Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Bertam Ulu kembali gegar

Posted: 27 Feb 2011 11:08 AM PST

PASUKAN Bertam Ulu FC membuktikan keunggulan apabila muncul juara Terbuka Lelaki pada Karnival Futsal Harian Metro Zon Tengah 1 di Ferro Futsal Subang Jaya, semalam.

Kemenangan itu bermakna, Bertam Ulu mengesahkan status mereka selaku 'raja' karnival ini selepas pernah muncul juara dua peringkat zon serta dua Grand Final iaitu pada edisi 2007 serta tahun lalu.


Pada aksi final semalam, pasukan dari Melaka itu menundukkan Ayos Hasli Enterprise 2-0 untuk membawa pulang wang tunai RM5,000 manakala Ayos Hasli terpaksa berpuas hati sebagai naib juara sekali gus membolot wang bernilai RM3,500.

Tempat ketiga pula milik Royale FC yang membawa pulang RM2,000.


Ketua pasukan Bertam Ulu, Mohd Ayob Alias berkata, kemenangan di Zon Tengah 1 sangat berharga kerana ia sekali gus menambah koleksi kemenangan di Karnival Futsal Harian Metro.


"Tentu sekali kami amat gembira dengan kemenangan ini kerana pasukan yang bersaing pada karnival kali ini semuanya sangat hebat dan kamipun terpaksa melalui laluan sukar.

"Namun, apa yang penting, sasaran awal layak ke Grand Final sudah tercapai kerana sebagai juara Grand Final tahun lalu, tentulah kami mahu mempertahankan kejuaraan ini.


"Kemenangan di peringkat zon satu bonus dan kami akan cuba melakukan yang terbaik di Grand Final," katanya.

Selain Bertam Ulu, Ayos Hasli dan Royale FC, lima lagi pasukan, Dani Fc, BB FC, FX Malay, ABSA dan Fauzio Jr FC B turut mara ke Grand Final, Zon Tengah 1 adalah edisi pertama Karnival Futsal Harian Metro dan berjaya menarik kira-kira 10,000 pengunjung yang hadir bagi memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.


Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Mustapa Omar. Turut hadir Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail serta wakil penaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PKBM, UCI siasat

Posted: 27 Feb 2011 11:04 AM PST

PERSATUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) akan menyiasat punca kemalangan yang menimpa jaguh trek negara, Mohd Azizulhasni Awang, ketika menyertai kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana ia membabitkan faktor keselamatan.


"Saya serah kepada persatuan dan UCI untuk membuat siasatan terhadap perkara ini kerana ia lebih kepada keselamatan velodrom itu, sama ada terdapat unsur kecuaian dan kelemahan, atau bentuk kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa," katanya.

Beliau mengulas insiden betis kiri Mohd Azizulhasni ditusuk serpihan kayu 20 sentimeter di Manchester pada minggu lepas.


Bagaimanapun, pelumba trek berbasikal yang menjadi sandaran utama negara meraih pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik di London tahun depan berjaya menamatkan perlumbaan dan meraih pingat gangsa bagi kekal mengungguli ranking pertama Siri Klasik Piala Dunia.


Menyentuh perkembangan terkini Mohd Azizulhasni, Ahmad Shabery, berkata walaupun kecederaan dialami memerlukan masa untuk pulih, dia boleh beraksi pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda 23 Mac ini jika pakar memberi lampu hijau.

"Tiada sebab untuk kita menghalang orang yang bersemangat sepertinya untuk terus bertarung," katanya.


Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke Australia, Mac ini dan beliau dijangka menjenguk Mohd Azizulhasni yang kini menjalani proses pemulihan akibat kecederaan itu di Melbourne.

"Saya percaya lawatan Najib akan memberi suntikan baru kerana ketika dalam kesakitan dan tidak sedarkan diri pada hari kemalangan, apa yang keluar dari mulutnya ialah dia hendak jadi juara (Sukan) Olimpik (di London) dan bimbang takut tidak dapat ke Olimpik."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen