yang kuat tak semestinya akan menang.Yang lemah tak semestinya akan kalah.Apa-apa pun tahniah Denmark...wakaka.

Alec Jay

Corak mainan belanda cantik..banyak peluang..tpi xda juga gol..palooi..x pa lh 2..next game,msti belanda menang!!!!!!!!

ahmad

Itulah bola sepak. Yang diperlukan ialah jaringan gol sebagai penentu kemenangan disamping teknik, tektik persefahaman dan pengurusan pasukan.

Inu lukas

terima kasih kerana dapat membaca berita harian di laman ini..tq so much

DEN

penjaga gol denmark pun boleh tahan. hantaran tepat dan gerakan cepat.tahniah pasukan denmark..


Raja bangga prestasi skuad

Posted: 09 Jun 2012 03:52 PM PDT

Sukan

PEMAIN Harimau Malaya, Safee Sali (kanan) dicabar  pemain Singapura, Baihakki Khaizan pada perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura, kelmarin.

PEMAIN Harimau Malaya, Safee Sali (kanan) dicabar pemain Singapura, Baihakki Khaizan pada perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura, kelmarin.

Keputusan kurang tepat pengadil pada babak terakhir mengecewakannya

DI SEBALIK beberapa keputusan kontroversi pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam, pengendali Harimau Malaya Datuk K Rajagobal memuji anak buahnya terutama penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang, Azamuddin Akil selepas perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Singapura di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

Menurutnya, Azamuddin menunjukkan aksi cukup baik manakala Khairul Fahmi yang tidak diturunkan ketika menentang Filipina, mengekalkan rentak konsistennya dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 itu. "Saya puji Azamuddin. Dia menunjukkan prestasi yang cukup baik pada perlawanan ini. Walaupun dia adalah pemain yang beraksi dalam Liga Perdana, corak permainannya matang.

"Tidak mustahil dia akan terus diturunkan dalam kesebelasan utama selepas ini. Khairul Fahmi juga sama, walaupun tidak diturunkan ketika menentang Filipina, dia masih konsisten," katanya yang dijangka mengekalkan penjaga gol itu sebagai pilihan utama negara.

Dalam perlawanan kelmarin, Harimau Malaya mendahului menerusi jaringan Azamuddin pada minit ke-42 dan sepakan percuma Safiq Rahim (59) tetapi Singapura bangkit pada babak terakhir menerusi Shahdan Sulaiman (87) dan rembatan luar kotak penalti, Qiu Li pada masa kecederaan.

Rajagobal berkata, lima minit sebelum permainan tamat begitu mengecewakannya termasuk beberapa keputusan kurang tepat pengadil perlawanan itu.
"Saya tetap puas hati kerana di awal permainan, Singapura banyak melakukan serangan sehinggalah minit ke-35 apabila pemain mula menyesuaikan diri dengan keadaan padang.

"Aidil (Zafuan Abdul Radzak) hanya gembira apabila Khairul Fahmi selamatkan sepakan penalti dan dia hanya cakap 'yes'. Itulah yang menukar situasi tapi dari jauh, saya nampak itu bukan penalti tapi pengadil tetap berikan penalti kepada Singapura," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

peminat bola negara

Mintak coach letak tinggi sikit target. Kenapa mudah berpuas hati dan bangga diri nih. Sepatutnya tidak berpuas hati di atas keputusan seri. Sepatutnya kita menang. Kalaulah sikap coach suka sangat back up team, team malaysia tak kemanalah. Puji pun kena bertempatlah sikit, meluatlah kalau macam ni coach. Coach oatut motivate dan tekan sikitbpemain supaya jgn mudah puas hati dan bersikap ambil lewa dan mudah berpuas hati. Kalau coach nak kita rakyat malaysia puji ciach dan team, buktikan dulu di atas padang dengan memberi kemenangan setiap kali bermain dan bukannya mintak puji walau sekadar seri. Kalau seri dgn korea dan jepun, oklah jugak. Ni team singapore ajer, dah mintak puji. Dah leading 2-0 pun boleh jadi ser. Buat malulah asyik mintak puji..last last makan diri...

abdullah habib b mat said

kalah ke, seri ke dapat pujian. itu baru lawan jiran asean, macamana le peringkat Asia?

bulu idong

mcm tu puah ati dh...rajagopal baik letak jawatan...harap pemain sama jer...bg peluang pemain lain lak terutama bahagian tgh penyerang

Alex Tiger

Nanti Malaysia akan menang ke atas Singapura.. All Malaysian BOLEH !! (3-0)

aadyrasid

harimau malaya d harap dpt tingkatkn prestasi dan kalahkn singapura d halaman sendiri..tak guna salahkn pengadil..kita pun salah kerana beri ruang untuk singapura kawal permainan .

imigresen. bkt bunga JELI kltn

harap idea pasukan malaysia kita hebat di antara bansa nanti.

suffian sulaiman

malaysia masih kekurangan dari segi taktikal dan fizikal. kecergasan ditahap agak baik. rajagopal sepatutnya menyerapkan pemain untuk bermain secara easy football (tap and pass) bukannya bermain long pass kerana HM tidak ramai yang mempunyai fizikal yang tinggi. syabas dan tahniah keatas MALAYSIA !!! ayuh gegar singapura !!

man

keputusan yang membimbangkan.
selepas kita menjuarai piala AFF Suzuki pada tahun 2010 sepatutnya kita sudah mampu membelasah negara2 asian dengan jaringan yg lebih besar.ini menunjukkan kita tidak ada sebarang peningkatan dan kemajuan dalam program pembangunan bolasepak.mentaliti FAM seolah2 sudah cukup mrerasa bangga dan gah dengan menjurai piala AFF Suzuki.

Osman S

Syabas team Malaysia wlupn seri tp dengan maruah dan semangat dan perjuangan yg tinggi...tingkatkn lg semasa perlawanan d shah alam nnt, buktikn Malaysia mmg hebat dr singapura....Malaysia Boleh!!!

Roti Planta

"Puas hati dan tidak bimbang" (walaupun gagal) adalah sikap biasa pegawai FAM sejak 25 tahun. Pemikiran inilah faktor yang menghalang peningkatan bolasepak kita. Terbukti selama 25 tahun tiada pemimpin 'masa depan' dalam FAM. FAM hanya dipenuhi oleh 'pak sanggup dan pak hanggup'.

zna

macam tu pun bangga. tak ke mana lah jawabnya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan