Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Poland sekat England

Posted: 17 Oct 2012 05:04 PM PDT

WARSAW: Poland bangkit pada babak kedua untuk memberi tekanan dan memaksa pendahulu Kumpulan H, England berpuas hati dengan keputusan 1-1, pada pertemuan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014, di Stadium Kazimieriz Gorski, awal pagi tadi.

England yang kini mengumpul lapan mata hasil daripada perlawanan itu memperoleh gol pembukaan menerusi Wayne Rooney pada minit ke-31, menerusi tandukan selepas menerima hantaran lintang sepakan sudut Steven Gerrard.

Bagaimanapun, pertemuan babak kedua melihat Poland yang kini mengumpul lima mata dan menduduki tangga ketiga kumpulan terus memberi tekanan kepada England yang tampak goyah.

Berikutan itu, tuan rumah akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi tandukan Kamil Glik pada minit ke-70, hasil sepakan sudut.


England kini selesa menduduki tangga teratas kumpulan selepas melalui empat perlawanan manakala Montenegro yang menduduki tempat kedua mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan.


POLAND: Przemyslaw Tyton, Kamil Glik, Grzegorz Krychowiak, Eugen Polanski, Jakub Wawrzyniak, Lukasz Piszczek, Marcin Wasilewski, Pawel Wszolek (Adrian Mierzejewski), Kamil Grosicki (Arkadiusz Milik), Robert Lewandowski, Ludovic Obraniak (Ariel Borysiuk)

ENGLAND: Joe Hart, Ashley Cole, Phil Jagielka, Joleon Lescott, Glen Johnson, Michael Carrick, Tom Cleverley, Steven Gerrard, James Milner, Wayne Rooney (Alex Oxlade-Chamberlain), Jermain Defoe (Danny Welbeck)

PENGADIL: Gianluca Rocchi (Itali)

POLAND 1 (Glik '70)

ENGLAND 1 (Rooney '31)

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18


Corak meyakinkan

Posted: 17 Oct 2012 03:38 PM PDT

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyifatkan kemenangan skuad negara mengatasi Hong Kong 3-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa, malam kelmarin adalah keputusan yang sememangnya dinantikan.

"Ia satu kemenangan yang ditunggu selepas beberapa keputusan (perlawanan persahabatan) yang kurang meyakinkan kita sebagai juara bertahan Piala AFF.


"Malah dengan corak permainan yang dipamerkan bakal memberikan keyakinan tinggi ketika sebahagian besar pemain utama tidak beraksi kerana terbabit dalam final Piala Malaysia," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Skuad negara menamatkan kerisauan banyak pihak dengan kemenangan bergaya di Stadium Mongkok itu selepas kekalahan kepada Vietnam menimbulkan tanda tanya mengenai tahap persediaan skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu menjelang misi getir mempertahankan kejuaraan.


Safee Sali yang kemarau jaringan hampir setahun di pentas antarabangsa membuka jaringan untuk skuad negara diikuti sepakan percuma kapten pasukan, Safiq Rahim selain ledakan Ahmad Fakri Saarani pada masa kecederaan babak kedua sekali gus mencatatkan kemenangan pertama selepas 22 perlawanan di tempat lawan.


Mengenai rayuan kad kuning pemain Kelantan, Norfarhan Muhammad, Azzuddin berkata Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak memiliki asas untuk mengemukakan bantahan.

"Ini bukan peraturan FAM, tapi 'law of the game' (peraturan permainan)," katanya petang semalam yang turut mengesahkan masih belum menerima surat rayuan terbabit.


Kenyataan terbabit sekali gus menutup ruang untuk pemain sayap itu beraksi di final Piala Malaysia menentang ATM, Sabtu ini.

Sementara itu kes membabitkan penggantungan Peter James Butler akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM hari ini dengan wakil Terengganu dipanggil bagi memberikan penjelasan.


Terdahulu Azzuddin hadir pada majlis pengumuman Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 yang bakal berlangsung 30 Oktober ini mempertandingkan 11 kategori termasuk Pengadil Terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen