Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Badminton akan melonjak – Shabery

Posted:

Badminton akan melonjak – Shabery

Badminton akan melonjak – Shabery


MISBUN (kanan) tarik balik keputusan letak jawatan dan kembali melatih Chong Wei.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek percaya dengan berakhirnya kemelut antara Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan melonjakkan lagi sukan badminton negara di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, apa yang penting sekarang semua pihak harus berganding bahu untuk menghasilkan pencapaian lebih baik terutama dalam memburu pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2012 London.

"Saya percaya sukan badminton (negara) selepas ini akan menuju ke beberapa tapak ke hadapan. Apa yang penting, kita dapat membuahkan hasil yang lebih baik terutama dalam memburu pingat emas di Sukan Olimpik akan datang," katanya selepas menyaksikan Putrajaya Grand Prix 2011 di Dataran Putrajaya semalam.

Kelmarin, Misbun memecah kesunyian dengan menarik balik peletakan jawatan sebagai jurulatih perseorangan badminton negara.

Namun, keputusannya itu belum menamatkan kemelut bersama BAM dengan persoalan kini terarah sama ada beliau akan kembali untuk membimbing anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei.

Mengulas lanjut, Shabery mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana berusaha untuk memastikan kemelut itu selesai.

"Tahniah kepada BAM dan Misbun kerana meletakkan soal perasaan dan hati masing-masing di bawah demi kepentingan negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

T-Team dapat rentak

Posted:

T-Team dapat rentak

T-Team dapat rentak


KAPTEN T-Team, Rosdi Talib (kiri) berjaya menghalang kemaraan pemain Sabah, Sabri Tahar pada aksi Liga Super di Kuala Terengganu semalam.


HAJAT T-Team untuk mencatat kemenangan kedua akhirnya tercapai selepas menewaskan Sabah 3-0 pada aksi Liga Super, semalam.

Beraksi dalam keadaan hujan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, anak-anak buah Yunus Alif itu jelas menguasai permainan untuk mengutip tiga mata berharga.

Rentak kemenangan T-Team bermula seawal minit kedua menerusi jaringan Haris Safwan yang mudah memperdayakan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein.

Enam minit kemudian, tuan rumah selesa mendahului dua gol, kali ini menerusi jaringan Zairo Anuar Zailani hasil sepakan percuma daripada jarak 20 meter.

Norfarhan Mohammad terus menambah derita skuad Sabah dengan gol ketiga pada minit ke-41.

Sabah yang turut memburu kemenangan kedua memperoleh peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-65, namun tandukan Razlan Oto sekadar terkena tiang gol.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Shah Alam, tuan rumah, Selangor terus bernafsu memburu kemenangan selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Pahang.

Negeri Sembilan pula sekadar seri 1-1 dengan Terengganu di Paroi.

Kuala Lumpur dihampakan 0-1 oleh Kedah pada aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras sementara Perak menepati ramalan apabila menewaskan Felda United 1-0 di Stadium Perak, Ipoh.

Perlis pula seri 2-2 dengan Johor FC di Kangar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mencari permata di kolam renang

Posted:

Mencari permata di kolam renang

Mencari permata di kolam renang

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


ROZI (berdiri, dua dari kiri) memerhatikan sesi pemilihan ketika Program Mengenalpasti Bakat Sukan Renang sempena pembukaan semula Kompleks Akuatik Negeri Terengganu semalam.


MELETAKKAN objektif untuk menjadi kuasa baru sukan tanah air, Terengganu sememangnya tidak pernah duduk diam untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam pelbagai acara sukan.

Lihat sahaja betapa berkuasanya negeri dari Pantai Timur itu di lapangan sukan berbasikal.

Setiap ceruk lebuh raya sudah ditawan menerusi barisan pelumba bertaraf dunia seperti Anuar Manan dan Mohd. Hariff Salleh.

Malah, keunggulan pecutan Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa di veledrom berbasikal juga cukup digeruni lawan dari serata dunia.

Tidak ketinggalan di arena olahraga dan nama Nazmizan Muhammad pasti diingati dengan rekod dua pingat emas acara pecut di Sukan SEA 2003 di Vietnam. Begitu juga dengan kejaguhan Adi Aliffudin. Atlet berbadan besar ini masih menjadi taruhan negara dalam acara lontar peluru.

Semua catatan sejarah itu cukup indah untuk diceritakan. Namun, hakikat yang pasti, kejayaan oleh anak-anak Terengganu itu terhasil daripada pembangunan sukan yang tersusun.

Justeru itu, Terengganu dengan status sebagai juara Sukan Malaysia (Sukma) edisi 2008 dan 2010 kini mahu melebarkan penguasaannya.

Kali ini, negeri yang sinonim dengan gelaran Sang Penyu itu mula berjinak-jinak untuk mencari jaguh di kolam renang.

Sebagai langkah pertama, kerajaan negeri menerusi Persatuan Renang Amatur Terengganu (PRAT) telah mengadakan Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Renang di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Burok semalam.

Program sehari yang mensasarkan perenang cilik berusia lima hingga 14 tahun ini menjadi platform kepada agenda Terengganu untuk menyingkirkan Sarawak dan Selangor sebagai kuasa di kolam renang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat sendiri mengakui betapa ruginya negeri ini andai gagal mengaut sebanyak mungkin pingat di kolam renang.

"Salah satu cara untuk kita pertahankan kejuaraan Sukma adalah dengan menguasai kolam renang kerana di sinilah jumlah pingat paling banyak ditawarkan.

"Kita juga tidak boleh sepenuhnya kepada acara-acara seperti kenu dan berbasikal. Untuk menjadi kuasa sukan tanah air, kita perlu menawan semua acara termasuklah acara di kolam renang," kata Rozi ketika merasmikan program tersebut semalam.

Melihat kepada rekod Terengganu di kolam renang, ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Malah, kejayaan meraih tiga emas, dua perak dan satu gangsa di temasya Sukma 2008 hadir menerusi perenang 'import', Carmen Ooi.

Selepas temasya itu, Terengganu tiba-tiba dilanda musibah besar dengan penutupan Pusat Akuatik MBKT gara-gara masalah teknikal ekoran kejadian bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan pada 2009.

Kesannya, pasukan renang Terengganu terpaksa pulang kosong dari temasya Sukma 2010 di Melaka sekali pun muncul juara keseluruhan.

"Kita sedar antara faktor kegagalan kita melahirkan bakat-bakat di Terengganu adalah disebabkan masalah teknikal termasuk tiadanya kemudahan latihan yang baik.

"Kini, semuanya telah kembali pulih apabila pusat akuatik ini dibuka semula dan saya mahu persatuan mengambil peluang ini. Kita mempunyai ramai anak-anak yang mahir berenang di laut dan berani terjun di sungai. Mereka inilah yang perlu kita cari," jelas Rozi lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Renang Amatur Terengganu (PRAT), Dr. Hashim Azmi Che Nor berkata, pasukan renang negeri itu kini hanya mempunyai enam perenang dan mendapat latihan sepenuhnya daripada jurulatih tempatan.

Katanya, jumlah itu masih kecil jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang mempunyai ramai pelapis dalam acara renang, terjun, polo air mahupun renang berirama.

"Program Mengenalpasti Bakat ini adalah permulaan kepada kami walaupun kami sedar ia memerlukan masa yang lama untuk memperoleh hasilnya.

"Kami akan mengumpul sebanyak mungkin bakat-bakat muda untuk diserapkan di bawah kendalian persatuan dan mereka yang terpilih akan didedahkan kepada banyak pertandingan sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan," jelasnya.

Tambah Dr. Hashim lagi, pihak persatuan mungkin akan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang jurulatih luar untuk membantu jurulatih sedia ada, Foo Yock Meng bagi melahirkan jaguh renang dari kalangan anak Terengganu.

"Semua peserta yang terpilih dalam Pencarian Bakat ini akan melalui ujian di bawah kendalian jurulatih sebelum mereka diberikan latihan sistematik mengikut kemahiran masing-masing.

"Dalam masa sama, mereka juga akan terlibat dalam kejohanan-kejohanan anjuran persatuan yang akan diadakan setiap bulan selepas ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan