Kosmo Online - Sukan |
Posted: Barca belasah ShakhtarINIESTA meledakkan gol pertama Barcelona ketika menewaskan Shakhtar Donetsk 5-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam. BARCELONA - Barcelona mengesahkan statusnya selaku salah sebuah kelab terbaik dunia apabila menewaskan Shakhtar Donetsk 5-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam. Paling menarik, pada aksi yang berlangsung di Stadium Nou Camp tersebut, lima gol yang diperoleh skuad The Catalan dijaringkan oleh pemain yang berbeza. Pemain antarabangsa Sepanyol, Andres Iniesta membuka tirai jaringan seawal minit kedua sebelum Dani Alves menambah gol kedua pada minit ke-34 diikuti Gerard Pique (53), Seydou Keita (60) dan Xavi (86). Gol sagu hati Shakhtar pula hadir menerusi jaringan yang dilakukan Yaroslav Rakitskiy pada minit ke-59. Kemenangan itu turut menyaksikan Barcelona mencipta rekod tersendiri apabila merekodkan kemenangan ke- 10 dengan jaringan melebihi lima gol dalam satu perlawanan musim ini. Tidak cukup dengan itu, The Catalan secara keseluruhannya telah merekodkan 132 gol ke atas lawan mereka yang mana 30 gol dalam saingan Liga Juara-Juara. "Keputusan yang kami (Barcelona) catat ini adalah sangat baik tetapi ia masih belum menjamin tempat kami untuk mara ke peringkat separuh akhir. "Jadi... kami perlu lebih berhati-hati pada aksi kedua nanti. "Shakhtar akan menjadi lebih kuat apabila beraksi di laman sendiri. "Lihat sahaja ketika mereka menewaskan Arsenal dan AS Roma. "Itu bakal menjadi pengajaran berguna buat kami," kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola. Sementara itu, jurulatih Shakhtar, Mircea Lucescu seakan-akan sudah 'mengibar bendera putih' berikutan kekalahan yang dialami pasukannya. Ini kerana, Lucescu menganggap Barcelona telah mara ke peringkat separuh akhir di atas kemenangan selesa yang dilakarkan anak-anak buah Guardiola itu. "Dengan keputusan yang ada pada perlawanan hari ini (awal pagi semalam), Barcelona dianggap telah mara ke peringkat separuh akhir. "Saya tidak fikir ada mana- mana pasukan yang mampu menewaskan Barcelona dalam saingan musim ini. "Memang pasukan lawan akan memberikan mereka (Barcelona) kesukaran tetapi mereka tahu bagaimana caranya untuk mengawal situasi tersebut dengan baik dan menggunakan segala kelebihan yang dimiliki," jelas Lucescu. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Ancelotti selar pengadilTORRES (kiri) menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pengadil perlawanan, Alberto Undiano selepas Chelsea tewas 0-1 kepada United awal pagi semalam. LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya kepada pengadil perlawanan, Alberto Undiano. Ia gara-gara keputusan pengadil dari Sepanyol itu yang enggan memberikan sepakan penalti kepada skuad The Blues ketika tewas 0-1 kepada Manchester United pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam. Ancelotti mendakwa, skuad kendaliannya itu wajar dihadiahkan sepakan penalti selepas tonggak pertahanan United, Patrice Evra mengasari pemain tengah, Ramires pada lewat babak perlawanan pada aksi di Stamford Bridge itu. Sekiranya, Udiano menghadiahkan sepakan penalti kepada The Blues, perlawanan itu pastinya akan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Begitupun, ia tidak menjadi kenyataan apabila skuad The Red Devils berjaya mencatat kemenangan tipis hasil jaringan 'ayam tambatan'nya, Wayne Rooney pada minit ke-24. "Ia dapat dilihat dengan jelas. Semua orang tahu yang kami (Chelsea) berhak untuk diberikan sepakan penalti. "Ada masanya, memang sukar untuk memberikan sepakan penalti. Apatah lagi apabila ia berlaku pada minit-minit terakhir perlawanan tetapi pengadil perlu memiliki keberanian untuk membuat keputusan. "Begitupun, tidak semua pengadil memiliki skil yang sedemikian dan berani dalam membuat sebarang keputusan," kata Ancelotti. Menurut Ancelotti, beliau ada mengemukakan bantahan kepada Udiano sejurus tamat perlawanan tetapi pengadil tersebut tidak mengendahkannya. "Saya memberitahunya (Udiano) bahawa dia sepatutnya memberi kami sepakan penalti tetapi jawapan yang diberikannya adalah tidak." - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Liverpool dilanda krisis kecederaan Posted: Liverpool dilanda krisis kecederaan
LONDON - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish kini dihimpit krisis kecederaan selepas pemain pertahanannya, Daniel Agger dan Glen Johnson terpaksa direhatkan. Agger mengalami kecederaan di lutut ketika tewas 1-2 kepada West Brom pada Sabtu lalu dan terpaksa melupakan terus saingan Liga Perdana England musim ini. Johnson pula mengalami kecederaan hamstring pada perlawanan yang sama dan memerlukan rehat selama sebulan. "Daniel mengalami masalah pada tendon bahagian belakang lututnya dan tidak akan bermain lagi musim ini," kata Dalglish. "Dia perlu berehat selama beberapa bulan sebelum boleh beraksi sekali lagi." Dengan masalah hamstring Martin Kelly yang berulang kembali, Dalglish kini berdepan krisis pemain pertahanan menjelang kunjungan Manchester City minggu depan. Kubu mereka dikawal empat pertahanan tengah pada perlawanan dengan West Brom dengan Jamie Carragher dan Danny Wilson terpaksa diletakkan di posisi kanan dan kiri. Kehadiran Fabio Aurelio menjalani latihan semula selepas berehat sebulan kerana hasmtring datang tepat pada masanya, namun dia masih lagi kurang cergas. Terbaru, ada laporan menyatakan yang kapten skuad The Reds, Steven Gerrard mungkin terlepas baki saingan musim ini kerana mengalami kecederaan. Perancang England itu dijangka beraksi pada pertemuan dengan West Brom selepas pulih daripada pembedahan pangkal paha, namun kecederaan yang sama dilihat berulang kembali ketika dia menjalani latihan minggu lepas. "Glen Johnson mengalami hamstring dan perkara sama turut menimpa Martin Kelly. "Bagi Gerrard pula, kita akan tahu keadaannya penghujung minggu ini. "Dia akan diperiksa dan kita akan tunggu apakah masalahnya," kata Dalglish. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan