Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Rooney positif

Posted: 23 Jun 2012 12:42 PM PDT

KRAKOW (Poland): Wayne Rooney yakin England boleh menyempurnakan 'Italian Job' mereka, awal pagi esok.

Penyerang Manchester United itu berada dalam situasi terbaik selepas menjaringkan gol kemenangan menentang Ukraine.


Kini dia ingin mengemudi England layak ke separuh akhir Euro 2012 dan kemudian melakar kejayaan pada final.

"Penting kami percaya keupayaan sendiri. Kami kelompok pemain hebat dan yakin kemampuan kami. Ia bukan perlawanan yang mudah tapi kami mempunyai pemain dan bekerjasama melaksanakan tugas ini.


"Sebaik mara ke peringkat ini, apa saja boleh berlaku." Rooney yang terlepas dua aksi pertama peringkat kumpulan kerana menjalani penggantungan tidak sabar menanti pertembungan di Kiev itu.


"Kami lebih tersusun berbanding sebelum ini. Pemain berjuang untuk pasukan. Kami mahu melakar kejayaan ini bersama-sama dan berpeluang cerah melakukannya.

"Kami berasa bagus, bersedia dengan baik dan tidak sabar menanti perlawanan itu.


"Memang sukar muncul juara kumpulan tapi ia melonjakkan keyakinan kami. Perancis sebuah pasukan yang hebat, untuk bermain menentang Ukraine di sini memang sukar dan kami jarang mengalahkan Sweden." Menjelaskan kemenangan awal pagi Rabu di Donetsk, Rooney menambah: "Ia satu keputusan hebat dan saya gembira dapat kembali beraksi.

"Saya sepatutnya bermain lebih bagus tapi perlawanan itu membantu saya bersedia menghadapi perlawanan seterusnya dan perlawanan Ahad (awal pagi esok) membantu saya supaya lebih baik dan harapnya memenangi kejohanan.


"Saya berasa kami perlu cuba menguasai bola lebih lama dan menyukarkan mereka. Jika melakukannya, saya pasti ia akan memudahkan tugas kami." - Agensi


Sorak 4 kali

Posted: 23 Jun 2012 12:28 PM PDT

SORAKAN kemenangan Jerman mengatasi Greece pada suku akhir Euro 2012, awal pagi semalam menghangatkan program Sorak Goool! anjuran akhbar Harian Metro.

Program kali ini yang berlangsung di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mendapat sambutan sangat meriah apabila dihadiri kira-kira 500 penyokong.


Namun, sokongan ke atas pasukan Jerman yang dilabel sebagai salah satu pasukan pilihan pada Euro kali ini jelas ketara apabila penonton dihidangkan dengan aksi menghiburkan.

Empat kali penyokong Jerman bersorak kegembiraan walaupun Greece cuba bangkit dengan keputusan penuh memihak Jerman 4-2.


Malah, sebahagian besar penyokong tempatan turut hadir bersemangat dengan memakai jersi Jerman dan membawa bendera negara itu sebagai tanda sokongan mereka.


Harian Metro sebagai penganjur program pula membalas kehadiran peminat dengan mengadakan pelbagai aktiviti selain menawarkan sejumlah cenderahati seawal jam 10 malam lagi.

Paling istimewa adalah kehadiran beberapa artis terkenal tanah air seperti Aaron Aziz dan Fizo Omar yang beramah mesra dengan peminat. Tidak ketinggalan, artis yang sedang meningkat naik, Izara Aishah serta pelakon cilik, Mia Sara Nasuha.


Turut memeriahkan suasana, kehadiran Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar bagi memberi sokongan.

Program Sorak Goool! sudah menemui pembaca Harian Metro di beberapa negeri seperti Melaka, Pahang, Johor, Selangor selain Kuala Lumpur sejak Euro 2012 bermula awal bulan ini.


Kemuncak program ini adalah di Pulau Pinang sempena final Euro 2012 pada 2 Julai ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan