Berita Harian: Sukan |
Posted: 09 Apr 2011 12:14 PM PDT Sukan JUARA dunia dari Red Bull Racing, Sebastian Vettel menyambar petak pertama perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang semalam, untuk mencerahkan peluang mengulangi kemenangan di litar yang sama dalam perlumbaan 56 pusingan, hari ini. Dalam sesi kelayakan mendebarkan dan berbaki beberapa saat sebelum segmen kelayakan ketiga berakhir, pemandu Jerman berusia 23 tahun itu memintas pemandu McLaren, Lewis Hamilton apabila merakam 1 minit 34.870 saat, mengatasi Hamilton yang melakukan 1:34.974s beberapa saat sebelum itu. "Saya gembira dengan petak pertama ini tetapi jurang begitu kecil dan perlumbaan esok (hari ini) pasti lebih mencabar. Dengan cuaca yang tidak menentu di sini, saya tidak boleh ambil mudah," kata Vettel, semalam.Barisan kedua juga bakal diisi pemandu Red Bull, Mark Webber (1:35.179s) memastikan petak ketiga, sedikit di depan pemandu McLaren, Jenson Button (1:35.200s), sekali gus mengulangi kedudukan petak sama pada perlumbaan GP Australia dimenangi Vettel, dua minggu lalu. Pemandu Ferrari, Fernando Alonso dan pemandu Lotus Renault, Nick Heidfeld mengisi barisan ketiga, diikuti Felipe Massa (Ferrari) dan Vitaly Petrov (Lotus Renault) manakala pemandu GP Mercedes-PETRONAS, Nico Rosberg dan pemandu Sauber F1, Kamui Kobayashi melengkapkan lima barisan depan menjelang perlumbaan 56 pusingan, jam 4 petang ini. Mengakui agak terkejut kerana Sepang tidak dilanda hujan petang semalam, Vettel berkata, pasukan itu mengumpul banyak maklumat di GP Australia sebelum tiba di Sepang, terutama dari segi ketahanan tayar Pirelli yang mula digunakan musim ini.
Sementara itu, juara dunia 2008 Hamilton, jelas akur dengan kepantasanVettel dan tetap berpuas hati di petak kedua buat kali kedua berturut-turut. "Ada sedikit perubahan kecil dilakukan pada jentera kerana kami mendapat komponen baru tapi masih belum cukup untuk mengatasi Red Bull. Namun saya tidak merungut kerana petak kedua masih bagus, cuma saya tidak dapat melakukan pusingan sempurna. "Bagi perlumbaan esok (hari ini), masih ada peluang jika kami menggunakan strategi yang tepat, tayar dan cuaca. Tetapi saya juga perlu memerhatikan cabaran pasukan di belakang seperti Ferrari," kata pemandu Britain itu.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 09 Apr 2011 12:10 PM PDT Sukan NASIB malang di Sepang terus menghantui legenda Formula Satu (F1) dunia, Michael Schumacher apabila gagal mendapatkan kedudukan terbaik untuk sekadar memulakan perlumbaan di petak ke-11 menjelang perlumbaan Grand Prix Malaysia, hari ini. Selepas gagal mengutip sebarang mata di litar sama selepas menghadapi masalah tayar, musim lalu, semuanya bagai tidak menjadi buat pelumba veteran pasukan kelahiran Jerman itu sekalipun menampilkan catatan baik pada sesi ujian bebas ketiga pada sebelah pagi. Schumacher gagal layak ke pusingan kelayakan ketiga apabila masanya dipintas pemandu pasukan Sauber, Kamui Kobayashi selepas mengalami masalah mengaktifkan sayap di bahagian belakang dan mencipta catatan masa lebih buruk berbanding kelayakan pertama, 1 minit 37.035 saat."Selepas masalah itu, jentera saya semakin sukar untuk dipandu dan ia amat mengecewakan kerana ia berjalan lancar semasa sesi sebelum ini," kata bekas juara dunia tujuh kali itu. "Kini kami perlu menumpukan perhatian kepada perlumbaan esok dan percaya bahawa tiada apa yang mustahil," katanya. Selain Schumacher, pemandu muda pasukan itu, Nico Rosberg turut bergelut untuk mencipta keputusan baik dan akan memulakan perlumbaan di petak kesembilan dengan catatan masa 1:36.809s.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan