Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Chong Wei 'ghairah'

Posted: 19 Aug 2011 12:40 PM PDT

Sukan

Lee Chong Wei

Lee Chong Wei

Punca tewas kepada Lin Dan; bukan faktor mental lemah

PERASAAN 'ghairah' memenangi Kejohanan Badminton Dunia pertama dirumuskan faktor menyebabkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei tumbang kepada musuh tradisinya, Lin Dan pada final kejohanan berprestij itu di London, Ahad lalu.

Hujah itu disuarakan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang menegaskan kekalahan pemain nombor satu dunia 22-20, 14-21, 21-23 dalam perlawanan sengit selama 86 minit itu bukan disebabkan masalah kecergasan atau mental seperti yang dipersoal pihak pengkritik.

Selepas memenangi set pertama, Chong Wei sepatutnya cuba menamatkan permainan pada set kedua dengan terus mengasak Lin Dan. Ini pasti akan memberi tekanan kepada jaguh China itu, tetapi Chong Wei tampak mengendurkan rentaknya pada set kedua menyebabkan lawan menang untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. - Dr Ramlan

"Sebenarnya, mental dan kecergasan bukan faktor utama kerana kita dapati tidak ada lagi jurang yang memisahkan kedua-dua pemain itu. Cuma yang menjadi faktor adalah keinginan tinggi Chong Wei yang mahu menang menyebabkan dia sedikit tertekan," katanya semalam.

Dr Ramlan berkata, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah memastikan Chong Wei menggunakan strategi dan taktik permainan yang tepat untuk menewaskan musuh ketatnya dan pihaknya akan bekerjasama dengan jurulatihnya, Tey Seu Bock.

"Selepas memenangi set pertama, Chong Wei sepatutnya cuba menamatkan permainan pada set kedua dengan terus mengasak Lin Dan. Ini pasti akan memberi tekanan kepada jaguh China itu, tetapi Chong Wei tampak mengendurkan rentaknya pada set kedua menyebabkan lawan menang untuk mengheret perlawanan ke set penentuan," katanya.

Ketika ditanya sama ada faktor usia akan menjejaskan cabaran Chong Wei untuk menamatkan kemarau pingat emas negara di Sukan Olimpik tahun depan, Dr Ramlan menegaskan ia tidak memainkan peranan penting.
"Apa yang memainkan peranan penting ialah keinginan tinggi dan kecergasan seseorang pemain itu. Jika Chong Wei mempunyai kedua-dua aspek itu, saya yakin peluangnya cerah kerana kita lihat persaingan kini masih antara dia dan Lin Dan.

"Ketika jurang bukan lagi memisahkan kedua-duanya, hanya taktik dan strategi permainan yang tepat serta tuah pada hari perlawanan yang akan menentukan siapa yang muncul pemenang," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kim Swee enggan dabik dada

Posted: 19 Aug 2011 12:21 PM PDT

Sukan

 WAN Zack Haikal  agak menyerlah sebagai penjaring utama skuad Kim Swee.

WAN Zack Haikal agak menyerlah sebagai penjaring utama skuad Kim Swee.

Sasar mata bagi kelayakan Olimpik

EMPAT kemenangan dicatat daripada lima perlawanan persahabatan setakat ini, tetapi Ong Kim Swee belum mahu mendabik dada kerana sasaran sebenar ialah mengutip mata pada peringkat kumpulan kelayakan Olimpik 2012 yang bermula bulan depan.

"Saya tidak mahu menganggap kemenangan ini sebagai satu kejayaan kerana tumpuan sebenar ialah pusingan kelayakan (Olimpik) nanti," kata jurulatih skuad Olimpik negara itu. "Masih banyak yang perlu dilakukan sebelum berdepan Jepun, Syria dan Bahrain nanti. "Bagaimanapun saya gembira kerana kemenangan ini menunjukkan apa yang kami cuba capai di sini (Slovakia) berhasil. Saya harap pemain terus kekalkan tumpuan dan corak permainan konsisten pada perlawanan terakhir nanti."

Skuad Olimpik negara yang berada di Slovakia sejak akhir bulan lalu, menang empat daripada lima perlawanan persahabatan setakat ini, menentang kelab-kelab divisyen satu dan dua liga negara berkenaan.

Selepas menundukkan Bodva Moldava 1-0, Topvar Topolcany (2-1) dan Tatran Liptovsky Mikulas (2-1) kemudian tewas kepada Budapest Honved FC dari Hungary 4-1. Skuad Kim Swee bangkit menewaskan MFK Dolny Kubin 2-0 pada perlawanan kelima jaringan Wan Zack Haikal dan Hazwan Bakri.

Selasa ini, skuad Olimpik negara akan diuji FC Nitra dan bagi Kim Swee, kemenangan bukan sasaran utama, tetapi corak permainan dan strategi yang direncanakan perlu dilaksana pemainnya.
Skuad Olimpik negara dijangka kembali ke tanah air menyambut Aidilfitri sebelum bertolak ke China 9 September bagi menjalani sesi latihan terakhir menjelang pertemuan dengan Jepun pada 21 September ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan