Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pahlawan Kuning paling pantas

Posted:

Pahlawan Kuning paling pantas

Pahlawan Kuning paling pantas

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


PASUKAN Pahlawan Kuning yang menjadi pasukan pertama mendaftar mahu mencari kelainan apabila membuat keputusan bertanding dalam kategori Larut Malam.


Pahlawan Kuning muncul sebagai pasukan pertama yang mendaftar bagi menyertai Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 yang akan membuka tirainya pada 26 hingga 29 Mei depan di Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18, Putrajaya.

Pasukan dari Serdang itu yang bakal bersaing dalam kategori Larut Malam ada hajat besar untuk dilaksanakan pada kejohanan futsal terhebat yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara.

Meskipun sedar dengan kekuatan pasukan-pasukan lain yang pastinya tidak akan melepaskan peluang bagi menyertai kejohanan edisi kedua itu, Pahlawan Kuning meletakkan sasaran untuk muncul juara dalam kategori yang mereka sertai.

Pengurus pasukan, Mohd. Hirwan Dzahiruddin berkata, biarpun ia merupakan penyertaan pertama mereka pada kejohanan tersebut namun itu tidak akan dijadikan alasan. Sebaliknya mereka bertekad untuk memberikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain.

"Memang kami (Pahlawan Kuning) belum pernah bergelar juara pada kejohanan-kejohanan besar sebelum ini tetapi itu tidak langsung menjadi penghalang buat kami untuk meletakkan sasaran bagi bergelar juara.

"Setiap pasukan pastinya ada sasaran mereka yang tersendiri dan saya percaya jika nasib menyebelahi kami, tidak mustahil gelaran juara menjadi milik kami," kata Hirwan kepada Kosmo! semalam.

Ditubuhkan sejak tiga tahun lalu, Pahlawan Kuning mengadakan latihan dua kali seminggu iaitu setiap hari Isnin dan Rabu sebagai persiapan menghadapi mana-mana kejohanan.

"Selain menjalani latihan dua kali seminggu, kami juga mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan dalam usaha memantapkan lagi pasukan ini," jelas Hirwan.

Ditanya mengapa mereka membuat keputusan untuk mendaftarkan pasukan bersaing dalam kategori Larut Malam, Hirwan menjawab: "Kami mahu mencuba sesuatu yang baru dan beralih angin pula.

"Jika sebelum ini kami banyak menyertai kejohanan yang diadakan pada sebelah siang, kali ini kami memutuskan untuk menyertai pada sebelah malam pula.

"Lagipun, memang kami menjalani latihan pada sebelah malam dan mungkin ia dapat disesuaikan dengan corak permainan kami."

Pahlawan Kuning pernah muncul juara pada Kejohanan Futsal SME Face Off 2010.

Sementara itu, sebelas pasukan sudah mendaftar dalam tempoh tiga jam pertama pendaftaran untuk bertarung pada Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! sejak pendaftarannya mula dibuka semalam.

Ia satu respons yang agak membanggakan meskipun berita mengenai kejohanan futsal terhebat itu baru dihebahkan secara rasmi semalam.

Hebahan untuk pendaftaran itu disiarkan dalam akhbar Kosmo! dan juga menerusi laman web rasmi pendaftaran www.kosmofutsal.com.

Jaguh-jaguh futsal yang masih belum mendaftar masih berpeluang mendaftar pasukan masing-masing sehingga 19 Mei depan, namun penyertaan adalah atas dasar siapa cepat dia dapat.

Kuota adalah terhad dan sekiranya pasukan-pasukan itu tidak mahu melepaskan peluang beraksi pada kejohanan futsal terhebat itu, daftarlah sekarang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jamak sah terima lamaran Kedah

Posted:

Jamak sah terima lamaran Kedah

Jamak sah terima lamaran Kedah

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my

WAN Jamak Wan Hassan (gambar) hampir pasti menjadi pembimbing skuad Kedah yang baru menggantikan Ahmad Yusof apabila gimik penyertaan bekas jurulatih Negeri Sembilan ke dalam skuad Hijau Kuning berlangsung di Alor Setar hari ini.

Majlis dijadual berlangsung pada pukul 5 petang, kurang empat jam sebelum sepak mula antara Kedah menentang Harimau Muda A pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib memberitahu, pada majlis itu Wan Jamak akan diberikan sut skuad Kenari sebagai tanda menjadi sebahagian daripada anggota skuad Hijau Kuning.

"Wak Jamak juga dijadual menandatangani kontrak bersama Kedah pada majlis itu," katanya ketika ditemui Kosmo! di Alor Setar semalam.

Pada perlawanan Kedah menentang Harimau Muda A di Stadium Shah Alam, Selasa lalu, Wan Jamak turut berada di bangku penonton. Pada pertemuan keduadua pasukan itu sekali lagi, beliau dijadual turut berada di stadium.

Tambahnya, Wan Jamak dijadual memulakan tugas baharunya di Kedah sebagai ketua jurulatih awal minggu depan setelah proses pendaftarannya sebagai jawatankuasa dalam pasukan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selesai Isnin ini.

"KFA sudah membatalkan pendaftaran Ahmad selaku jurulatih Kedah kelmarin dan pendaftaran Wan Jamak akan dibuat Isnin ini," katanya.

Dalam pada itu, Wan Jamak yang sudah berada di bandar raya ini, enggan mengulas perkara tersebut dan menyerahkan perkara tersebut kepada pengurusan KFA.

"Biar KFA yang umum, itu lebih elok," katanya.

Pada 7 Mac lalu, Kedah merehatkan Ahmad selepas pasukan bimbingannya mengalami prestasi hambar dengan tugasannya diambil alih oleh penolong jurulatih, Radhi Mat Din.

Ahmad yang membimbing Kedah musim lalu membantu skuad Hijau Kuning muncul naib juara Piala FA dan berada di tangga kelima Liga Super.

Bagaimanapun, menerusi enam perlawanan awal musim ini, Kedah hanya menang satu perlawanan ke atas Felda United 1-0. Manakala seri tiga perlawanan tanpa jaringan menentang T-Team dan Perak, 1-1 dengan Kelantan serta tewas dua kali kepada Sabah 1-0 dan Selangor 2-0.

Radhi yang mengambil alih pasukan, menunjukkan prestasi membanggakan apabila menang enam daripada tujuh perlawanan, sekali gus meletakkan Kedah di tangga keempat dengan 24 mata.

Kedah menang ke atas Terengganu 2-1, masing-masing menang tipis satu jaringan dengan Kuala Lumpur, Perlis, Pahang dan Harimau Muda A selain menundukkan Negeri Sembilan 2-0 dan kalah kepada Johor FC 2-1.

Radhi yang enggan mendabik dada di atas prestasi semasa skuadnya memberitahu, beliau bersyukur di atas kejayaan itu kerana ia diraih menerusi konsentrasi dan komitmen tinggi pemain kepada pasukan.

"Saya sering mengingatkan pemain agar berdisiplin ketika di padang dan jangan melakukan kesilapan. Ia bukan soal siapa jurulatih tetapi pemain perlu memberi tumpuan seratus peratus kepada perlawanan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tugas getir buat Anuar, Harrif

Posted:

Tugas getir buat Anuar, Harrif

Tugas getir buat Anuar, Harrif


ANUAR diharap dapat menjulang nama negara pada MCMC 2011 di Melaka esok.


IMPIAN pemecut Terengganu Cycling Team (TSG), Anuar Manan dan Mohd. Harrif Salleh untuk mengungguli Kejohanan Lumba Basikal Piala Ketua Menteri Melaka 2011 (MCMC 2011) di Bandaraya Melaka Bersejarah esok, berdepan tugasan berat dengan kehadiran nama besar tiga pasukan benua terkemuka Asia.

TSG telah pun mengesahkan penyertaan Anuar dan Mohd. Harrif bersama Mohd. Shahrul Mat Amin, Mohamad Saufi Mat Senan dan Yusrizal Usoff pada perlumbaan sehari (one-day-race) di laluan landai bercampur berbukit sejauh 156 kilometer esok.

Namun kehadiran beberapa nama besar pelumba pasukan benua Iran, Suren Cycling Team, khususnya Ramin Mehrabani Azar dan Vahid Ghaffari pasti menyukarkan peluang dua jaguh kelahiran Terengganu itu.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd. Wahab menjelaskan, Suren telah mengesahkan penyertaan Ghaffari, Hamid Sisan Shiri, Hassan Maleki Mizan, Azar dan Reza Bagheri, manakala Indonesia pula mengirim pasukan benua, Custom Cycling Team (CCC).

"Perlu diingatkan, Azar merupakan bekas tonggak Azad University Cycling Team, manakala Ghaffari pula dipikat dari Giant Asia Racing Team bagi mengukuhkan Suren.

"Bagaimanapun, saya gembira kalau Anuar atau Mohd. Harrif atau mana-mana pelumba Malaysia yang menang esok (Ahad).

"Kita ada beberapa lagi pelumba negara yang bagus seperti Mohammad Akmal (Amrun), Mohd. Zamri (Salleh) dan Mohd. Nur Rizuan Zainal.

"Le Tua Cycling Team pula ada Ng Yong Li dan Mohd. Razaif (Salleh)," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abu Samah juga mengharapkan lima tonggak pasukan kebangsaan Malaysia iaitu Ahmad Fallanie Ali, Wan Mohd. Najmee Wan Mohamed, Sarham Miswan, Mohd. Zulhilmie Ahmad Zamri dan Mohammad Akmal mampu melakarkan sesuatu pada kejohanan esok.

"Saya harap mereka mampu membentuk kerjasama yang jitu untuk menang. Wan Mohd. Najmee dan Mohammad Akmal kini dalam prestasi baik, jadi saya tak terkejut kalau mereka menang esok," katanya.

MCMC 2011 juga bakal menyaksikan kehadiran semula pelumba berbakat negara, Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi selepas digantung dua tahun gara-gara penggunaan dadah terlarang.

Kejohanan berstatus 1.2 dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ini boleh menjadi titik penentu penampilan semulanya dalam pasukan lebuh raya negara.

Mohd. Fauzan bakal memperkuatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun dia dijangka sukar untuk mencari rentak kemenangan selepas lama berehat.

Sementara itu, juara Asia acara scratch race di Kejohanan Lumba Basikal Asia 2007 (ACC 2007) di Thailand, Mohd. Harrif dijangka bakal meneruskan penguasaannya pada Kejohanan Grand Prix Kebangsaan Sirkit Melaka (GP Melaka) hari ini.

Mohd. Harrif kini mendahului senarai mata Kejohanan GP Kebangsaan selepas mengutip 22 mata daripada GP Kelantan dan GP Kuala Lumpur, manakala pendahulu kategori remaja, Soffian Nabil Omar Mohd Bakri dari Terengganu pula dijangka menerima cabaran hebat ekoran penampilan semula jaguh tuan rumah, Mohd Arfy Qhairant Amran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan