Kosmo Online - Sukan |
Posted: Liga domestik bukan halanganSAINGAN dalam liga domestik seharusnya lebih mematangkan prestasi seseorang pemain selain memberi pendedahan berguna kepada pemain muda. SAINGAN liga domestik tidak boleh dijadikan alasan mengganggu persiapan pasukan negara dalam menghadapi pusingan kelayakan Olimpik 2012. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar kecil) menjelaskan, pengendali perlu bijak mengatur strategi manakala pemain pula kena memberi perhatian penuh dalam menghadapi setiap perlawanan di peringkat tempatan dan luar negara. "Pemain di luar negara seperti Cristiano Ronaldo bermain untuk Real Madrid di Sepanyol tetapi apabila sampai waktu, dia datang bermain untuk negaranya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peralatan sukan dalam acara sembang-sembang belia di Telok Sentang, Temerloh, Pahang semalam. Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan mengenai dilema jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang terpaksa membuat satu pilihan tepat iaitu memilih untuk mengutamakan tugasan negara berbanding saingan liga domestik.
Ahmad Shabery berkata, semua pihak sememangnya perlu memberi keutamaan ketika mewakili negara. Tambahan pula, katanya reputasi pasukan kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF baru-baru ini semakin mendapat sokongan peminat bola sepak di negara ini. Bagaimanapun, beliau berkata, kejayaan itu secara tidak langsung telah menyemarakkan semangat peminat untuk memberi sokongan padu kepada kejohanan liga tempatan. "Kita lihat sekarang ini peminat bola sepak mula kembali membanjiri stadium untuk memberi sokongan kepada liga tempatan. Sebelum ini stadium boleh dikatakan hampir kosong," katanya. Oleh itu, katanya, maka tiada sebab untuk mengatakan bahawa liga domestik itu mengganggu persiapan skuad negara. "Ia bukan penyebab. Pemain juga perlu kerap beraksi agar mereka sentiasa dekat dengan bola sepak," katanya. | ||
PKNS FC terus garang ungguli takhta liga Posted: PKNS FC terus garang ungguli takhta ligaPKNS FC terus mengungguli tangga teratas Liga Premier dengan 15 mata maksi- mum selepas mudah membelasah SDM Navy 5-1 di Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang petang semalam. Ia merupakan kemenangan kelima berturut-turut skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu setelah mereka menewas- kan Sime Darby 1-0, MP Muar 2-0, PDRM 1-0 dan USM FC 1-0 pada aksi sebelum ini. Pada aksi semalam, PKNS FC mendahului 1-0 pada babak pertama hasil se- pakan penalti Zamri Hassan pada minit-45. Empat lagi gol diperoleh pada babak kedua menerusi Khairul Akhyar Husain (50, 78), Khairu Azrin Khazali (60) dan Azrif Nasrulhaq Badrul pada minit ke-89. Kapten PKNS FC, Fadhil Hashim berkata, corak permainan secara berpasukan menjadi kunci kejayaan pasukan itu untuk terus mengekalkan rekod bersih dalam lima perlawanan. "Beraksi di bawah cuaca panas terik, kami cuba mengasak bagi memburu gol pertama tetapi hanya dapat mendahului 1-0 pada babak pertama.
"Bermula babak kedua, semua pemain menunjukkan persembahan yang lebih baik. Kami membuktikan bahawa ramai pemain mampu menjaringkan gol dalam pasukan ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! selepas perlawanan semalam. Namun, gawang PKNS FC yang dikawal Razi Effendi Suhit semalam akhirnya bolos juga buat pertama kali sepanjang musim ini menerusi jaringan lewat SDM Navy pada minit ke-81. "Rekod bersih tidaklah begitu penting kerana apa yang lebih utama ialah kami terus mencatat kemenangan untuk memperkukuhkan kedudukan di tangga teratas liga," jelas Fadhil. | ||
Posted: Fadhli, Irfan direhatkanOleh WAN FAKHRUL BAKAR
SKUAD Harimau Muda A bertandang ke Ipoh untuk berdepan pasukan di tangga kedua Liga Super, Perak malam ini tanpa dua tonggak utama, Fadhli Shas dan Irfan Fazail. Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, kedua-dua pemain tersebut terpaksa direhatkan selepas mereka mengadu mengalami kesakitan selepas aksi bertemu Felda United, Sabtu lalu. "Fadhli mengalami kesakitan pada bahagian kaki manakala Irfan mengalami masalah hamstring. "Jadi saya tak mahu ambil risiko kerana bimbang kecederaan lebih teruk. "Apa pun, untuk keseimbangan pasu- kan, saya tetap membawa beberapa pemain yang tidak beraksi Sabtu lalu seperti Muslim Ahmad, K. Gurusamy dan Wan Zack Haikal Wan Nor untuk aksi me- nentang Perak ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Namun Kim Swee berkata, tiga lagi pemain Mahali Jasuli, Fandi Othman dan Affize Faisal Mamat mungkin dapat diturunkan pada aksi malam ini. "Jika diturunkan, mereka berdepan risiko kecederaan tetapi jika tidak diturun- kan, bakal berlaku kepincangan dalam pasukan. "Ini kerana Perak merupakan satu pasukan yang kuat dan kita tidak sesekali akan memandang mudah perlawanan ini. Apa pun saya harap tiada lagi berlaku ke- cederaan yang melanda pemain-pemain saya," jelasnya. Pengendali berusia 41 tahun itu dijangka memberi peluang kepada A. Tha- mil Arasu untuk kembali mempamerkan kemampuan apabila merancang meletak- kan pemain terbabit sebagai penyerang tunggal malam ini. "Ketika bertemu Felda United, saya telah beri peluang kepada Ferris Danial Mat Nasir. "Harap Thamil pula dapat mengguna- kan peluang yang diberi ini sebaik mungkin," kata Kim Swee. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan