Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kenny teruja!

Posted: 14 Jul 2011 01:27 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Pengendali Liverpool mahu lebar rekod kemenangan

DEMAM bola sepak di tanah air kian panas. Selepas Arsenal, tiba giliran Liverpool pula hadir memukau penonton dalam siri persahabatan Jelajah EPL Asia 2011 apabila menentang skuad Harimau Malaya, esok.

Tumpuan semalam jelas terarah kepada legenda Anfield, Kenny Dalglish yang tiba bersama pasukan juara Eropah lima kali itu, awal pagi semalam dari China dan dia pantas memberi amaran The Reds akan bermain untuk menyambung rentetan kemenangan. "Saya terkejut dengan sambutan hangat peminat tempatan. Sejak kami tiba awal pagi ini (semalam) mereka sudah berkumpul di lapangan terbang dan juga di hotel," kata pengendali yang menjadi tarikan utama selepas ketiadaan kapten, Steven Gerrard. "Saya pasti perlawanan menentang Malaysia nanti menarik dan saya tidak sabar untuk pertemuan ini."
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fokus utama Singapura: Rajagobal

Posted: 14 Jul 2011 01:24 PM PDT

Sukan

"TUMPUAN utama kami kini adalah menentang Singapura," kata ketua jurulatih skuad negara, Datuk K Rajagobal dalam sidang media, semalam menjelang ujian getir kedua menentang bekas jaguh Eropah, Liver-pool, esok.

"Dua perlawanan menentang kelab gergasi Inggeris - Arsenal dan Liverpool - adalah peluang terbaik untuk kami menguji pasukan sebelum bertemu Singapura dalam kelayakan Piala Dunia nanti."

"Saya akur kekalahan 4-0 kepada Arsenal mengecewakan, tetapi setiap perlawanan memberi pengajaran dan pengalaman baru buat pemain beraksi lebih baik di masa akan datang." Semalam, Rajagobal hadir di sidang akhbar yang turut membabitkan pengurus Liverpool, Kenny Dalglish serta dua bintang The Reds - Dirk Kuyt dan Daniel Agger. Turut hadir kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim.

"Saya pasti untuk perlawanan menentang Liverpool, pemain akan menggandakan usaha mempamerkan aksi lebih meyakinkan," kata Rajagobal.

Rajagobal turut menyeru anak buahnya mengambil peluang keemasan bermain di kalangan pemain terbaik Eropah untuk dijadikan sebagai panduan dalam kerjaya profesional mereka.

Pada perlawanan persahabatan menentang Arsenal kelmarin, skuad kebangsaan yang masih dalam proses menguji pemain-pemainnya, dibolosi empat kali hasil kecuaian barisan pertahanan mengekang asakan lawan.
"Kedatangan kelab gergasi selalunya memberi kami keyakinan untuk beraksi lebih baik dalam kejohanan di rantau ini dan ia terbukti berkesan selepas melayan kunjungan Manchester United pada 2009, kami muncul juara Sukan SEA tahun itu dan disusuli kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki tahun berikutnya.

"Saya harap kedatangan tiga kelab gergasi sepanjang bulan ini akan memberi impak sama kepada senario bola sepak tempatan yang berdepan dua misi penting tahun ini - kelayakan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2012," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen