Harian Metro: Arena |
Posted: 18 Jun 2011 10:01 AM PDT SEKADAR bertahan di kubu sendiri bukan pilihan bijak buat jurulatih Ong Kim Swee apabila skuad Olimpik negara berdepan misi cukup mencabar menentang Lubnan pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012 di Beirut hari ini. Sebaliknya, skuad dibarisi pemain bawah 23 tahun negara itu bersedia menggempur pasukan tuan rumah bagi memastikan mereka mencapai keputusan baik buat bekalan selesa sebelum perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis depan.
"Kami tidak akan bertahan sebaliknya akan cuba mengatur serangan untuk mencari gol. Matlamat utama agar dapat menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dan tidak membiarkan pintu gol dibolosi.
Malah beliau tidak kisah jika Lubnan menganggap mereka bernasib baik kerana diundi bertemu Malaysia berbanding pasukan lain di pusingan ini.
Pertemuan Malaysia dan Lubnan di Stadium Camille Chamoun Sports City, jam 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) hari ini di anggap bersejarah kerana pertama kali kedua-dua pasukan bertemu berdasarkan rekod Fifa.
|
Posted: 18 Jun 2011 06:49 AM PDT PASUKAN AAP Mazoil Faito Racing Team yang masih gagal tampil cemerlang berharap melakukannya pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Teluk Intan, Perak pada 25 dan 26 Jun ini. Sebagai usaha untuk menjadikannya satu kenyataan, pasukan berpangkalan di utara tanah air itu melakukan perubahan drastik apabila menggantikan tiga pelumba sedia ada, Mohd Rafiuddin Rosle, Mohd Afif Mustaffa dan Mohd Hafizul Hamid dengan Mohd Ridwan Bakri (gambar) dan Mohd Syafiq Rosli. Ridwan, 24, sebelum ini beraksi bersama Petronas Syntium Moto Yamaha Raceline sudah mula menyertai mereka pada Pusingan 4 di Putrajaya dalam kategori CP115 manakala Syafiq yang baru berusia 14 tahun akan mengambil bahagian dalam kategori Wira.
Mengenai keyakinan terhadap jentera Hondanya, Rozaimi berkata, mereka menjalinkan kerjasama dengan pasukan satelit Honda iaitu Harian Metro TEQ SCK Honda Racing sejak hujung musim lalu dengan menggabungkan mekanik kedua-dua pihak supaya mempelajari banyak perkara tentang pelarasan jentera. "Usaha itu membuahkan hasil apabila kami kini sudah 70 peratus bersedia. Kami bekerja keras memperbaiki baki 30 peratus lagi seperti kesilapan teknikal, membaca litar dan juga keupayaan pelumba sendiri," katanya.
Maklumat lanjut, sila hubungi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) di talian 03-8733 8787 atau lawati laman web rasmi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas, www.malaysiancubprix.com. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan