Harian Metro: Arena |
Posted: 03 Jul 2012 12:00 PM PDT MADRID: Wira Sepanyol Euro 2012 meraikan kejayaan bersama ribuan penyokong berpakaian merah dan kuning dengan berarak menyusuri jalan di Madrid buat melupakan seketika krisis ekonomi yang melanda negara itu. Kapten Iker Casillas dan rakan sepasukan bergilir-gilir menjulang trofi yang dimenangi selepas membenam Itali, 4-0 ketika mengelilingi bandar itu dengan menaiki bas dua tingkat yang tidak berbumbung.
Kemuncak sambutan itu diadakan di dataran Plaza de Cibeles apabila penyokong bersesak tanpa menghiraukan cuaca panas. Mereka kemudian disembur dengan air, menari bersama alunan muzik kumpulan terkenal di atas pentas yang di di belakangnya terdapat skrin gergasi.
Bendera Sepanyol menghiasi balkoni di pangsapuri sekitar kawasan itu manakala penginap pangsapuri itu mencurahkan air bagi menyejukkan penyokong yang berkumpul di bawah.
Sebaik mendarat di lapangan terbang Madrid-Barajas, kapten, Iker Casillas berdiri di depan pintu Iberia Airbus A319 dan menjulang trofi Euro 2012 kepada penyokong yang sudah menantikan mereka. - AFP |
Posted: 03 Jul 2012 10:16 AM PDT KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2012 akan berhenti rehat panjang sempena Ramadan dan Syawal, namun pada pertarungan sengit sepanjang enam pusingan lepas, masih tiada pelumba yang dilihat mempunyai kelebihan ketara dalam perebutan mahkota kejuaraan kelas terbuka. Setakat ini, saingan kelas perdana CP130 menyaksikan lima pelumba berbeza telah meraih gelaran juara dan Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing kini mendahului senarai keseluruhan dengan 100 mata. Turut dilihat masih berpeluang merampas takhta ialah juara pusingan lalu, Ahmad Fazrul Sham (82 mata), juara di Batu Kawan dan Banting Mohd Zaqhwan Zaidi (81 points), di samping pelumba berpengalaman, Ahmad Fuad Baharudin (72 points) dan juara bertahan, Norizman Ismail (61 mata).
"Banyak faktor menyumbang kepada peningkatan ini tetapi paling utama adalah pengenalan beberapa litar baru dalam kalendar kejuaraan musim ini. Tiga daripada enam pusingan musim berlangsung di venue baru dan ini memberi peluang sama rata kepada semua pelumba serta pasukan-pasukan tidak kira yang besar atau baru berjinak-jinak dengan kejuaraan ini." "Namun, apa yang lebih penting adalah kerana kebanyakan pelumba CP130 kini sudah layak bergelar pelumba antarabangsa. Jika pada masa lalu hanya sebahagian kecil pelumba negara beraksi di peringkat antarabangsa, namun musim ini jumlahnya meningkat ke 50 peratus. Kebanyakannya terlibat dengan Kejuaraan Motosikal Asia Petronas sama ada dalam kategori SuperSports 600cc, Underbone 115cc dan juga Piala Impian Asia. Walaupun Kejuaraan Cub Prix hanya tertumpu terhadap perlumbaan jentera Underbone, namun dengan pendedahan di peringkat antarabangsa ini telah menjadikan pelumba-pelumba negara berada pada tahap yang lebih tinggi," jelas Ron.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan