Harian Metro: Arena |
Posted: 07 Apr 2011 08:52 AM PDT INSYA-ALLAH, tidak lama lagi." Itulah reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah (gambar) ketika ditanya mengenai bilakah semua ahli persatuan bola sepak negeri akan menerima geran tahunan masing-masing. Mungkin jawapan ringkas Sultan Ahmad Shah mengenai pembayaran geran tahunan itu membuatkan semua ahli gabungan badan induk kebangsaan itu menarik nafas lega kerana setidak-tidaknya, selaku pemimpin nombor satu FAM, beliau sendiri sudah membuat jaminan bahawa wang berkenaan akan diserahkan dalam masa terdekat ini. Saingan pusingan pertama liga tempatan sudah hampir berakhir namun geran tahunan sebanyak RM100,000 hingga RM300,000 yang diperuntukkan kepada setiap pasukan beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana masih belum kelihatan sekali gus menimbulkan keresahan persatuan yang berdepan masalah kewangan untuk menguruskan pasukan masing-masing.
Bagaimanapun, hingga kini, wang berkenaan masih belum diterima oleh ahli gabungan dan sebahagian besar daripada mereka meluahkan keluhan menerusi akhbar ini, dua hari lalu dan kelmarin, Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa pula tampil menjelaskan bahawa MSL sudah pun menyerahkan kertas cadangan mengenai jumlah geran tahunan itu kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan FAM untuk kelulusan.
"Dia (Annuar) nak bercakap, biar dia bercakap tetapi saya tidak bercadang mahu menyentuh perkara itu. Apapun saya yang sepatutnya lebih tahu," katanya ketika ditemui di Kuantan, semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 07 Apr 2011 08:50 AM PDT TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa (gambar) menyatakan bahawa penjelasannya mengenai kelewatan pemberian geran tahunan kepada ahli gabungan sebelum ini tidak bermaksud untuk mencampuri urusan Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan badan induk bola sepak negara itu. Sebaliknya segala keputusan mengenai urusan penyerahan geran itu tertakluk sepenuhnya kepada keputusan yang dikeluarkan jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Presiden, Sultan Ahmad Shah.
"Apa yang saya katakan adalah pihak MSL sudah menyerahkan cadangan mengenai formula pengagihan geran tahunan itu kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan saja. Ia bergantung kepada jawatankuasa itu untuk membuat sebarang keputusan.
Dalam laporan yang dikeluarkan Arena Metro semalam, Annuar mengesahkan FAM sudah menerima duit penajaan daripada Astro Media dan berpendapat geran tahunan sepatutnya dapat diberikan kepada pasukan yang terbabit dalam Liga Malaysia musim ini lebih awal.
Isu kelewatan pembayaran geran tahunan dibangkitkan oleh beberapa pegawai pasukan Liga Super dan Liga Perdana apabila mereka sehingga kini masih belum menerima bantuan itu sedangkan pusingan pertama saingan musim ini hampir tamat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan