Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Gempur!

Posted: 18 Jun 2011 03:23 PM PDT

Sukan

PEMAIN skuad Olimpik gigih berlatih di Beirut semalam menjelang pertemuan menentang Lubnan, malam ini.

PEMAIN skuad Olimpik gigih berlatih di Beirut semalam menjelang pertemuan menentang Lubnan, malam ini.

Kim Swee yakin dakwaan rasuah tak gugat minda pasukan atasi Lubnan

KETIKA fikiran pemain skuad Olimpik berkecamuk dengan soal dakwaan rasuah, Ong Kim Swee pantas mengalih fokus kepada perlawanan menentang Lubnan, malam ini yang dianggap lebih penting untuk menjulang nama negara di persada antarabangsa.

Pengendali berkenaan harus akur tugas memberi motivasi kepada anak didik bukan mudah tapi dia yakin betapa hebat semangat dimiliki pasukan dibimbingnya itu dan minta mereka tidak mempedulikan sebarang laporan atau kritikan negatif yang mampu menjatuhkan semangat dan moral sepasukan. "Kami akan cuba melangkah sejauh mungkin dalam pusingan kelayakan ini dan jika dapat layak ke pusingan ketiga, ia adalah satu bonus.

Saya sedar harapan peminat cukup tinggi dan kami akan berusaha keras untuk merealisasikan hajat besar itu," katanya di Beirut, semalam.

Skuad Olimpik kebangsaan akan bertemu Lubnan di Stadium Camille Chamoun Sports City, jam 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) sebelum perlawanan timbal balik di ibu negara pada 23 Jun ini.

Kim Swee sendiri turut kecewa dengan dakwaan mengatur perlawanan oleh skuad Olimpik yang dirasakannya timbul pada masa yang kurang sesuai. "Anda dapat lihat sendiri pengorbanan yang mereka lakukan," kata Kim Swee.
"Sejak awal tahun mereka bekerja keras memenuhi tuntutan saingan Liga Super dan kini untuk misi kelayakan Olimpik pula. Saya sedar kritikan yang dilemparkan, dan saya nasihatkan pemain membuktikan kemampuan sebenar pada perlawanan bertemu Lubnan nanti (hari ini).

Sementara itu, pengurus pasukan remaja Lubnan, Nasser Bakhtr berkata di atas kertas memang mereka mempunyai kelebihan tetapi tidak mahu pasukan tuan rumah memandang rendah keupayaan Malaysia.

"Saya sempat menonton perlawanan antara Malaysia dan Qatar, walaupun tewas 0-4 saya dapat nilaikan kemampuan pemain pasukan negara anda. Saya harap pertemuan dengan Malaysia nanti seimbang dan menarik."


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia dapat tonik temu Taiwan

Posted: 18 Jun 2011 03:15 PM PDT

Sukan

PERCUBAAN  Baddrol  (depan)  berjaya dihalang pemain pertahanan Myanmar dalam perlawanan   persahabatan antarabangsa   di Stadium Sultan Mohamad ke IV, Kota Bharu, malam tadi.

PERCUBAAN Baddrol (depan) berjaya dihalang pemain pertahanan Myanmar dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mohamad ke IV, Kota Bharu, malam tadi.

Benam Myanmar 2-0 dalam aksi persahabatan

SKUAD Harimau Malaya memperoleh tonik mujarab menjelang pertembungan penting kelayakan Piala Dunia zon Asia menentang Taiwan selepas berjaya menjinakkan Myanmar 2-0 dalam siri persahabatan antarabangsa yang julung kali diadakan di Stadium Sultan Mohamad IV, malam tadi.

Dua gol pada setiap babak permainan daripada Mohd Amirulhadi Zainal dan Baddrol Bakhtiar mengesahkan kemenangan penting buat anak didik Datuk K Rajagobal yang beraksi di padang becak gara-gara hujan lebat sebelum perlawanan itu. Walaupun tanpa kelibat beberapa pemain kebangsaan antaranya - dua penyerang prolifik, Safee Sali yang mempunyai komitmen bersama kelab Pelita Jaya dan Norshahrul Idlan Talaha yang mengalami kecederaan, skuad senior negara tidak banyak berdepan masalah.

Separuh masa pertama bermula rancak dengan Myanmar nyaris mengejutkan tuan rumah apabila dua serangan pada minit ke-7 dan 23 menerusi Kyi Lin dan David Htan hampir merobek gawang Malaysia ketika penjaga gol Malaysia, Mohd Sharbinee Allawee gagal mengawal kemas bola namun dapat diselamatkan pertahanan negara.

Begitupun, menerusi satu serangan pantas, penyerang Selangor, Amirulhadi berjaya meledak gol pertama negara pada minit ke-27 selepas mudah merembat menewaskan penjaga gol, Kyaw Zin Htet yang berpunca kesilapan pertahanan lawan yang menanduk hantaran melambung Baddrol daripada sebelah kanan.

Selepas rehat, Myanmar yang dilatih Milan Zivadinovic tersentak dengan gol kedua pada minit ke-55 apabila bola melintang hantaran Abdul Hadi Yahya di luar penalti Myanmar gagal dikeluarkan dengan kemas pemain pertahanan lawan. Ia disambut Baddrol yang merembat kemas ke penjuru kanan gawang menewaskan Zin Htet.
Perlawanan persahabatan ini penting buat barisan negara yang menjadi aksi pemanas badan terakhir sebelum menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan