Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kejar kami Chelsea!

Posted: 22 Apr 2011 12:05 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Ferguson awasi ancaman The Blues

LONDON: Alex Ferguson gembira Chelsea bangkit tepat pada detik untuk mengancam pemain Manchester United dalam buruan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hari ini, The Red Devils akan menentang Everton di Old Trafford dan pengendali berbangsa Scotland mengerti kemenangan harus menguatkan cengkaman mereka dan jika tercicir mata berharga bererti Chelsea akan terus menghantui impian mereka. "Memang bagus untuk kami sedar ada ancaman baru di belakang kami. Anda harus tahu siapa di belakang anda kerana anda tidak boleh leka," kata Fergie.

Chelsea akan berdepan United di Old Trafford pada 8 Mei ini dan dia menuntut anak didiknya lebih berwaspada menangani ancaman daripada The Blues.

Barisan didik Carlo Ancelotti akan menentang West Ham di gelanggang sendiri, malam ini dan berpandu kepada prestasi semasa kemenangan tampak milik tuan rumah untuk menerbitkan lagi rasa gelisah United. - Agensi

Untuk laporan EPL selanjutnya, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wan Jamak jurulatih baru Kedah

Posted: 22 Apr 2011 12:01 PM PDT

Sukan

pix_gal0
SELEPAS sekian lama ia berunsur teka-teki, Wan Jamak Wan Hassan akhirnya tampil membuat pengakuan bahawa dia sudah bersetuju secara lisan untuk membimbing skuad Kedah selaku ketua jurulatih baru menggantikan Ahmad Yusof.

"Secara lisan saya sudah bersetuju untuk jawatan itu, Namun, saya perlu bincang lebih lanjut dengan pengurusan KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah), terutama membabitkan kontrak dan sudah bercadang menemui pihak pengurusan, esok (hari ini) atau lusa.

"Saya perlu melihat dulu kandungan kontrak sebelum membuat tanda tangan. Jika tiada masalah, saya akan memulakan tugas mengikut apa ditetapkan KFA atau awal minggu depan," katanya pengendali berusia 54 tahun itu di Seremban, semalam. Wan Jamak yang mengendalikan skuad Negeri Sembilan bermula musim 2009 mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya membawa skuad Hoben Jang Hoben menjulang Piala Malaysia musim berkenaan selepas menanti lebih 61 tahun.

Tahun lalu Negeri Sembilan terus berjaya mengekalkan reputasinya apabila muncul juara Piala FA serta layak ke final Piala Malaysia bertemu Kelantan yang muncul juara.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen