Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Arsenal sekat hajat United

Posted:

Arsenal sekat hajat United

Arsenal sekat hajat United


RAMSEY (dua dari kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol kemenangan 1-0 Arsenal ke atas United malam tadi.


LONDON - Peluang Arsenal untuk memenangi gelaran Liga Perdana England kembali terbuka selepas menang 1-0 ke atas pendahulu, Manchester United di Stadium Emirates malam tadi.

Rembatan Aaron Ramsey pada minit ke-56 sudah cukup untuk memberi kejayaan buat Arsenal yang kini menghuni tangga ketiga liga.

Kemenangan itu turut menggembirakan Chelsea, sekali gus berpeluang mempertahankan gelaran juara musim ini selepas menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Dengan saingan hanya berbaki tiga perlawanan, United kini hanya tiga mata mengatasi Chelsea di tangga kedua dan kedua-dua pasukan itu bakal bertembung di Old Trafford pada Ahad ini.

Arsenal pula ketinggalan enam mata di belakang United dan mengekori Chelsea dengan tiga mata.

Turun tanpa ketua pasukan, Cesc Fabregas yang mengalami kecederaan, Arsenal tetap berjaya mendominasi babak pertama dan sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah hantaran lintang Theo Walcott terkena tangan Nemanja Vidic.

Pada awal babak kedua, giliran Wayne Rooney menguji penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny menerusi sepakan percuma tetapi Arsenal pula memperoleh jaringan pada minit ke-56 setelah Ramsey menyudahkan hantaran Robin van Persie.

Menuju babak akhir permainan, United sedaya upaya cuba merobek gawang Arsenal dan mereka pula patut dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain gantian, Michael Owen diterjah keras pertahanan tuan rumah.

Pengadil sekali lagi enggan memberikan sepakan penalti dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Barca, Real simpan tenaga

Posted:

Barca, Real simpan tenaga

Barca, Real simpan tenaga

MADRID - Barcelona terlepas peluang untuk melebarkan jurang mata di kedudukan teratas Liga Sepanyol selepas tewas mengejut 1-2 kepada Real Sociedad.

Begitupun, skuad bimbingan Pep Guardiola itu yang memburu gelaran liga ketiga berturut-turut, bernasib baik apabila pencabar utama, Real Madrid turut dikejutkan dengan kekala- han 2-3 kepada Real Zaragoza.

Jose Mourinho telah merehatkan beberapa pemain utama termasuk Cristiano Ronaldo bagi persiapan untuk menghadapi Barcelona pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Nou Camp, Rabu ini.

Pada pertemuan separuh akhir pertama di Santiago Berna- beu minggu lalu, Real tewas 0-2 menerusi jaringan penyerang Argentina, Lionel Messi.

Manakala pada aksi menentang Sociedad kelmarin, Barca berpeluang untuk meninggalkan Real dengan 11 mata ketika saingan Liga Sepanyol hanya berbaki empat perlawanan apabila pemain tengah, Thiago Alcantara meletakkan pasukan itu di depan pada minit ke-29.

Tetapi Diego Ifran berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-70 sebelum Xabi Prieto menyumbat gol kemenangan pasukan tuan rumah hasil satu se- pakan penalti minit ke-82.

Kekalahan itu adalah yang kedua buat Barcelona musim ini, sekali gus gagal untuk menyamai rekod 32 perlawanan tanpa kalah dalam kempen Liga Sepanyol milik Sociedad (1979/80).

Selepas mengharungi 34 perlawanan, Barca unggul dengan 88 mata, lapan mata di depan Real yang menewaskan mereka 1-0 pada final Piala Raja Sepa- nyol pada 20 April lalu.

"Kami adalah pasukan yang boleh menang atau kalah," kata Guardiola.

"Kami menghadapi perlawanan itu selepas melalui satu situasi yang sukar. Untuk menjadi juara, kami perlu mengutip empat mata yang diperlukan."

Meskipun berkongsi mata, Barca masih lagi memiliki kele- bihan untuk bergelar juara berdasarkan rekod pertemuan menentang Real. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Liverpool baiki kedudukan

Posted:

Liverpool baiki kedudukan

Liverpool baiki kedudukan

LIVERPOOL - Liverpool berjaya membaiki kedudukan dalam saingan Liga Perdana England selepas membelasah Newcastle United 3-0 di Anfield malam tadi.

Maxi Rodriguez meletakkan pasukan tuan rumah di depan seawal minit ke-10 sebelum jaringan penalti Dirk Kuyt pada minit ke-59 dan ledakan Luis Suarez minit ke-65 memastikan tiga mata milik Liverpool.

Meskipun berkongsi 55 mata dengan Tottenham Hotspur, Liverpool berjaya memintas kedudukan Spurs di tangga kelima berdasarkan kelebihan jaringan gol.

Biarpun Tottenham masih kurang satu perlawanan berbanding Liverpool, peluang pasukan itu untuk menduduki kelompok empat teratas, sekali gus mara ke saingan Liga Juara-Juara musim depan semakin tergugat setelah tewas 1-2 kepada Chelsea awal pagi semalam.

Pada aksi di Anfield malam tadi, Maxi membuka tirai jaringan Liverpool selepas menyempurnakan hantaran John Flanagan untuk menewaskan penjaga gol Newcastle, Tim Krul.

Kuyt kemudian menjaringkan gol kelapan pada aksi liga musim ini menerusi sepakan penalti setelah Suarez dijatuhkan pemain pertahanan Newcastle, Mike Williamson.

Suarez melengkapkan kemenangan bergaya Liverpool dengan menjaringkan gol ketiga yang juga merupakan jaringan liga ketiganya musim ini sejak menyertai Liverpool pada Januari lalu.

Rekod 18 kali Liverpool sebagai juara Liga Perdana England mungkin bakal dipecah Manchester United musim ini telah menjaringkan 14 gol pada tiga aksi terakhir di laman sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan