Harian Metro: Arena |
Posted: 19 Aug 2011 08:43 AM PDT LONDON: Arsenal tidak pernah tumpas kepada Liverpool di gelanggang sendiri sejak memasuki era milenium namun situasi itu mungkin berubah apabila prestasi Gunners tampak goyah dalam dua perlawanan awal musim ini. Perpindahan Cesc Fabregas dan kedudukan Samir Nasri masih belum menentu menyebabkan pengurus, Arsene Wenger kini kehilangan dua tonggak utama menjelang pertembungan getir di Stadium Emirates, hari ini.
Dengan Jack Wilshere, Kieran Gibbs, Johan Djourou, Tomas Rosicky, Armand Traore dan Abou Diaby yang belum pasti dapat beraksi akibat kecederaan ramai pemerhati percaya Wenger bakal berdepan ujian terbesar sejak beliau memimpin kelab itu pada 1996.
"Suasana dalam pasukan ini sangat baik," katanya. "Kami meraih keputusan baik di Newcastle memandangkan kami bermain 10 pemain. "Kami tidak dibolosi pasukan lawan dalam perlawanan itu dan kami mempunyai pemain muda yang terus menimba pengalaman dalam Liga Juara-Juara." Walcott mengaku Wenger akan membelanjakan wang hasil penjualan Fabregas ke Barcelona dan Nasri yang dijangka akan berpindah ke Manchester City untuk membeli pemain baru.
Arsenal boleh menarik nafas lega kerana kapten baru, Robin van Persie yang tidak dapat diturunkan menentang Udinese akan kembali beraksi namun Wenger tidak mempunyai pilihan lain selain memberikan penampilan pertama Liga Perdana kepada pemain pertahanan Carl Jenkinson yang dibawa masuk dari Charlton dan pemain tengah, Emmanuel Frimpong, dari pasukan remaja kelab itu. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 19 Aug 2011 08:37 AM PDT ANGKARA jeritan 'Malaysia' sejurus sebelum melakukan terjunan menyebabkan tumpuan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee terjejas sehingga memberikan mereka sekadar pingat gangsa dalam acara 10 meter platform terjun seirama di Pusat Renang dan Terjun Shenzhen petang semalam. Kedua-dua penerjun negara itu mengumpul catatan 316.98 mata untuk menduduki tempat ketiga di belakang gandingan penerjun China, Wang Xin-Chen Ruolin yang meraih emas selepas mengumpul 349.98 mata manakala pasangan Mexico, Paola Espinosa-Tatiana Ortiz, perak yang dibezakan dengan 19.50 mata.
Mereka melonjak ke tempat kedua selepas dua terjunan, mengatasi pasangan Mexico tetapi tergelincir ke tangga keempat selepas terjunan ketiga yang mana ketika itulah terdengar jeritan seorang penyokong menjerit 'Malaysia' sejurus sebelum Pandelela-Mun Yee melakukan terjunan.
"Lain kali janganlah jerit selepas pengadil meniupkan wisel, boleh ganggu tumpuan kami ketika hendak membuat terjunan," katanya.
Pandelela bagaimanapun pantas mengakui melakukan terjunan kurang kemas pada terjunan ketiga dan keempat yang mungkin meragut peluang mereka meraih perak.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan