Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Liverpool tumbang

Posted:

Liverpool tumbang

Liverpool tumbang


PEMAIN tengah West Ham, Scott Parker meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Thomas Hitzisperger (kanan) pada aksi Liga Perdana England menentang Liverpool di Upton Park semalam. West Ham menang 3-1.


LONDON – Keghairahan Liverpool di bawah kendalian Kenny Dalglish rupa-rupanya hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja apabila mereka kembali mencatat

kekalahan memalukan semalam.

Tidak sampai sebulan Dalglish dilantik menggantikan Roy Hodgson, tanda-tanda kejatuhan hadir semula menghantui Liverpool apabila tewas 1-3 kepada West Ham United.

Walaupun menurunkan kesebelasan terbaik kecuali Andy Carroll yang masih cedera, ia langsung tidak membantu The Reds mempamerkan aksi seperti yang diharapkan pada aksi Liga Perdana England di Upton Park itu.

Sebaliknya, West Ham yang tidak diletakkan harapan langsung untuk melakar kemenangan di hadapan penyokong sendiri dilihat lebih menonjol mendominasi permainan.

Hasilnya, West Ham yang menghuni tangga tercorot liga sebelum perlawanan itu, berjaya meledak tiga gol menerusi Scott Parker pada minit ke-22, Demba Ba (45) dan Carlton Cole ketika perlawanan memasuki masa kecederaan.

Gol sagu hati Liverpool pula dijaringkan oleh pemain pertahanan, Glenn Johnson pada minit ke-84.

Langkah Dalglish menurunkan Luis Suarez di bahagian serangan untuk bergandingan dengan Steven Gerrard, Dirk Kuyt dan Raul Meireles ternyata gagal memberi impak besar apabila gagal menembusi kubu tuan rumah.

Biarpun sudah berbelanja besar, pembelian Suarez dan Carroll tidak banyak mengubah kedudukan Liverpool yang kekal menghuni tangga keenam liga selepas beraksi 28 perlawanan.

Kekalahan kepada West Ham semalam merupakan yang pertama buat Dalglish sejak memegang jawatan pengurus awal Februari lalu.

Sebelum ini, mereka berjaya mencatat empat kemenangan dan dua kali seri dalam enam perlawanan terbaru.

Selain menewaskan Chelsea 1-0, Liverpool juga menang 2-0 ke atas Stoke City, Fulham (1-0) dan Wolverhampton Wanderers (3-0).

Keputusan seri pula ketika bertemu Everton (2-2) dan Wigan (1-1) minggu lalu. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kim Swee berada dalam dilema

Posted:

Kim Swee berada dalam dilema

Kim Swee berada dalam dilema

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


KIM SWEE (kiri) berkata sesuatu kepada anak-anak buahnya selepas latihan skuad Harimau Muda A di padang Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini.


JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee terpaksa membuat satu pilihan tepat iaitu memilih untuk mengutamakan tugasan negara berbanding saingan liga domestik.

Kim Swee, 41, yang juga pengendali skuad Olimpik kebangsaan terpaksa merehatkan beberapa tonggak utamanya ketika Harimau Muda A seri 1-1 dengan Felda United pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam kelmarin.

Perkara yang sama turut akan dilakukan Kim Swee apabila Harimau Muda A turun bertemu Perak untuk aksi keenam Liga Super di Ipoh malam esok dan aksi pusi- ngan kedua Piala FA menentang Johor di Stadium Shah Alam, Khamis ini.

Ini kerana, skuad Olimpik kebangsaan bakal bertemu Pakistan pada aksi kedua pusingan pertama di Lahore, 9 Mac ini setelah menang 2-0 pada aksi pertama Rabu lalu.

"Untuk pertemuan dengan Felda United ini, saya terpaksa turunkan juga lima pemain yang beraksi ketika menentang Pakistan (Rabu lalu) iaitu Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Irfan Fazail, Fandi Othman dan Affize Faisal Mamat.

"Mereka tampak keletihan tetapi saya perlu turunkan skuad yang seimbang. Bagi perte- muan dengan Perak (esok), saya perlu fikirkan siapa pula yang perlu diturunkan.

"Sudah tentu kempen Kelayakan Olimpik 2012 menjadi keutamaan saya tetapi kita tetap tidak akan mengambil mudah saingan Liga Super dan Piala FA," kata Kim Swee ketika ditemui selepas perla- wanan kelmarin.

Pada aksi kelmarin, Harimau Muda A mendahului menerusi jari- ngan pemain gantian, Wan Zaha- rulnizam Wan Zakaria pada minit ke-46 sebelum disamakan Liew Kit Kong menerusi sepakan penalti minit ke-67.

"Dengan persiapan singkat dan pemain yang kurang rehat, keputu- san seri ini boleh dianggap baik walaupun kita berpeluang untuk mencatat kemenangan sebenarnya.

"Tetapi apabila diberi tekanan, para pemain hilang konsentrasi sehingga menyebabkan kita terpaksa memberi sepakan penalti kepada lawan," jelas Kim Swee.

Bagi pertemuan dengan Perak malam esok, Harimau Muda A mungkin akan mempertaruhkan pula Muslim Ahmad, K. Gurusamy dan Wan Zack Haikal Wan Noor yang telah direhatkan kelmarin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Langkah Yob makin bergaya

Posted:

Langkah Yob makin bergaya

Langkah Yob makin bergaya



KOMITMEN tinggi menjadi kunci utama kejayaan Perak membawa pulang tiga mata penuh dari Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.

Selain pendahulu Liga Super, Kelantan, skuad Seladang yang dibimbing oleh Norizan Bakar masih mengekalkan rekod tanpa kalah apabila membenam Pahang 2-0.

"Setiap strategi yang dirancang akan menjadi kenyataan apabila semua pemain memberikan komitmen yang tinggi," jelas Norizan.

Selepas mengharungi lima perlawa- nan, Perak kini berkongsi 11 mata de- ngan Kelantan yang seri 1-1 dengan Kedah, Jumaat lalu.

Sekalipun berkongsi mata, Kelantan lebih layak berada di puncak liga berdasarkan perbezaan jaringan gol dengan Perak.

Pada aksi malam kelmarin, gandingan Mohd. Shafiq Jamal dan Akmal Rizal Rakhli (gambar) telah membuatkan benteng pertahanan Pahang terpaksa bekerja keras bagi menghalang kemaraan mereka.

Gol pertama Perak bermula daripada lorongan cantik oleh Akmal Rizal yang disempurnakan Shafiq pada minit ke-22.

Kehadiran ketua pasukan, Shahrul Nizam Mustapha dan K. Nanthakumar yang menguasai bahagian tengah menjadikan persembahan Perak bertambah utuh.

Kedudukan skuad Seladang semakin kukuh apabila Akmal menyumbangkan gol kedua seminit sebelum babak pertama berakhir.

Norizan turut bersyukur kerana tiada pemain uta- manya yang mengalami kecederaan sehingga mampu menjejaskan rentak permainan Perak pada perlawanan akan datang.

Perak akan menanti kunjungan Harimau Muda A di Stadium Perak, Ipoh malam esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan