Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Euro 2012: Tabik La Roja!

Posted: 02 Jul 2012 01:04 PM PDT

Sepanyol pertahan trofi Euro, Azzurri gigit jari

Kiev: Ramai pengkritik mendakwa Sepanyol menjadikan permainan bola sepak moden tidak menarik apabila tidak membenarkan lawan memegang bola sepanjang Euro 2012. Pasukan itu juga dicemuh penyokong sendiri kerana bergelut menjaringkan gol sama ada di peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir.
Awal pagi semalam, segala-galanya berubah dan dunia menyaksikan bagaimana La Roja menggunakan 'kuasa matador' membenam Itali dalam final di Stadium Olimpik.

Mario Balotelli (gambar kecil) yang diramal menjana misi Azzurri hanyut dalam cabaran yang berakhir dengan linangan air mata.

Laporan lanjut kerancakan final Euro 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

Euro 2012: Torres menangi kasut emas

Posted: 02 Jul 2012 12:45 PM PDT

Penyerang Sepanyol, Fernando Torres memenangi kasut emas sebagai penjaring terbanyak Kejuaraan Eropah dengan menjaringkan tiga gol hanya selama 189 minit beraksi.

Torres meninggalkan bangku simpanan bagi menjaringkan gol ketiga Sepanyol, juga jaringan ketiga peribadi dalam kejohanan itu pada minit ke-84 dalam kemenangan 4-0 di perlawanan akhir menentang Itali. Dia turut menjaringkan dua gol pada kemenangan peringkat kumpulan 4-0 ke atas Ireland.
Enam pemain menjaringkan tiga gol dan kemenangan ditentukan berdasarkan pemain paling banyak membantu jaringan. Tiga pemain lain adalah Mario Balotelli (Itali), Alan Dzagoev (Russia), Mario Gomez (Jerman), Mario Mandzukic (Croatia) dan Cristiano Ronaldo (Portugal). - AP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan