Harian Metro: Arena |
Posted: 21 Sep 2012 01:49 PM PDT "SEGALA hasil siasatan perlu didedahkan dan tidak boleh disembunyikan," itu tegas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar berhubung laporan lengkap mengenai hasil siasatan membabitkan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, semalam. Bagaimanapun, bukan tugas MOM mendedahkan isi laporan itu biarpun beliau turut menerima laporan itu.
Namun, hanya presiden iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim yang berhak memaklumkan perkara itu. Katanya, MOM hanya membantu untuk menyediakan proses penyiasatan dan segala urusan atau keputusan terpulang kepada presiden untuk memutuskannya. Terdahulu satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mengumpul fakta mengenai isu doping membabitkan atlet olahraga pada Sukan Sea Indonesia selain isu enam atlet lari daripada ujian doping yang menggemparkan sukan tanah air dan kedua-dua kes itu dikaitkan dengan Karim.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 |
Posted: 21 Sep 2012 09:46 AM PDT PETER James Butler masih mempunyai ruang memperoleh keadilan sekiranya berasa dirinya teraniaya. Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pengendali Terengganu itu boleh merujuk kepada badan induk bola negara itu andai tidak puas hati berhubung hukumannya.
Menurut Hamidin, pengendali bangsa Inggeris itu boleh membawa ke mahkamah timbang tara.
Insiden membabitkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) wajar ditangani dengan baik kerana turut membabitkan imej bola sepak negara dan Hamidin mengaku pihaknya memantau perkembangan terbabit.
"Bermula musim depan mana-mana pasukan yang didapati tidak mempamerkan semangat kesukanan boleh dipanggil dan dikenakan tindakan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan