Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Azizul kian pulih

Posted: 26 Feb 2011 11:56 AM PST

Sukan

Datuk Naim Mohamad (kanan)

Datuk Naim Mohamad (kanan)

Peluang cerah buat jaguh pecut bersaing di Apeldoorn untuk kutip mata Olimpik

ANDAI proses pemulihannya berjalan lancar, tidak mustahil Azizulhasni Awang kembali berkayuh secara kompetitif untuk memungut mata penting kelayakan Olimpik 2012 di Kejohanan Trek Dunia di Apeldoorn, 23 hingga 27 Mac ini.

Ini hasil perkembangan positif yang ditunjukkan jaguh pecut negara itu sejak beberapa hari kebelakangan ini, termasuk tidak lagi memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan selepas pembedahan mengeluarkan serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter yang tertusuk di betis akibat kemala-ngan ketika acara final Kejohanan Klasik Piala Dunia di Manchester, 19 Februari lalu. Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad berkata, Azizulhasni yang kini berada di Melbourne, memaklumkan berita itu kelmarin.

"Jika sembuh dengan segera dan cukup rehat, dia berkemungkinan akan diturunkan ke Belanda tetapi itu semua bergantung kepada keadaannya nanti. Kalau sempat pulih, dia akan dihantar," katanya, semalam.

Naim yang juga pengurus pasukan skuad trek elit negara dan berada bersama-sama Azizulhasni sepanjang pembedahan di Manchester berkata, pemeriksaan teliti dan imbasan yang dilakukan sebelum ini menunjukkan kecederaan itu tidak mengenai saluran darah pelumba kelahiran Dungun itu.

"Tidak ada pendarahan berlaku dan kita bersyukur tusukan membabitkan pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu dan hanya yang memerlukan sedikit jahitan.
"Namun keputusan muktamad belum dibuat dan apa juga keputusan yang akan diputuskan nanti, kita tidak mahu ia menjejaskan matlamat jangka panjang iaitu di Sukan Olimpik London 2012," katanya.

Azizulhasni kini menjalani pemulihan di bawah pengawasan pegawai Institut Sukan Negara (ISN), Kate Wallis.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hanya Man Utd atau Arsenal - Fergie

Posted: 26 Feb 2011 11:53 AM PST

Sukan

pix_gal0
LUPAKAN status penyandang juara Chelsea atau kebangkitan mendadak Liverpool di bawah kendalian Kenny Dalglish!

Bagi pengurus Alex Ferguson, hanya Manchester United dan pencabar terdekat Arsenal yang berada empat mata di belakang, mampu menjulang mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dengan pasukan utama mempunyai baki 11 atau 12 lagi perlawanan untuk diharungi, United jauh 11 mata di depan pasukan tangga ketiga, Manchester City, 13 mata mengatasi Tottenham Hotspur dan 15 mata di depan Chelsea selepas kemenangan terbaru menewaskan Wigan 4-0 malam tadi. Empat hari sebelum pertembungan menarik menentang Chelsea di Stamford Bridge, Ferguson yang memimpin Red Devils memenangi 11 kejuaraan liga, secara terang-terang menepis peluang Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan musim ini.

"Kebiasaannya, dua pasukan akan menjarakkan diri apabila menghampiri penghujung musim, ia selalunya dua pasukan - gambaran itulah yang kita lihat ketika ini," katanya.

"Saya rasa ia sama ada Arsenal atau kami, salah satu akan memenanginya."
Ferguson juga menepis kenyataan kapten Chelsea, John Terry yang menyatakan United mungkin berdepan tekanan dalam cabarannya menghadapi tiga trofi - kejuaraan liga, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.
"Kita semua akan mencuba," katanya. "Tetapi bukan mudah (untuk Chelsea) bangkit daripada jurang yang luas seperti ini. Saya pernah berkata, pasukan paling konsisten akan menang liga. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan