Utusan Online - Sukan |
Posted: Webber laung amaran awalLaporan AIZAWATI AHMAD
SEPANG - Mark Webber berkata masih terlalu awal untuk meramalkan peluang pasukannya Red Bull walaupun dia menguasai kedua-dua sesi latihan bebas perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. Selepas bermula hambar apabila menamatkan saingan di tangga kelima pada perlumbaan pembuka tirai 2011 di Albert Park, Melbourne, dua minggu lalu, pelumba Australia itu mengotakan janji apabila tiba di Malaysia dengan jentera yang lebih kompetitif. Selepas mencatat masa terpantas pada sesi latihan pertama sebelah pagi dengan masa 1:37.651 saat, dia memperbai-ki kepantasan kepada 1:36.876s pada sesi petang. Begitupun, pemandu kelahiran Australia itu memilih merendah diri ketika ditanya mengenai peluang pasukannya untuk mengungguli perlumbaan esok. "Kami memang kelihatan okey, tetapi masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai perlumbaan hujung minggu ini. "Setakat ini jentera kami menunjukkan prestasi yang cukup baik dan ia merupakan satu bonus buat pasukan," katanya semalam. Webber memberitahu, dalam keadaan cuaca panas di Sepang, krew pasukannya perlu melakukan pemeriksaan terperinci kesemua tayar termasuk tayar baru yang di bawa Pirelli pada GP Malaysia. Webber diekori pemandu McLaren, Jenson Button yang mencatat 1:36.881s, dengan kedua-dua pelumba itu hanya dipisahkan 0.005s. Pada ujian masa pertama, pemandu kelahiran Britain itu menghuni tangga ke-15. Di tempat ketiga ialah rakan sepasukan Button, Lewis Hamilton, yang menamatkan sesi ujian 1:37.010s, yang mana pada sesi pertama pemandu Britain itu berada pada kedudukan kedua dengan catatan 1:39.316s. Juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher dari pasukan Mercedes GP tidak menghampakan apabila mencatat masa ketiga terpantas 1:39.791s pada sesi ujian pertama, manakala untuk sesi kedua di tempat kelima (1:38.088s). Sementara itu, juara dunia, Sebastian Vettel berkata, pasukannya tidak berhadapan dengan masalah besar, selain dapat melakukan pusingan sebanyak mungkin bagi menguji prestasi jentera. "Kami berjaya melakukan banyak pusingan pada sesi latihan bebas sebelah pagi kerana tayar tambahan yang dibekalkan kepada kami, begitu juga pada sesi sebelah petang. "Nampaknya penggunaan tayar di sini jauh berbeza dengan perlumbaan di Melbourne. Saya rasa semua pasukan mengalami situasi yang sama," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Jentera Petrov bermasalahSEPANG - Nasib tidak menyebelahi pelumba Lotus-Renault, Vitaly Petrov apabila jenteranya menghadapi masalah teknikal ketika sesi latihan bebas pertama di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. Pemandu berusia 26 tahun itu mengakui sesi latihan bebas semalam, tidak berpihak kepadanya. Petrov terpaksa menamatkan saingan di tempat tercorot pada sesi pertama, apabila tayar depan jenteranya mengalami masalah yang dipercayai berpunca daripada brek. Namun pemandu Rusia itu memperbaiki kedudukan pada tangga ke-13 pada sesi latihan bebas kedua. "Masalah teknikal yang dialami menyebabkan pasukan membuat keputusan untuk tidak menamatkan sesi pertama, sebaliknya menyambung sesi kedua pada sebelah petang,'' katanya. Namun Petrov yakin pasukannya, yang mempunyai kaitan dengan Malaysia, mampu mencatat keputusan lebih baik pada sesi kelayakan, hari ini. Sementara itu, rakan sepasukan Nick Heidfeld berkata, pasukannya lebih selesa mengguna tayar lembut pada saingan kali ini. "Walaupun tidak melakukan banyak pusingan, kami telah memperoleh data dan belajar beberapa perkara terutamanya kadar suhu yang menurun terhadap pada penggunaan tayar lembut," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan