Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Senjata Blues

Posted: 29 Apr 2011 06:03 PM PDT

Sukan

Senjata Drogba-Torres hadapi Spurs.

Senjata Drogba-Torres hadapi Spurs.

Ancelotti pertaruh gandingan termahal Torres-Drogba kali pertama temu Spurs

LONDON: Carlo Ancelotti bersedia melunaskan perancangannya untuk menggandingkan Didier Drogba dengan Fernando Torres apabila bertemu Tottenham malam ini, dalam usaha mengekalkan misi Chelsea mengheret perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) hingga hari terakhir.

Pengurus Blues itu sebelum ini membatalkan usahanya menggandingkan penyerang bernilai rekod 50 juta pound (RM247.46 juta) itu dengan Drogba, selepas Chelsea tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara kepada Manchester United. Namun, selepas Torres menamatkan kemarau gol selama 732 minit bersama kelab barunya ketika menjadi pemain gantian menentang West Ham United hujung minggu lalu, Ancelotti mula mencongak semula perancangannya untuk perlawanan penting hari ini.

"Falsafah dan pendapat saya ialah apabila memiliki pemain yang bagus, anda harus cuba menggandingkan mereka bersama," kata pengurus itu.

"Jika pemain ada skil dan keupayaan, mereka mampu bermain bersama. Mungkin mereka perlu mengorbankan sebahagian daripada skil dan keupayaan itu tetapi mereka boleh bermain bersama-sama dan jika mereka boleh melakukannya, ia lebih bagus."

Chelsea perlu menewaskan Spurs andai mahu meningkatkan tekanan terhadap pendahulu Manchester United yang mendahului dengan enam mata berbaki empat perlawanan.
Skuad Ancelotti bertandang ke Old Trafford pada 8 Mei ini dan pengurus itu sedar jika Chelsea menang tiga perlawanan berikutnya, mereka akan menuju ke hari terakhir perlawanan liga dengan tiga mata di belakang pendahulu. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karim sedia lepas jawatan

Posted: 29 Apr 2011 06:01 PM PDT

Sukan

pix_gal0
"JIKA skuad olahraga gagal memperbaiki pencapaian Sukan SEA lalu, saya akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Pembangunan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)."

Cabaran berani Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim itu dinyatakan meskipun dia merasakan ada 'pihak' cuba mensabotaj usaha badan induk itu dalam persiapan atlit olahraga ke Sukan SEA di Indonesia, November ini.

"Kalau gagal mengatasi pencapaian di Laos (enam emas), saya sedia undur diri biarpun sekarang ini banyak gangguan yang dihadapi KOAM," katanya. Secara realistik, Karim berkata, buat masa ini hanya satu pingat emas mampu dikutip berdasarkan prestasi semasa atlit iaitu menerusi atlit tukul besi, Tan Song Hwa namun cabaran yang dibuatnya itu adalah sebagai bukti kemampuan atlit olahraga di bawah program yang diatur KOAM.

Karim yang mendakwa Majlis Sukan Negara (MSN) seolah-olah mengganggu persediaan atlit bagi menghadapi temasya dwi tahunan itu di Kompleks Sukan Ranau apabila 'menghentam' segala tindakan KOAM membawa atlit berlatih keluar dari Bukit Jalil.

Katanya, selepas tidak mendapat sokongan MSN, KOAM berusaha mendapatkan bantuan penaja namun kontroversi yang membabitkan pusat latihan di Ranau itu menyukarkan KOAM meraih bantuan sektor korporat.

"Berilah kami peluang untuk buktikan kemampuan kerana kami sebenarnya mempunyai cara tersendiri. Malangnya apa yang berlaku kini menyebabkan ada penaja takut membantu program kami di Ranau," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan