Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Utama tugas negara

Posted: 28 Feb 2011 11:40 AM PST

SAINGAN liga domestik tidak boleh dijadikan alasan mengganggu persiapan pasukan negara menghadapi pusingan kelayakan Olimpik 2012, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, pengendali perlu bijak mengatur strategi manakala pemain pula perlu memberi perhatian penuh dalam menghadapi setiap perlawanan di peringkat tempatan dan luar negara.


"Pemain di luar negara seperti Cristiano Ronaldo bermain untuk Real Madrid di Sepanyol tapi apabila sampai waktu, dia datang bermain untuk negaranya," katanya di Temerloh, semalam.

Media sebelum ini melaporkan mengenai dilema jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang terpaksa membuat pilihan tepat iaitu memilih untuk mengutamakan tugasan negara berbanding saingan liga domestik.


Ahmad Shabery berkata, semua pihak perlu memberi keutamaan ketika mewakili negara.


Tambahan pula, katanya reputasi pasukan kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF baru-baru ini semakin mendapat sokongan peminat bola sepak di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kejayaan itu secara tidak langsung menyemarakkan semangat peminat untuk memberi sokongan padu kepada kejohanan liga tempatan.


"Kita lihat sekarang ini peminat bola sepak mula kembali membanjiri stadium untuk memberi sokongan kepada liga tempatan, sebelum ini stadium boleh dikatakanhampir kosong," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertarungan pusingan pertama sengit

Posted: 28 Feb 2011 11:13 AM PST

BUKIT Kiara Equestrian and Country Resort ketika ini menjadi medan pertarungan pusingan pertama perseorangan dan beregu kejohanan tenis Terbuka Malaysia BMW 2011, berjaya menarik minat penyokong sukan itu dari jauh dan dekat.

Pusingan terakhir perlawanan kelayakan diadakan serentak di mana pertarungan maraton di antara Anne Kramer dari Luxembourg dan Galina Voskoboeva dari Kazakhstan, diakhiri dengan kemenangan Anne, 4-6, 7- 6(5), 6-3. Dalam pertembungan dua pemain Asia iaitu Sun Shengnan dari China dan pemain Thailand, NudnidaLuangnam, pemain Thailand itu memastikan kemenangan dengan straight set 6-4, 7-5.


Sementara itu, bekas pemain nombor 3 Remaja Dunia, Ayumi Morita (gambar) dari Jepun meneruskan prestasi mengagumkannya dalam kejohanan itu apabila berjaya menang mudah ke atas pemain Belarus, Darya Kustova 6-2, 6-0 .

Ayumi yang gembira biarpun keletihan berkata dia mungkin tidak begitu selesa dengan cuaca panas dan lembab di sini tetapi berusaha sebaik mungkin.


"Justeru saya gembira layak ke pusingan kedua memandangkan ia bukan satu perlawanan yang mudah. Ini adalah tahun kedua saya dalam kejohanan ini dan gembira dapat kembali bersaing jadi saya berharap dapat memperbaiki pencapaian tahun lalu," katanya.


Zhang Shuai dari China pula terpaksa bekerja keras ketika menentang pemain Taiwan, Chang Kai-chen sebelum mara ke pusingan kedua di mana dia akan menentang Ayumi dalam perlawanan berikutnya.

Kejohanan Terbuka Malaysia BMW 2011, satu daripada siri kejohanan Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA) mempertaruhkan aksi 32 pemain perseorangan dan 16 beregu beraksi dalam format kalah mati sepanjang tempoh tujuh hari untuk merebut hadiah keseluruhan AS$ 220,000 (RM927,705).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan