Utusan Online - Sukan |
Posted: PENSTANS A juara zon selatanOleh AZIZI MAJID
JOHOR BAHRU - Pasukan PENSTANS A muncul juara kategori Lelaki Terbuka setelah menundukkan PKNS A pada perlawanan akhir Kejohanan Sepaktakraw KFC-PKNS 2011 bagi Zon Selatan yang berlangsung di Kompleks Perbandaran Pasir Gudang dekat sini, semalam. PENSTANS A yang beraksi cemerlang tidak mengambil banyak masa untuk menundukkan PKNS A 15-6, 15-7. PENSTANS A dibarisi pemain Normanizam Ahmad (tekong), Mohd. Khairul Zaman Hamir Akhbar (apit kanan) dan Muhamad Suhairi Sulaiman (apit kiri) manakala PKNS A diwakili Mohd. Zamee Mohd. Zainuddin (tekong), Dzan Hedir Amin (apit kanan) dan Mohammad Saifulrudin Khalid (apit kiri). Juara kategori Lelaki Terbuka membawa pulang RM2,500, trofi dan barangan penaja manakala naib juara membawa pulang RM2,000, trofi dan barangan penaja. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan disaksikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali dan Pengerusi QSR Brands & KFC Holdings (Malaysia) Berhad, Kamaruzzaman Abu Kassim. Turut hadir adalah Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Arshad Yahya; Pengarah Urusan KFC, Jamaluddin Md. Ali; Yang Dipertua MPPG, A. Rahim Nin dan Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Md. Noor. Sementara itu, jurulatih pasukan PENSTANS A, Zambry Fared Mohd. Nordin menyifatkan kemenangan pasukannya sebagai tuah memandangkan ini adalah kali pertama pasukannya menyertai kejohanan tersebut. ''Tidak dinafikan kesemua pasukan yang bertanding bagi kategori ini amat hebat belaka, namun pasukan kami khususnya PENSTANS A bermain dengan penuh konsisten sejak awal pusingan. ''Pada perlawanan akhir juga, pasukan kami tidak menghadapi sebarang masalah dan kesefahaman diantara pemain adalah kunci kejayaan kami," katanya. Zambry Fared turut mengakui Normanizam yang pernah menjadi tekong kebangsaan sehingga membantu negara menjulang emas pada Sukan SEA 2005 memberi kelebihan kepada pasukannya sehingga berjaya menjulang gelaran juara. Katanya, dia kini fokus untuk merancang jadual latihan anak buahnya itu sebagai persediaan menghadapi kejohanan di peringkat kebangsaan nanti. Selain PENSTANS A dan PKNS A, dua lagi pasukan yang turut layak ke peringkat kebangsaan adalah PKNS D dan UTM B. Sementara itu, Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) menepati ramalan ramai apabila mengungguli kedudukan juara dan naib juara bagi kategori Lelaki Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S Bawah 19 Tahun) dan Lelaki Bawah 15 Tahun. Bagi kategori Lelaki IPTA/S Bawah 19 Tahun, SSTMI D menundukkan rakan sepasukan SSTMI F 15-13, 15-10 manakala bagi kategori Lelaki Bawah 15 Tahun, SSTMI A pula mengetepikan SSTMI B 15-11, 15-9. Juara kategori Lelaki IPTA/S Bawah 19 Tahun membawa pulang wang tunai RM2,000, trofi dan barangan penaja manakala naib juara membawa pulang wang tunai RM1,500, trofi dan barangan penaja. Juara bagi kategori Lelaki Bawah 15 Tahun pula membawa pulang RM1,500, trofi dan barangan penaja manakala naib juara membawa pulang RM1,000, trofi dan barangan penaja. Bagi kategori Lelaki IPTA/S Bawah 19 Tahun, dua lagi pasukan yang akan mengiringi SSMTI D dan SSTMI F ke peringkat kebangsaan adalah SMK Seksyen 11 dan MPPG F. Untuk kategori Lelaki Bawah 15 Tahun pula, SSTMI C dan SMK Seksyen 11 A turut menyertai SSTMI A dan SSTMI B ke peringkat kebangsaan selepas ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Skuad Olimpik ikat Lebanon 0-0 Posted: Skuad Olimpik ikat Lebanon 0-0KUALA LUMPUR - Skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengikat pasukan tuan rumah, Lebanon 0-0 dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 di Stadium Sports City, Beirut, semalam. Aksi pemain bawah 23 tahun negara boleh dipuji selepas berjaya bertahan dengan baik mengekang asakan lawan dan sekali-sekala cuba mengancam melalui beberapa percubaan yang hampir menghasilkan gol. Bagaimanapun, aksi separuh masa pertama memperlihatkan Malaysia lebih gemar untuk bertahan dan hanya beberapa kali melakukan serangan balas pantas ke arah kubu lawan menerusi dua percubaan tepat. Kedua-dua percubaan tersebut dilakukan oleh Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit ke-11 dan susulan rembatan dari bahagian kanan gawang Lebanon berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Mohamad Hijazi. Malaysia sekali mempunyai peluang terbaik untuk merobek gawang lawan pada minit ke-21 selepas Mohd. Fandi Othman melakukan hantaran jauh menuju ke arah penyerang Izzaq Faris Ramlan namun tandukannya tersasar. Separuh masa kedua barulah memperlihatkan skuad muda negara menunjukkan permainan yang lebih positif apabila kerap mengasak skuad Lebanon termasuk percubaan jarak jauh dari Wan Zack pada minit ke-54, namun sekali lagi penjaga gol lawan menjadi penghalang. Pemain Harimau Muda A yang beraksi dalam Liga Super itu sekali lagi melakukan percubaan pada minit ke-62 bagi membawa bekalan selesa menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini, namun dia gagal menyudahkan hantaran rendah K. Gurusamy. Lebanon dilihat memperlahankan rentak pada aksi separuh masa kedua sekali gus memberi peluang buat Malaysia mengawal perlawanan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan