Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Kejutan Harith

Posted: 11 Jul 2012 12:54 PM PDT

KETIKA tumpuan terarah kepada pelari pecut lebih ternama, Harith Ammar Mohd Sobri dari Terengganu mencuri tumpuan apabila mempamerkan larian penuh sensasi acara akhir pecut 100 meter malam tadi untuk merangkul pingat emas dengan catatan 10.84 saat sekali gus memegang gelaran raja pecut baru Sukma.

Atlet berusia 18 tahun itu melepasi garisan penamat menewaskan Mohd Helmi Ahmad Awang dari Kedah yang mencatat 10.92s manakala Eddie Edward Jr dari Sabah, ketiga, 10.93s.


Namun catatan Harith jauh daripada rekod kejohanan yang kekal milik bekas jaguh pecut negara dari Sarawak, Watson Nyambek yang dilakar pada Sukma Pahang 12 tahun lalu, 10.33s. Watson juga adalah pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.30s yang dilakukan pada 1996.

Nama-nama besar seperti atlet kebangsaan, Ambrose Jilom dari Sarawak serta atlet Negeri Sembilan, Mohd Shahmimi Azmi yang mempunyai catatan peribadi terbaik berbanding peserta final lain, gagal menyerlah.


"Pada awal perlumbaan saya gagal bermula dengan baik tapi selepas itu saya memperbaiki larian hinggalah ke garisan penamat.


"Saya masih tak percaya, umpama mimpi jadi kenyataan. Dua tahun lalu saya gagal meraih sebarang pingat dan kali ini saya berjaya menebusnya kembali," kata Harith yang mempunyai catatan peribadi terbaik 10.66s.

Sementara itu, ratu pecut wanita diraih Zaidatul Husniah Zulkifli dari Pulau Pinang dengan catatan 12.29s, jauh dari rekod kejohanan milik Siti Fatimah Mohamad dari Johor yang dicipta di Sukma Terengganu 2008, 11.82s.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/12


Arena Cafe hulur tajaan

Posted: 11 Jul 2012 11:28 AM PDT

BAHANG kehangatan Grand Final Karnival Futsal Harian Metro yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Batu Berendam, Melaka, pada Sabtu ini, terus dihangatkan lagi dengan kehadiran Arena Cafe yang tampil menghulurkan tajaan bagi kegunaan jawatankuasa penganjur.

Arena Cafe yang terletak di No 32 Jalan 1/27 F Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu cukup sinomin dengan bola sepak terutama membabitkan penyokong kelab bola sepak Manchester United yang sering hadir mengunjungi kafe berkenaan setiap kali berlangsungnya perlawanan utama membabitkan pasukan itu.


Pemilik Bersama Arena Cafe, Muhammad Nur Naj mi Muhammad Kasim berkata, faktor utama yang mendorong beliau untuk turut sama memeriahkan karnival futsal itu bertujuan mengembangkan jenama dengan berkongsi kehangatan futsal dan bola sepak negara. Katanya, sambutan yang diterima cukup membanggakan terutama jika berlangsung perlawanan utama dalam bola sepak Inggeris ataupun tempatan sehingga boleh memuatkan sehingga 500 pengunjung pada sesuatu masa.

"Kami mengalu-alukan semua peminat bola sepak ataupun futsal negara untuk hadir ke kafe kami menikmati makanan istimewa disediakan.


"Anda akan dapat merasai kemeriahan suasana perlawanan bola sepak selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama peminat bola tanah air terutama di sekitar Lembah Klang," katanya.


Menawarkan harga makanan serendah RM4.50 hingga RM9 dengan menu paling popular yang menjadi perhatian pengunjung adalah burger Kaw-Kaw selain minuman istimewa seperti Apple Calamansi, KL Gangster dan Lady Gaga yang tidak terdapat di restoran lain.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/12


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan