Harian Metro: Arena |
MSN sedia atlet lebih berwibawa Posted: 23 Apr 2011 01:24 PM PDT TIDAK KETINGGALAN...Pemanah Cheng Chu Sian juga menggalas cabaran pada Sukan Olimpik London. PEMBINAAN karakter dalam usaha menyediakan atlet lebih berwibawa akan terus diberi perhatian Majlis Sukan Negara (MSN) apatah lagi berdasarkan hakikat bahawa dengan bakat semata-mata, tidak akan mampu membawa mereka ke mana-mana. Malah tumpuan itu tidak hanya diberikan kepada atlet yang baru bertatih dalam dunia sukan malah atlet elit yang sudah melakar nama juga tidak terkecuali daripada menyertai program pembangunan karakter itu.
Menurutnya, menerusi pelbagai program bina semangat dan pengukuhan semangat berpasukan, atlet tidak hanya diberi maklumat mengenai motivasi malah turut diterapkan dengan aspek pengukuhan spiritual dan emosi yang banyak memberi dorongan kepada mereka untuk melepasi pelbagai halangan.
Awal minggu ini, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menegaskan kepentingan pembinaan karakter di kalangan atlet selain mengenal pasti beberapa atlet yang mempunyai karakter kuat, untuk berdepan cabaran Sukan Olimpik London 2012.
"Kami juga tidak tertumpu kepada seminar dan bengkel semata-mata tapi juga turut mendekatkan mereka dengan program kemasyarakatan menerusi pertemuan dengan golongan tidak bernasib baik dan pengalaman seperti ini mampu menyedarkan mereka," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 23 Apr 2011 01:20 PM PDT MOHD Zaqhwan Zaidi dan Mohd Amirul Musa antara pelumba bertuah apabila diberi peluang mengembangkan karier perlumbaan mereka ke tahap lebih tinggi. Zaqhwan dan Amirul akan menyertai musim penuh kategori Underbone 115cc Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) apabila kejuaraan musim ini bermula di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Utara), minggu depan.
Zaqhwan, 16, berkata: "Sudah tentu saya gembira kerana diberi peluang bersaing dengan pelumba lebih hebat terutama pelumba dari Indonesia yang kita tahu handal selain agresif ketika berlumba. Pada masa sama, saya akui agak gementar.
Pengurus pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini tidak mahu pelumba berasa tertekan lantas sekadar mengharapkan mereka menamatkan perlumbaan selain tidak meletakkan sasaran tinggi.
"Berlumba di Cub Prix dan ARRC berbeza. Namun, beraksi di ARRC lebih rileks berbanding Cub Prix tapi tempoh masa lebih lama sewaktu sesi latihan dan perlumbaan sebenar memberi cabaran berbeza kepada pelumba.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan