Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Misteri Butler'

Posted: 16 Sep 2012 10:05 AM PDT

Kuala Terengganu: Walaupun perlawanan menentang Kelantan sudah tiga hari berlalu tetapi pemain tengah Terengganu, Ismail Faruqi Ashaari mengakui masih terkejut apabila diturunkan beraksi oleh jurulatih Peter Butler dalam perlawanan terakhir kumpulan Piala Malaysia, Jumaat lalu.

Rasa terkejut Ismail itu mungkin disebabkan Butler pernah menegaskan sudah menggugurkannya dan Muslim Ahmad dari pasukan serta berjanji tidak menyenaraikan mereka beraksi selagi menjadi jurulatih skuad Penyu selepas didakwa pulang lewat dan membawa masuk perempuan ke bilik penginapan di Alor Setar 28 Ogos lalu.


Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Afiq wira kumpulan maut

Posted: 16 Sep 2012 10:00 AM PDT

Kami sedia bincang masa depannya bersama Kelantan: Azman

Kota Bharu: Kemampuan Mohd Afiq Azmi meledak empat gol dalam enam perlawanan peringkat Kumpulan B Piala Malaysia bukan saja mencuri tumpuan peminat tetapi juga Persatuan Bola Kelantan (KAFA) yang bersedia membincangkan masa depan pemain muda itu bersama The Red Warriors musim depan.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim mengakui kehadiran pemain tinggi lampai berusia 23 tahun itu memberi impak positif kepada skuad kendalian Bojan Hodak sekali gus membantu Kelantan muncul juara kumpulan maut.

Kami sedia berbincang mengenai masa depannya (Mohd Afiq) bersama pasukan namun masa masih panjang lagi. Apa yang kita harapkan, dia boleh tingkatkan lagi prestasi untuk bantu kami memenangi kejuaraan trebel musim ini.
Apa pun, kami akui prestasinya sepanjang saingan kumpulan Piala Malaysia bagus dan kehadirannya memberi impak besar kepada pasukan hingga membantu kami menjuarai Kumpulan B. Kami harap dia meledak lagi terutama menentang FELDA United di suku akhir nanti, katanya semalam.

Serasi bersama Red Warriors

Sementara itu, Afiq berkata, dia menyerahkan kepada KAFA untuk menilai prestasinya namun tidak menafikan dia semakin jatuh hati dengan pasukan dan penyokong setia The Red Warriors.

Penyerang yang menyarung jersi nombor 35 itu bagaimanapun tidak mahu memikirkan soal tawaran sebaliknya mahu memfokuskan tumpuan terlebih dulu membantu Kelantan dalam kempen Piala Malaysia dan saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang kelab Iraq, Al-Arbil di laman lawan esok.
Saya tidak boleh komen apa-apa dan saya menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menilai saya namun saya akui semakin serasi bersama rakan lain dalam pasukan ini, katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan