Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Misbun kembali

Posted: 01 Apr 2011 12:44 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Soal sama ada terus latih Chong Wei belum diputuskan Exco BAM

KEMELUT tiga bulan yang 'dicipta' Datuk Misbun Sidek berakhir semalam apabila jurulatih 'Yang Teristimewa' itu menarik balik peletakan jawatannya dan diterima sebulat suara Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Begitupun, timbul persoalan baru sama ada jurulatih itu akan terus membimbing anak didiknya, Lee Chong Wei atau sebaliknya kerana jurulatih itu perlu memenuhi syarat-syarat kontrak baru yang akan ditetapkan BAM. "Kita akan tawarkan kontrak baru kepadanya kerana kontrak lama berakhir 31 Disember lalu. Jadi, beberapa syarat baru akan ditetapkan dan selepas mendapat persetujuan bersama, baru kita akan menandatanganinya.

"Soal sama ada dia akan terus membimbing Chong Wei dan berapa lama tempoh kontrak baru ini, belum diputuskan kerana ia masih terbuka dan kami perlu berbincang terlebih dulu," kata Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh.

Beliau juga menegaskan keputusan BAM menerima semula penarikan jurulatih itu bukan kerana tekanan mana-mana pihak, sebaliknya demi kepen-tingan negara.

"Saya pun tidak tahu bila dia membuat keputusan (menarik balik surat peletakan jawatan) itu kerana baru menerima dan membacanya tengahari ini (semalam) selepas pulang dari luar negara.
"Surat itu dihantar ke rumah saya tiga atau empat hari lalu dan saya kemudian memberi-tahu majlis dan selepas perbincangan, mereka menerima penarikan balik peletakan jawatan itu dengan sebulat suara," katanya.

Mohd Nadzmi berkata, BAM mengalu-alukan keputusan jurulatih itu dan menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa jurulatih itu meletak jawatan.

"Begitupun, keputusan Misbun itu tidak akan me-ngubah struktur baru sistem kejurulatihan dan latihan yang sudah diluluskan sebelum ini dan Misbun sendiri menghormatinya," katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek lega dengan perkembangan itu dan menyifatkan segala keputusan dicapai dibuat demi kepentingan negara.

"Misbun dan BAM selepas ini ada tugas penting terutama buru pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik."

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

AkusZ

Tahniah Datuk. sikap profesional kembali kpd BAM kerana negara. Kejebatan datuk melahirkan Chong Wei belum pernah dilakukan oleh mana-mana j/latih d Malaysia. Harapan peminat, biarlh Datuk diberikan hak membimbing semula anak didiknya. Janganlan Orang lain yang mendapat nama disebalik usaha Datuk. TIDAK ADIL.

Hanapi Wahid

Tahniah Datuk Misbun diatas kepentingan terhadap negara kita..teruskan perjuangan anda kepada bam.sy berdoa agar anda curahkan segala ilmu kepada setiap pemain anda.

maramin abd. labin

Dlm isu ini, penantian itu bukanlah satu penyeksaan. Syabas... terbukti bahawa Datuk Misbun mempunyai jiwa satria dan patriotik demi mengangkat maruah negara di persada badminton dunia. Teruskan perjuangan Datuk... MALAYSIA BOLEH utk 1MALAYSIA.......

alhamdulilah..welcome back datuk...

Yusuf

Alhamdulillah....akhirnya Datuk Misbun Sidek Kembali ke BAM.........Saya harap Datuk Misbun Sidek kembali membimbing Datuk Lee Chong Wei

jemi

gitulah sepatutnya dua-dua pihak tidak perlu ego. datuk sudah banyak jasa kpd badminton negara, syabas datuk.

CVIA

WIRA sejati negara dah kembali.terima kasih DK MISBUN sesungguhnya anda meletakkan kepentingan negara adalah satu matlamat dlm hidup anda.

mohamed abdulrafar

Dah balik untuk khidmat NEGARA.Mulai skrang jangan ungkit2 lagi henti kan cakap2 menyekit dan berharap terus kan beri sokongan untuk cinta2 dan harapan Raayat Malaysia memperolehi pingat pertama di Sukan Olimpik.Kita berdoa bersama2. Insallah.

mimi

Harap tiada lagi kemelut sukan di negara kita. Tahniah Datuk Misbun, teruskan perjuangan mu demi negara tercinta.

fafa

Negara diutamakan melebihi segala2. Tahniah Datuk Misbun.

BualoyBuabarn

Fuuuuh mcm lepaihhutung seribu. terima kasih Dato'

kedairuncit05

Berita baik buat seluruh peminat badminton..misbun kembali dan pastinya demi kepentingan negara. Jurulatih adalah org yang paling rapat dengan pemain2 justeru hnya jurulatih yang tahu akan kemampuan anak didiknya.

up pan

tahniah datuk misbun harapan peminat tanah air untuk mennunggu keputusan datuk misbun berakhir demi kepentingan Neagara Malaysia

RAHIMAH BINTI ABDUL RAHIM

yahoo....penantian rakyat malaysia akhirnya tercapai jua...

anak rantau

Tahniah & syabas Datuk Misbun..selamat kembali meneruskan tugasan & misi utk kecemerlangan badminton negara di peringkat tertinggi di mata dunia..Alhamdullillah.

sepul

yahoo. dah lama saya tunggu yang ini.

RazifJalani

Selamat kembali ke pangkuan negara. Keringat Datuk Misbun sangat ditagih dalam membantu meningkatkan kualiti badminton negara. Keputusan menarik balik perletakan jawatan menunjukkan Misbun bukanlah seorang yang mempunyai ego yang tinggi tetapi beliau merupakan seorang yang sangat komited dalam sukan badminton. Terima kasih Datuk kerana menyampaikan hasrat ramai rakyat Malaysia yang memang inginkan Datuk kembali kepangkuan skuad Negara.

Pakcu

rambut tidak putus...tepung tidak berselerak.. tiada sapa yang rugi kini..

Richard Albuno

Baguslah tindakan itu tetapi BAM jangan ego kerana bukan sahaja merugikan BAM tetapi paling penting demi MALAYSIA!

agy7500

Buang yang keruh ambil yang jernih. Peribadi diketepikan, negara diutamakan. Syabas.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MU berdepan saat kurang selesa

Posted: 01 Apr 2011 12:43 PM PDT

Sukan

pix_gal0
MENJELANG pertemuan dengan West Ham malam ini, Sir Alex Ferguson enggan memperbesarkan kemampuan Manchester United mengulangi kejayaan trebel 1999 selepas melihat barisannya yang berdepan jadual padat, dilanda masalah kecede-raan benteng pertahanan.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berkunjung ke gelanggang West Ham yang sedang meniti prestasi terbaik, mendahului pasukan tangga kedua Arsenal dengan lima mata dan memburu rekod ke-19 kejuaraan liga.

Namun April menjanjikan ujian paling sukar buat skuad Ferguson kerana turut dijadualkan beraksi dalam suku akhir Liga Juara-Juara menentang Chelsea sebelum separuh akhir Piala FA dengan Manchester City. Sambil berharap kapten, Nemanja Vidic kembali bagi kunjungan ke Upton Park, Rio Ferdinand masih terpaksa diketepikan bersama-sama Rafael (hamstring), John O'Shea (hamstring) dan Jonny Evans (digantung).

"Situasi ini lebih sukar berbanding 1999," kata Ferguson. "Kami tidak perlu berdepan banyak kecede-raan ketika itu berbanding sekarang. Wujud keazaman tinggi untuk melakukannya tetapi kami berdepan banyak kecederaan pertahanan ketika ini.

"Namun kami tidak akan mengaku kalah, tidak kira apa berlaku, kita sentiasa merasakan Manchester United akan menjaringkan gol pada minit terakhir."

Masih geram dengan hukuman penggantungan lima perlawanan kerana mengkritik pengadil, Martin Atkinson, Ferguson tetap mempertahankan tindakannya.
"Saya fikir dalam beberapa perlawanan ini, kami terpaksa menerima beberapa keputusan yang tidak memihak kami dan perlu berhati-hati supaya kita tidak dihantuinya." - AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan