Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Piala FA: Selangor dibelasah teruk

Posted:

Piala FA: Selangor dibelasah teruk

Piala FA: Selangor dibelasah teruk


Pemain Selangor, Mohd. Amirulhadi Zainal (tiga dari kiri) berjaya melepasi halangan dua pemain Kelantan, Zairul Fitree Ishak (dua dari kiri) dan Mohd. Nurul Azwan Roya pada pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kelantan menang 5-1. – UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi


KUALA LUMPUR - Sebelah tangan Kelantan sudah menguak pintu perlawanan akhir selepas membelasah Selangor 5-1 pada separuh akhir bola sepak Piala FA sementara Terengganu bangkit dengan mengagumkan untuk turut merebut satu lagi tiket setelah mengatasi Pahang 3-2, malam tadi.

Anak buah K. Devan yang juga juara 2009, bagaikan 'dipukau' dengan dua gol Ramzul Zahini Adnan pada minit ke-10 dan 40 selain masing-masing satu daripada ketua pasukan, Badri Radzi (43), Nurul Azwan Roya (67) dan Norshahrul Idlan Talaha (71) di Stadium Shah Alam.

Tuan rumah beroleh gol sagu hati menerusi ketua pasukan, Amri Yahyah dalam masa kecederaan untuk mencari sedikit modal bagi terus bersaing pada separuh akhir kedua, Isnin ini sekalipun menempah laluan yang amat berliku apatah lagi dengan peraturan jaringan tempat lawan.

Sebaliknya, pelawat bimbingan Datuk M. Karathu bakal kembali ke Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu dengan cukup selesa malah sudah boleh memikirkan untuk hanya menurunkan barisan simpanan mahupun lebih banyak bertahan.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan pula, Tok Gajah pula mensia-siakan pendahuluan dua gol menerusi sepakan bebas kaki kiri Munir Amran dan R. Surendren masing-masing pada minit ke-47 dan 54 gara-gara kelalaian barisan belakangnya pada setengah jam terakhir.

Terengganu yang diterajui Irfan Bakti Abu Salim sebaliknya kembali garang malah memanfaatkan keadaan tertekan lawan apabila merapatkan kedudukan menerusi jaringan sendiri pemain Pahang, Saifulnizam Miswan pada minit ke-63 yang tertampan sepakan Ashari Samsudin.

Wan Aliff Jasmi menambah derita tuan rumah dengan tandukan jarak dekatnya pada minit ke-81 sebelum Ismail Faruqi memastikan Sang Penyu beroleh kemenangan dan kelebihan satu gol di Kuala Terengganu, Isnin ini menerusi tandukannya dalam minit terakhir perlawanan.

Sementara itu, PKNS menempah tempat kenaikan ke Liga Super musim depan (sekiranya tiada pindaan peraturan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan) setelah menumpaskan Sarawak 2-0 pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Petaling Jaya.

Kelab Selangor bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu kini mengumpul 45 mata daripada 17 perlawanan sekali gus sukar dikejar untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok dua teratas Liga Perdana dan dipisahkan dengan sembilan mata berbanding Sarawak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Kami akan perjuangkan hak’

Posted:

'Kami akan perjuangkan hak'

'Kami akan perjuangkan hak'

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Kecewa dinafikan tiket ke Kejohanan Dunia meskipun telah melayakkan diri, beregu bebas, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) demi memperjuangkan hak mereka.

Teik Chai-Bin Shen tidak disenaraikan untuk kejohanan di London, 8-14 Ogos itu, sebaliknya slot beregu kedua diberikan kepada pasangan kebangsaan, Mohd. Zakry Latif-Hoon Thien How, yang tidak layak tetapi dipilih berdasarkan prestasi semasa yang lebih meyakinkan.

Keputusan BAM itu nyata tidak menggembirakan Teik Chai-Bin Shen, bekas beregu kebangsaan yang kini beraksi di bawah tajaan Apacs dan KLRC.

Setiap negara boleh menghantar tiga pasangan jika kesemuanya menghuni kedudukan 24 terbaik ranking kelayakan.

Namun, Malaysia hanya mempunyai dua pasangan yang berjaya berada di dalam kedudukan itu - Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (4) dan Teik Chai-Bin Shen (16). Mohd. Fairuzizuan Tazari-Ong Soon Hock berada di tangga ke-27 manakala Zakry-Thien How ke-32.

Ini adalah kali pertama BAM bertindak mengetepikan beregu yang layak secara merit dan mengambil pasangannya sendiri untuk bertanding.

"Saya tidak boleh menerima alasan ia dibuat demi kepentingan negara. Kalau BAM benar-benar bercakap tentang kepentingan negara, mengapa mereka boleh membenarkan Wong Choong Hann (perseorangan bebas) bertanding sedangkan umurnya sudah mencecah 34 tahun, bukankah mereka patut menghantar pemain yang lebih muda ?

"Kami tidak pernah menentang BAM selama ini kerana mereka juga banyak berjasa kepada kami tetapi saya rasa apa yang mereka lakukan sekarang amat keterlaluan. Kami bukan layak secara tidak sengaja, kami bekerja keras untuk mendapat tempat, kami menyertai banyak kejohanan menggunakan duit sendiri tanpa meminta kepada mereka, kami layak kerana usaha kami.

"Saya boleh faham kalau BAM mahu memberikan tempat kepada beregu mereka sendiri tetapi dengan syarat pasangan itu lebih bagus dan menjanjikan potensi besar,'' ujar Teik Chai.

Tegas Teik Chai lagi, tindakan BAM juga seperti menutup periuk nasi mereka kerana situasi ini tidak menggembirakan penaja memandangkan melayakkan diri ke Kejohanan Dunia antara sasaran yang ditetapkan ketika menandatangani kontrak.

Justeru katanya, dia akan mendapatkan pandangan pihak yang berkaitan untuk mengetahui apakah tindakan yang boleh diambil ke atas badan badminton kebangsaan itu, sama ada untuk mendapatkan semula tiket Kejohanan Dunia atau memastikan perkara yang sama tidak berulang pada Sukan Olimpik 2012.

"Kelayakan Sukan Olimpik kini sedang berlangsung dan ia meninggalkan kami dengan persoalan besar, apakah kami akan dinafikan hak bertanding sekali lagi kalau layak kerana BAM memegang kuasa untuk menentukan siapa yang akan beraksi?,'' ujar Teik Chai.

Ketika ditanya apakah mereka tidak bimbang andai tindakan menentang BAM bakal menyebabkan mereka tidak lagi diberi keistimewaan untuk menyertai sesi latihan bersama pemain kebangsaan, Teik Chai berkata: "Saya lebih bimbang penaja akan menjauhi kami selepas ini. Kalau kami tiada duit untuk bertanding, dapat berlatih bersama skuad kebangsaan sekali pun sudah tiada guna.

"Kami hanya memperjuangkan hak kami dan bukan meminta hak orang lain. Badminton adalah periuk nasi kami, lagipun kami bertanding atas nama Malaysia dan bukan negara lain, jadi tolong jangan buat kami begini."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan