Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Impian Arsenal sudah berakhir

Posted:

Impian Arsenal sudah berakhir

Impian Arsenal sudah berakhir


PEMAIN tengah Arsenal, Jack Wilshere (kanan) dicabar penyerang Bolton, Johan Elmander pada aksi di Stadium Reebok semalam. Bolton menang 2-1.


LONDON - Impian Arsenal untuk merangkul gela- ran Liga Perdana England musim ini berakhir selepas tewas 1-2 kepada Bolton Wanderers semalam .

Skuad bimbingan Arsene Wenger itu perlu menang di Stadium Reebok bagi membolehkan mereka mengekori rapat pendahulu liga, Manchester United.

Begitupun, Daniel Sturridge meletakkan Bolton di depan pada minit ke-38 sebelum pemain tengah Israel, Tamir Cohen menanduk masuk gol kemenangan tuan rumah pada minit-minit akhir permainan.

Cohen meraikan jaringan itu dengan menanggalkan jersi pasukan untuk mendedahkan baju-T yang terpapar wajah mendiang bapanya, Avi Cohen yang juga bekas pemain Liverpool.

Gol sagu hati skuad The Gunners diperoleh menerusi penyerang Belanda, Robin van Persie pada minit ke-47.

Kekalahan pertama Arsenal daripada 17 perlawanan liga itu telah meletakkan mereka kekal di tangga ketiga, sembilan mata di belakang United dengan baki empat perlawanan.

Keputusan itu sekali gus memusnahkan impian Arsenal untuk merangkul gelaran liga buat kali pertama sejak 2005.

Pada aksi semalam, kecuaian benteng pertahanan Arsenal sekali lagi dihukum apabila Sturridge menanduk gol pembukaan hasil sepakan penjuru.

Gol itu adalah yang ketujuh buat Sturridge bersama Bolton sejak dipinjamkan dari Chelsea.

Bolton hampir menambah gol kedua pada awal babak kedua selepas Stur- ridge dikasari Johan Djourou tetapi sepakan penalti Kevin Davies berjaya ditampan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.

Bagaimanapun, van Persie berjaya melakar rekod baru dalam Liga Perdana England sebagai pemain Belanda yang berjaya menjaringkan tujuh gol berturut-turut di gelanggang lawan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

United diingatkan jangan terburu-buru

Posted:

United diingatkan jangan terburu-buru

United diingatkan jangan terburu-buru

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengingatkan barisan pemainnya agar terus fokus dalam usaha merangkul kejuaraan Liga Perdana England musim ini.

Kelmarin, skuad kendalian Ferguson terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu liga apabila mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Everton di Old Trafford.

Ia sekali gus menyaksikan anak-anak buah Ferguson berjaya merekodkan kemenangan ke-13 di laman sendiri musim ini dan hanya perlu menang dua daripada empat baki perlawanan bagi menggenggam trofi kejuaraan liga.

Bagaimanapun, Ferguson yang memburu trofi liga ke-12 sejak membimbing United, mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak terlalu terburu-buru bagi memastikan The Red Devils keciciran mata dalam baki empat perlawanan.

"Kami tidak boleh terlalu yakin. Hanya tinggal empat perlawanan sahaja lagi musim ini dan bagi memastikan kami bergelar juara, pemain-pemain perlu tampil dengan prestasi terbaik mereka.

"Adakah pasukan saya beraksi seperti juara? Ya. Mereka sentiasa bersungguh-sungguh untuk mencatatkan kemenangan dalam setiap perlawanan," jelas Ferguson.

Pada aksi kelmarin, bintang muda Mexico, Javier Hernandez muncul wira United apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-84.

United berpeluang menjulang trofi kejuaraan liga di depan pe- nyokong-penyokong setia mereka sendiri pada pertemuan menentang Chelsea, 8 Mei depan sekiranya berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Arsenal se- minggu sebelum itu.

"Ramai selalu mengatakan bahawa peluang kami untuk muncul juara tampak sukar kerana kami perlu terlebih dahulu berdepan dengan Arsenal dan Chelsea.

"Macamlah kami mahu tewas di tangan kedua-dua kelab tersebut. Sudah pasti tidak.

"Kenapa ramai mengatakan bahawa kami tidak mampu menewaskan Chelsea di tempat mereka dan berkunjung ke Emirates dengan mencatatkan kemenangan?

"Seperti yang saya katakan kepada pemain, lupakan segala perkara yang tidak berfaedah itu, sebaliknya fokus bagi mencatatkan kemenangan dalam setiap perlawanan," kata Ferguson.

Ketika ini, The Red Devils masih menerajui carta liga dengan mengumpul 73 mata, enam mata meninggalkan Chelsea di tangga kedua (67), manakala Arsenal di tangga ketiga (64). - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Torres masih belum selamat

Posted:

Torres masih belum selamat

Torres masih belum selamat

LONDON - Satu gol yang dijaringkan Fernando Torres ketika membantu Chelsea menewaskan West Ham United 3-0 awal pagi semalam, masih belum mampu menjamin tempat penyerang Sepanyol itu dalam kesebelasan utama skuad The Blues.

Pada aksi Liga Perdana England yang berlangsung di Stamford Bridge itu, Tor- res yang dimasukkan sebagai pemain gantian, meledak gol pada minit ke-84.

Gol tersebut sekali gus menamatkan kemarau jaringan yang melanda pemain berusia 27 tahun itu dalam 14 perlawa- nan sebelum ini sejak dia dibawa masuk dari Liverpool pada Januari lalu.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mengakui yang beliau lega dengan jari- ngan yang dilakukan Torres itu dan percaya ia bakal menjadi suntikan semangat buat pemain tersebut bagi meneruskan kariernya bersama The Blues.

Namun, dengan Drogba dilihat menjadi pilihan pertama Ancelotti selaku penggempur utama dalam tiga perlawa- nan terakhir sebelum ini, pengurus kelahiran Itali itu masih belum membuat keputusan sama ada mahu menggandingkan kedua-dua pemain tersebut pada pertemuan menentang Tottenham Hotspur minggu depan.

Ini kerana, gandingan Torres dan Drogba sebelum ini dilihat masih gagal memberikan impak yang berkesan.

"Namun, berdasarkan prestasi semasa Drogba dan jaringan yang dilaku- kan Torres, kami perlu cuba untuk se- kali lagi menggandingkan mereka," jelas Ancelotti. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan