Berita Harian: Sukan |
Posted: 21 Sep 2012 03:58 PM PDT Kuala Terengganu: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menamatkan khidmat ketua jurulatihnya, Peter Butler dengan memberi sebulan notis atau membayar sebulan gaji sebagai pampasan. Surat penamatan kontrak yang ditandatangani Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh diserahkan kepada jurulatih berbangsa Inggeris berusia 46 tahun itu, kelmarin. Abdullah yang ditemui semalam berkata, seperti termaktub dalam perjanjian, jurulatih yang digantung daripada aktiviti bola sepak selama sebulan atau lebih boleh ditamatkan kontraknya.Sehubungan itu, katanya dalam kes Butler, PBSNT berhak menamatkan kontraknya kerana jurulatih itu kini menjalani hukuman penggantungan selama enam bulan. "PBSNT cuma perlu memberi sebulan notis atau membayar sebulan gaji sebagai pampasan untuk menamatkan kontraknya yang masih berbaki 15 bulan itu," katanya. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 21 Sep 2012 03:14 PM PDT Kami pandang serius semangat kesukanan, moral Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini menyelaraskan peraturan pertandingan selari dengan Olimpik dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menentang keras sikap peserta yang tidak mempamerkan semangat kesukanan. Usul itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan (JKPT) FAM yang dipengerusikan Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM, semalam."Kami memandang serius soal semangat kesukanan dan moral. Kami akan membawa usul ini untuk diputuskan EXCO FAM bulan depan," kata Hamidin dalam sidang media selepas mesyuarat JKPT. "Sekiranya lulus, JKPT berhak memanggil mana-mana pemain atau pasukan yang tidak mempamerkan semangat kesukanan atau moral yang tinggi dalam permainan." Sukar buktikan</> Hamidin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan mengenai Lions XII dan Johor FC yang bermain untuk seri pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A Piala Malaysia baru-baru ini. Pada sidang media itu juga Hamidin mengumumkan sekiranya Kelantan layak ke separuh akhir Piala AFC, tarikh separuh akhir Piala Malaysia adalah pada 5, 6, 8 dan 10 Oktober, tetapi jika tidak layak, ia jatuh pada 8, 9, 11 dan 12 Oktober. Kesemua perlawanan awal dan timbal balik diadakan berasingan bagi memberi ruang kepada penaja, Astro Arena untuk menyiarkan setiap perlawanan secara langsung. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan