Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Nafiizwan lakar kejayaan terbesar

Posted: 30 Apr 2011 06:15 PM PDT

Sukan

NICOL  dan  Nafiizwan bersama trofi yang mereka menangi, semalam.

NICOL dan Nafiizwan bersama trofi yang mereka menangi, semalam.

Nicol catat sejarah menangi gelaran juara buat kali kelapan berturut-turut

MOHD Nafiizwan Mohd Adnan dinobatkan juara baru Kejohanan Skuasy Individu Asia Ke-16 selepas mengetepikan cabaran Ong Beng Hee dalam perlawanan akhir di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDSIC) di Bukit Dumbar, Pulau Pinang, semalam.

Nafiizwan yang juga pemain nombor tiga negara menang 11-7, 7-11, 11-7, 11-8 dalam tempoh 75 minit.

"Saya bersyukur dengan kemenangan ini selepas berhempas pulas dalam pertarungan yang sukar menentang pemain berpengalaman," katanya. Beng Hee, bekas pemain utama negara berkata, Nafiiswan layak meraih gelaran jaguh Asia pada edisi tahun ini berikutan persembahan konsisten dan mantap sepanjang kejohanan.

"Ya, dia (Nafiizwan) layak menang atas usahanya dan saya turut berbangga dengan persembahannya itu," katanya.

Sementara itu, ratu skuasy negara, Nicol Ann David mencatat sejarah tersendiri dengan memenangi gelaran juara buat kali kelapan berturut-turut selepas mengetepikan pilihan kedua dari Hong Kong, Annie Au 11-3, 11-2, 11-5 dalam tempoh kurang 30 minit.

"Kemenangan ini amat bermakna dan saya berbangga memenangi kejuaraan ini sekali lagi dan berharap ia menjadi inspirasi untuk pemain pelapis negara meneruskan dominasi Malaysia.
"Sokongan peminat juga menjadi faktor utama kepada kekuatan persembahan saya hari ini."


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Banyak drama lagi!

Posted: 30 Apr 2011 06:14 PM PDT

Sukan

Ferguson akui pemburuan mahkota EPL berlanjutan hingga pertemuan terakhir dengan Blackpool

SEKALIPUN dilihat selesa menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan enam mata di depan pencabar terdekat Chelsea, Sir Alex Ferguson percaya masih banyak ranjau menanti Manchester United, termasuk kunjungan ke Arsenal, malam ini.

United melangkah ke Stadium Emirates malam ini dan sedar kemenangan dan tiga mata penuh akan membolehkan mereka mengorak langkah bermakna untuk menjulang gelaran liga domestik itu buat rekod kali ke-19.

Sepatutnya perlawanan malam ini memberi makna yang lebih besar tetapi Arsenal melepaskan cengkaman kerana kesilapan sendiri apabila tewas mengejut kepada Bolton minggu lalu. Biar apa keputusan Chelsea-Spurs, Ferguson juga sedar pertemuan United-Chelsea pada 8 Mei ini juga ranjau yang perlu ditempuhi anak buahnya untuk mengekalkan kedudukan di tangga teratas liga.

"Chelsea ibarat kuda hitam kerana orang mengatakan mereka sudah terkeluar dari saingan sebelum ini," kata Ferguson.

"Tetapi saya melihat jadual perlawanan dan kini mereka semakin menghambat kami. Dua bulan lalu, semua hanya menanti pertemuan kami dengan dua pasukan ini, Arsenal dan Chelsea sebagai perlawanan yang bakal menentukan gelaran liga.

"Tetapi kami menanti perlawanan ini ketika berada pada prestasi baik dan berharap dapat meneruskannya. Saya rasa drama masih tetap akan berlaku. Pasukan di atas akan tercicir mata, termasuk Chelsea.
"Blackpool, yang kami akan temui pada hari terakhir, juga pasti akan berjuang untuk mengelakkan diri daripada tersingkir dan sudah pasti mereka juga akan menjadi lawan sukar." – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan