Harian Metro: Arena |
‘Biarkan dia pergi’ Posted: 29 Apr 2011 11:29 AM PDT "SERONOK dapat bekerjasama dengannya dan lebih baik jika beliau bersama pasukan ini, tapi jika mahu pergi, kita tidak boleh menahan." Itu pandangan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz mengenai keputusan Datuk Misbun Sidek menolak tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk melatih skuad pelapis kebangsaan selepas tidak lagi berpeluang melatih Datuk Lee Chong Wei.
Begitupun, ketika Sukan Olimpik London berbaki 454 hari lagi, ISN yang dipertanggungjawab meningkatkan prestasi dan kecergasan atlet dengan misi memburu emas pertama Olimpik tidak mempunyai banyak masa untuk dibazirkan dan semuanya perlu diteruskan meskipun tanpa kehadiran Misbun.
"Haluannya masih sama. Permainan Chong Wei sudah semakin baik. Saya tidak begitu risau kerana apa yang diberikan Rashid dan Seu Bock tidak jauh berbeza," katanya.
Dr Ramlan berkata secara keseluruhan, objektif yang diletakkan Jawatankuasa Kerja Sukan, membabitkan Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan selain Jawatankuasa Pemandu Road to London untuk sukan badminton berada di landasan tepat.
|
Posted: 29 Apr 2011 11:26 AM PDT PENYERANG utama Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha bertekad menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dalam setiap perlawanan bagi menjamin kedudukan selesa pasukannya, selain mahu menambah koleksi jaringan peribadi memburu Kasut Emas. Berbekal 11 gol Liga Super setakat ini, Norshahrul atau nama timangannya Mat Yo optimis mampu menggegar gawang selain terus mempamerkan aksi cemerlang dalam setiap perlawanan.
Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu pula memberikan ingatan kepada pemain supaya sentiasa fokus selain tidak memandang mudah Kuala Lumpur yang akan ditemui di Kota Bharu, malam ini.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan