Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Koo/Tan-Rexy pisah!

Posted: 26 Aug 2011 12:35 PM PDT

SAH! Pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tidak lagi memerlukan khidmat ketua jurulatih, Rexy Mainaky untuk membimbing mereka.

Sumber dalaman Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, kedua-dua pemain itu menyatakan pendirian berkenaan dalam pertemuan 'hati ke hati' dengan BAM susulan prestasi mengecewakan di Kejohanan Dunia di Wembley London, baru-baru ini.

Jika mereka enggan berlatih dengan saya, saya tidak boleh buat apa-apa, saya serahkan kepada BAM. - Rexy Mainaky, Ketua jurulatih beregu

Pasangan itu juga menuntut BAM mencari pengganti jurulatih Indonesia yang membimbing mereka sejak 2005 itu.

Dan semalam, kedua-dua pemain tampak kekal dengan pendirian apabila dikatakan 'memboikot' latihan pada hari pertama Rexy memulakan tugasnya - dengan alasan demam.

Keretakan hubungan jurulatih dan anak didiknya itu mula dihidu selepas pasangan itu dikatakan membidas strategi Rexy sebaik tunduk buat kali kelima berturut-turut kepada gandingan kedua Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong di suku akhir Kejohanan Dunia.

Rexy yang menaikkan nama pasangan itu pada zaman kegemilangan mereka pada 2006 dan 2007 dengan membantu memenangi pingat emas Sukan Asia 2006 dan 11 kejuaraan antarabangsa sebelum prestasi mereka merosot.
Namun jurulatih itu enggan mengulas panjang mengenai keputusan mengejutkan anak didiknya itu.

"Jika mereka enggan berlatih dengan saya, saya tidak boleh buat apa-apa, saya serahkan kepada BAM," katanya ketika dihubungi semalam. "Sebagai jurulatih profesional, saya akur hanya kejayaan cemerlang pasukan dan pemain menjadi pertaruhan."

Sementara itu, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh enggan mengulas keputusan pasangan itu dan berkata, buat masa ini pihaknya belum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan Rexy.

Kini terpulang kepada BAM sama ada mahu menuruti kehendak pasangan emas itu, dan andai meluluskan tuntutan mereka, BAM perlu meletak syarat supaya mereka mampu bangkit segera daripada prestasi tidak menentu tatkala lambaian Olimpik London 2012 semakin hampir.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

muhammad noor shahiran

MALAYSIA BOLEH

mazon

KKK/TBH tolong jgn jd bodoh sombong...Rexy sudah banyak berjasa kpd anda berdua..kalau nk berlagak @ sombong, biar la prestasi mcm Cai Yun/Fu hai Feng baru ngam dgn sikap angkuh korang berdua tu...ni prestasi x tau mana siap nak buang Rexy org yg paling berjasa kpd kamu berdua...ambil la jurulatih china skalipun tetapi seandainya kamu sendiri yg x mau berubah utk meningkatkan prestasi,x kemana jgk..

ABDUL MANAF BOHARI

Saya fikir dalam hal ini jurulatih bukan masalah utama. Masalahnya, koo kean kiat..dia seakan mengalami kelemahan mental-emosi. Boon heong pula bukannya pemain yang kuat, smashnya pun senang diangkat. Secara keseluruhannya, mereka berdua adalah pemain biasa sahaja, namun Rexy telah memperkemaskinikan bergu ini ke tahap terbaik. Ada bainya BAM lupakan bergu ini, tumpu kepada usaha mendapatkan bergu baru. Kalau ada sistem, jurulatih dan sokongan yang baik, bergu baru yang boleh mencabar akan terhasil dalam 5-6 bulan sahaja. Tengoklah China dan Indonesia. Wahai BAM belajarlah dari kelemahan yang lalu, kerana sejarah BAM sentiasa berulang iaitu hanya bergantung kepada 2-3 pemain sahaja.

dimplesingh goby

salam kpd semua pembaca dan pemberi komen di ruangan ini. Sebenarnya BAM perlu membuat kajian tentang permasalahan ini. Isu-isu seperti ini perlulah ditangani dengan cepat, jikalau pihak berkenaan lambat mengambil tindakan atau membiar begitu saja...ini akan berlarutan dan mendatangkan masalah lebih besar bagi BAM. Dari segi melahirkan pemain-pemain bertaraf dan generasi akan datang. Harap dapatlah kita sama-sama menanti apakah dan penyelesaian bagaimana BAM lakukan. Apa-apa pun tahniah dan syabas kepada BAM.

rizalmanjohar

harap BAM kekalkan Rexy koo dan tan tak nak nerlatih dengan dia biarlah...pasangan tu mmg dah terkenal dengan sikap bongkak...dan tak hormat coach

rizalmanjohar

Bagi saya bukannya jurulatih yang perlu dipersalahkan...sikap pemain itu sendiri yang bongkak...jurulatih sudah berikan yang terbaik...

bayuu...

mungkin masanya utk menukar segala-galanya..

Adam

Semasa mencapai kecemerlangan sekitar tahun 2006 dan 2007, pasangan ini kelihatan begiru gah dengan jurulatihnya Rexy. Bila prestasi mereka merosot, mereka salahkan jurulatih pula. Dalam masalah ini, pemain tidak seharusnya salahkan jurulatih. Bagi saya bukan jurulatih yang perlu dipisahkan dengan pemain tersebut. Apa yang perlu ialah pasangan itu harus dipisahkan atau direhatkan. Pencapaian Rexy sebagai ketua jurulatih amat ketara meningkatkan prestasi badminton negara. Kita lihat kemahiran baru pemain-pemain kita hasil tunjukajar Rexy. Rexy masih diperlukan.

kiteretsu

contohi dato lee chong wei.....beliau amat fleksibel dengan jurulatih...jangan seperti kacang lupakan kulit...ingat jasa coach yg membawa sehingga menjadi bergu no 1 dunia....

wadi

Jgn salahkan jurulatih sepenuhnya, semangat pemain sendiri tu penting. Mungkin taktikal Rexy salah semasa menentang beregu Korea tu..Tan Boon Heong & Hoon Thien How lagi bagus rasanya kalau jadi beregu semula, KKK dah gempal,pergerakan pun dah semakin perlahan.Tak berapa sesuai.

zakiah

pasangan beregu negara tidak perlu menyalahkan jurulatih sahaja,perlu ada keaz aman yang kuat,contohilah pemain dari pemain yang mempunyai keazaman yang tinggi ketika berlawan

Zuber ARC

Malaysia ketandusan pemain yg ada semangat juang yang tinggi dan kekuatan fizikal serta mental.Sepatutnya bila pasangan ini menjadi juara Asia dan All England kita kita telah ada pelapis utk menggantikan mereka.Setelah mereka kehilangan fokus dan kudrat,khidmat mereka terus diperlukan juga.Inilah jadinya.Mereka menyalahkan jurulatih pula bila mereka tewas.Mereka jadi 'ABANG BESAR 'kerana mereka tiada pengganti. Kalau di China atau Korea pasangan ini sudah jadi pemain simpanan atau wakil kelab saja.Rexy seharusnya memikirkan sudah sampai masanya beliau di BAM kerana disana mereka dan pegawai-pegawai BAM adalah 'ABANG BESAR 'Ayuh Rexy mulakan langkahmu untuk membuka akademi badminton Malaysia.Curahkan kepakaranmu pada yang memerlukan.Ayuh !!!

ngap sayot

Saya bersetuju dgn ulasan Rexy bahwa fisikal mereka kurang dan tidak di tahap yg tinggi .macamana nak berlawan dgn pemain korea kalau tahap fisikal yang tinggi . saya rasa tak usah BAM melayani kerenah pemain2 kerana mereka naik atas kepala . kalau prestasi dah menurun kenapa kita menyalah kan org lain . saya telah melihat pasangan tersebut melawan pasangan korea , ada kebenaran nya ulasan Rexy . Kita carilah pemain yang baru bagi mengalas cabaran negara yang akan datang .

sham

bukan slh rexy ! ko/tan patut di pisahkan. cari player lain

mohd nazir

jurulatih kelihatan cukup komitmen menaikkan kuliti bergu emas negara.sebaliknya pasangan emas kita yang masih serba tidak menjadi, semangat juang yang rendah dan ego.harus dipecahkan keduanya atau bersara terus

areff

sejarah sukan malaysia jelas menunjukkan sesiapa atlit yang buang jurulatihnya, tidak akan kemana juga selepas itu,
Jurulatih yang dah bagus pun boleh dikiritik, ~~pelatih boleh dicari , jurulatih berkaliber dlam 100 org jurulatih belum tentu ada lagi..

wan hassan wan idris

jangan salahkan jurulatih jika kalah. salahkan diri sendiri. jurulatih telah menurunkan segala ilmu. kejayaan bergantung kepada pemain sendiri.

Abdul Kadir Khamis

Saya tertarik dengan berita terbaru ini di mana pemain sudah tidak berminat untuk dilatih oleh jurulatih yang pernah menaikan nama mereka di persada antarabangsa. Pada pandangan saya, perkara ini bukanlah salah jurulatih kerana jurulatih telah memberi segala tunjuk ajar dan pengalaman beliau tetapi pemain itu sendiri tidak dapat merealisasikannya. Setiap kali pertandingan badminton saya tidak pernah lepaskan peluang untuk menonton pasangan kita ini. Tetapi sejak akhir-akhir ini saya dapati kedua-dua pemain ini tidak menunjukkan kesungguhan untuk menang dan sering melakukan kesalahan dimana kedua-dua pemain ini tidak mengambil iktibar di atas segala kekalahan-kekalahan yang lepas. Saya berharap BAM jangan mendengar kata pemain tersebut dan jurulatih Rexy Mainaky adalah jurulatih terbaik dan BAM jangan cepat melatah demi kebaikan badminton negara kerana saya peminat badminton no 1. Majulah sukan untuk negara dan sukan akan mundur dengan telatah pemain yang dah besar kepala saya serta sokong Ketua Jurulatih Rexy

MARAMIN ABD. LABIN

Masalah pasangan ni sebenarnya dlm aspek fizikal, tektikal dan strategi permainan sahaja. Mereka seharusnya mengurangkan corak permainan yg banyak mengangkat shuttle kpd lawan dan bertahan sahaja. Apa yg perlu ialah mereka bermain agresif, cari peluang menekan lawan dgn menggunakan kekuatan fizikal dan banyak menyerang atau 'smashing' spt yg dilakukan oleh pemain2 China dan Korea tu. Semoga berjaya, Malaysia Boleh!!..

bakri

coach yang main ker player yang main aku pon kompius ngn diaorang ni....kalo dah xmampu elok gantung ja raket bagi peluang kat orang bagu...kalo diasah rasanya mungkin lebih hebat dari koo/tan....

john labu

bkn coach yg perlu d tukar...koo b tan ptt d pisahkn..nama dh naik brlagak..men x seberapa..nk jd hafiz hasyim yg kedua ker..mcm2 karenah..coach 2 la yg naik kn nama diaorg...coach hanya tunjuk ajar yg men kt dlm gelanggang pemain sendiri...

likoigan

dah kalah salah coach..masa menang rasa diri yang hebat main...mcm peanut lupa bread pulak

fian

bukan j/latih tapi pemain displin bergu itu yg harus dipersalahan.BAM harus melihat perkara bukannya telunjuk pemain

Muhammad Nidzuan TheMore TheMerrier

bukan coach yg salah..player yg x perform..inilah akibatnye bila terlalu dimanjakan sangat..especially masa mng all england..tu yg lupa diri..kalau kat europe..lagi diorg perform..kat Msia ni..player terus merudum..Rexy tu terlalu bagus..kalau x..xde lah dia leh bg kejuaraan penting pada bergu ni dlm masa yg singkat..think about it ! ni la politik sukan kat Malaysia..

Saiful Bahari ibrahim

Ini adalah pandangan peribadi saya. Bagi saya, Koo-Tan dah jadi cam orang xkenang budi. Rexy yang gabungkan mereka, naikkan mereka, backup mereka dan macam2 lagi. saya rasa mereka dah macam besar kepala semenjak jadi world beater, still saya salahkan Koo-Tan bukan Rexy. rexy dah buktikan kepada Malaysia dia adalah jurulatih yang bagus

kay_raul

salam Aidilfitri kepada semua pembaca2 berita harian. Jujur saya katakan disini prestasi pemain (koo & Tan) semakin merosot. Dimana silapnya kita pun tak tahu. Tapi daripada pengamatan saya pemain sendiri yang kena tentukan didalam perlawanan. jurulatih hanya 20% - 30% sahaja. style off play semua pemain kena tentukan. sekarang ni pemain malaysia banyak defensif sangat dan kurang menyerang. saya juga agak setuju dengan pandangan setengah kengkawan kat bawah ni. Koo semakin berat. Untuk Koo saya cadangkan kurangkan sikit berat badan anda. untuk Tan kekalkan pretasi anda. Kepada BAM dimana pelapis2 negara. Lihatlah negara China. Satu pergi 3 datang ganti. Meraka bole berbangga dengan Super LIN DAN, Chen JIN. Chu LAi & ramai lagi. Malaysia hanya mengharapkan satu2nya pemain(DLCW). Fikir2kan. Bangunlah dari tidurrrrr.

gginho

Dia org ni dh besar kepala,ingat dh cukup bagus,bila aku tgk dh mula pakai cekak,warna rambut pastu main nak fancy2 terutamanya koo kien kiat dh lah lpas kalah ngan pasangan korea hari tu poyo gile wartawan interview bahasa malaysia pastu koo kien kiat jwb bahasa inggeris,dah lah kalah pastu poyo plak,memang menyampah arr,jgnlah poyo sgt beb,korang kena ingat org yg naikkan nama korang,ini mcm bagus jer nak boikot lg aku menyampah mcm superstar jer,baik koo kien kiat tu jadi pelakon jelah,kat malaysia pun tak ramai pelakon cina...

ejump chicharito

. jadi sapa la nk gnti c rexy tu kalo dy teda sua , hbislah bergu mlysia tue ?

Ahamad Jailani

Jangan salahkan jurulatih....yang main mereka berdua....prestasi koo merosot berat badan dah naik...harapkan glamour saja

fazley_9498

rasanya Tan Boon Heong still OK, Kien Kiat yg lain mcm sikit sekrg ni...aku rasa kalau Tan di pair kan dgn org lain yg lagi bagus drp Kian Kiat, ada harapan naik balik...Kien Kiat kerap buat silap and mcm main2 dlm gelanggang, tak serius...kalau menjadi satu hal...komen ni tidak personal, tapi satu pandangan yg professional utk kebaikan badminton negara...china players adalah contoh terbaik, mcm Lin Dan...walau dah 4 kali juara dunia, dia masih respect jurulatih dan sentiasa bersemangat utk menang walaupun semua kejuaraan dia dah pernah dapat...sikap penentu kejayaan!!

jenglot

KKK - KENA POTONG RAMBUT DULU, BUANG SKARF POMPUAN DI KEPALA TU, BUANG LEMAK, FANCY GAME DAN EGO DIRI. THEN BUANG ALL ACCESSORIES SUBANG, ANTING2, ALL ARTIST JUNK. BE A TRUE AND REAL MSIAN CHINESE MEN. ELSE JADI ARTIST AND MASUK TV BUAT COMMERCIAL SHOWS. KKK BANYAK BUAT SILAP DAN SILAP DEMI SILAP.REXY GOOD AND KEEP UP PERFORMANCE. TBH ALSO GOOD AND EXCELLENCE. SPLIT THEM N MIXED DENGAN PARTNER LAMA ZAKRI/FARIZ YG DI TINGGALKAN DI BAM TU.

alnina4u

saya tak tau lah apa masalahnya BAM dan pemain tapi yang jelas pemain lebih besar kepala dari jurulatih kenapa kita harus menyalahkan rexy siapa yang bermain dalam gelanggang rexy ke atau ko dan tan, tapi yang pasti saya nampak bergu kita tiada ketahanan mental, kita ambil contoh permainan datuk lee dan lin dan, lin dan tidak berapa suka klu chong wei hantar bola kebelakang dan lin dan lebih gemar bermain net. cuba anda buat analisis permainan lin dan kebanyakan lin dan tewas bila bermain bola di hantar kebelakang dan kekalahan chong wei adalah bermain di net....pada isu bergu BAM seharusnya mengkaji dulu kenapa bergu kalah adakah kesalahan rexy atau disebabkan pemain mudah letih....jgn terlalu cepat bertindak dan menyalahkan rexy rasa dalam kes ini rexy tiada pun membuat kesalahan dan kesilapan sepatutnya kita mengucapkan terimakasih pada rexy yang berjaya menaikkan nama MALAYSIA....

esam

Mereka ni temberang saja banyak, tak sedar kelemahan diri, mereka tidak setangkas 3-4 tahun lalu, pukulan tak kencang senang2 je pihak lawan ambil. Jurulatih macam mana lagi diarong mau, agaknya mereka jurulatih yang ada kuasa magic untuk membantu mereka semasa perlawanan.Rexy tu terbaik banyak lagi negara yang nak khidmtnya kalau BAM ikut kata pemain yang suka menyalahkan orang lain bila dah kalah.

perlu perhebatkan mencari pemain pelapis suapay tak terlalu bergantung dengan pemain lama yg semakin merosot

faizal zin

pisahkan mereka berdua sebab masing2 tidak bermain dengan penuh semangat atau pun rehatkan mereka. terlalu banyak bermain sampai tiada waktu nak berehat.

xboy

Prsetasi Koo/Tan x sperti dulu lg & mereka yg perlu dipersalahkan BUKAN Rexy. Sepatutnya sbg pemain mereka perlu mdgr nasihat & taktikal yg coach berikan. Sy sokong dgn pdgn Jagus/zakaria.putih & din... Bangun BAM????? mana anak melayu yg berbakat x diketengahkan,mereka semua tiada semangat patriotik kecuali Datuk Lee shj...

pudin

gandingkan boon heong dgn thien how..lg power!!

Murid

Saya setuju gak pa yg kwn2 komen ni. Tp tula, pa yg sya nmpk pemain bergu utama negara ni kurg motivasi dan krg semgt juang. Klu blh bermati2anla nk daptkan 1 point tu.. Klu kalah kata jurulatih yg salah. tp klu meng pemain pla dpt nama. Jgnla ego sgt klu da dpt nama, sedgkan klu kita fkr pun, tnpa rexy, bergu ni cmfirm tk kenal lg smpi sekrg.. Bangunla dari lena ok.......
MALAYSIA BOLEH>>>>>>

zaliekelana

BAM jgn ikut sgt kehendak pemain spt koo-tan...mereka ni yg tak bagus bkn jurulatih.Sebagai jurulatih Rexy telah melakukn segala yg termampu trpulang pd pemain utk merealisasikn apa yg diajar ketika prtandingan.Dengan susuk tubuh gempal dah pasti prgerakan lembab jadi macamana nak mng....sekarang tempo prmainan beregu laju agak mustahil org badan gempal boleh brgerak pantas....fikir2kan...

kalik

mungkin persastuan badminton sedunia atau mana persatuan sukan harus sedar jurulatih dan pemain adalah 'entiti yg berbeza'. Dalam gelangang pemain harus bijak kerana situasi sentiasa berubah. apabila kita bagus tentu ada lagi yg mahu lebih bagus, jadi persoalan jurulatih tidak wujud. lihatlah dan belajarlah dan lihatlah dari mana mana persatuan sukan di dunia yg diceburi, asas latihan tetap sama. tak kan setiap kali kalah nak tukar jurulatih sedangkan kita tak pernah tuntut tukar pemain setiap kali kalah malah tetap berharap mereka terus bijak menangani masalah dalam permainan. sakian n selamat hari raya.....

Zaidi

Koo tidak boleh menyalhkan rexy sahaja. Bukankah sebelum ini rexy juga yang menaikkan merka. Bagi saya, jelas saya berpendapat koo dan tan tidak ada kesungguhan untuk menang.banyak kesilapan yang dibuat dalam gelanggang. mereka tidak boleh tidak menyalahkan jurulatih jika kesilapan hantar btangkis sangkut di net, keluar gelanggang dan bangkis yang memudahkan lawan mengambil kesempatan

fariz

saya setuju,koo dah tak bagus,badan dah gempal,banyak buat kesilapan,fancy tah apa-apa,nampak ego.Tan masih bagus

Joe Jambul

Bakal mengikut jejak Hafiz Hashim. 'Tahniah'. Menang sikit dah lupa diri. Tunggu masa nk jatuh je mereka ni.

khunshikang

prestasi bukan pasal coach tetapi pemain itu sendiri.BAM kena fikir2kan cadangan saudara jagus kerana apa yg sdr.jagus katakan memang betul.Jangan ikut sangat besar kepala dan ego pemain.

abadi

kekurangan pelapis yg berpotensi menyebabkan ada setengah pihak besar kepala,dgn sistem kiraan sekarang pemain mestilah dikalangan org yg mempunyai iq pintar,fizikal kuat,mental yg mampu menyerap tekanan

Shida

Kecergasan adalah faktor kelemahan beregu Koo/Tan. Tan Boon Heong masih kekal cergas tetapi Koo Kien Keat pula semakin berisi dan cepat letih. Nampak sangat Koo tidak mempunyai kecergasan.Pasangan ini yang perlu dipisahakan, gandingkan dengan pemain lain yg sentiasa komited terutama dari aspek kecergasan, bukannya memecat jurulatih seperti Rexy.

FANS MALAYSIAN

beginilah kalau dah kalah, asyik salahkan program dan coach. tapi kalau menang diam2 je. contohi lah Lee Chong Wei. Nak tanya mereka nie ada buat analisis permainan musuh ke atau coach je yg buat. kena lah buat kerja rumah sendiri lepas tu bincang dengan coach..mcm kat sekolah lahhh...

Jagus

sekiranya ada antara pembaca berita harian ini adalah pegawai-pegawai BAM/ ISN, saya ingin mencadangkan agar pemain-pemain menjalankan pemeriksaan fizikal yang lebih kerap oleh pihak2 yg berkelayakan. bukan sahaja kekuatan fizikal yg perlu dipantau tapi juga fungsi khusus organ organ halus seperti mata. apakah mata para pemain ini memerlukan kanta atau tidak ketika bermain. kalau pemain rabun, macam mana nak menang main net, nak smash pun ragu-ragu. saya lihat koo dan gemar menunggu bola jatuh rapat dengannya dan kemudian barulah smash dilakukan. dalam masa koo menanti bola itu untuk jatuh rapat dengannya, pemain korea sudah lama bersedia menanti pukulan koo. kenapa ini berlaku? inilah akibat berat badan berlebihan wahai koo. aku harap betullah ko baca komen-komen semua ni wahai koo. entah dia baca ke tidak berita harian ni. berbeza dengan bergu korea, bola masih tinggi lagi tinggi kat atas, dia dah lompat dan melakukan jumping smash. sebab itu bergu korea dapat melakukan smash pukul mati yg lebih berkesan.

mujay

Pasangan emas yang dah takde kudrat...hantar kuda tua watpe,sepatutnya BAM hantar pemain2 muda,kekalkan Rexy!Jangan dilayan pasangan kuda tua ni!

Mohd Rashdan

Harap Rexy Kekal. Dia jurulatih yang bagus. Masalahnya adalah pada pemain.

Jagus

pukulan smash koo kean kit juga sudah tidak berkudrat seperti dulu. dengan badan gempal seperti koo kean kit, apakah mungkin koo ini tidak melakukan lagi latihan skipping untuk memperkasakan pergelangan tangan. sebagai bekas pemain negeri, saya melakukan skipping sebanyak 10ribu kali pagi, tengahari dan malam.lemak di bahagian kaki mudah terbakar dengan latihan skipping ini. tapi daripada apa yang saya lihat, kaki koo kean kit ini terlalu berlemak. lihatlah betis dan pahanya, dan bukan sahaja itu, lihatlah punggungnya, TERLALU BERLEMAK dan ini membuatkan tubuh badannya berat. sebagai seorang pemain, saya merasakan 'conditioning' koo ini tidak sesuai untuk seorang pemain badminton. kalau badan tak fit macam mana nak menang. jangan salahkan rexy, dia juara olimpik dan juara dunia. koo dan tan kalau sekadar kejuaraan asia 6 tahun lepas tak payah la nak riak. saya cadangkan BAM buat tindakan disiplin ke atas koo-tan sekiranya mereka enggan lagi berlatih di bawah rexy. jangan bagi mereka ni besar kepala. kekalkan rexy.

zakaria.putih

itulah penyakit lama yang tak sudah2 dengan pemain Malaysia.Bila dah naik mulalah ego dan keras kepala tak mau ikut cakap coach.Sebab tu merudum.Dulu masa mula2 dengan Rexy dia taat dengar coach sebab budak baru belajar.Menuntut dengan tekun sampai boleh menang All-England dan macam2.Tak lama lepas tu mulalah datang ego.Nak memandai2 dengan strategi.macam ni bawaklah coach dari planet mana pun memang buang masa je.BAM pulak buat2 bodoh macam tak faham2 isu sebenar.main ikut telunjuk pemain je.yang kena buang ialah pemain bukan jurulatih.Lainlah dari awal jurulatih tu tak pernah menghasilkan apa2 kejuaraan langsung..BAM bangunla dari tidor. Pak Menteri, tolong campur tangan sikit kalau tak nak BAM membazirkan duit rakyat lagi.

din

terlalu bangga dengan pencapaian..ni la hakikat sukan..prestasi merundum salahkan jurulatih..tidak mengapa kalau x mahu..rexy boleh latih beregu lain..buktikan je rexy..saya yakin kemampuan kamu..

Jagus

BAM jangan layan pemain besar kepala. kita sendiri dapat lihat kenapa bergu malaysia ini kalah kali kelima berturut turut kepada bergu korea. tak perlu tanya rexy, kita sendiri dapat nampak. dengan berat badan yang tak turun2 sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pergerakan koo kean kit menjadi lambat. badan macam atlit angkat berat macam mana nak menang, ini badminton, kita tak perlu otot ketul-ketul, itu hanya akan melambatkan pergerakan. ini menjadi bertambah teruk dengan kerakusan koo yang gemar bermain fancy tak jadi terutamanya ketika di net. Tan boon Heaong dari apa yang saya nampak masih kekal tangkas seperti dulu. masalah utama pada pasangan bergu ini ialah koo kean kit. selagi badannya begitu, jangan harap dapat kalahkan bergu korea, cina denmark mahupun indonesia. cuba lihat cai yun-fu haifeng, lars paske-jonas rasmussen, lee yong dae-jung jae sung, fizikal mereka kekal serupa semenjak bertahun tahun lepas. jangan dilayak kerenah koo dan tan itu, lihatlah chong wei, dah berapa kali tukar jurulatih tapi dapat mengekalkan momentum yang serupa. fizikalnya pun kekal seperti tahun-tahun sebelumnya.

fancy boleh tapi kena tepat pada waktunya, selebihnya kena terus attacking sejajar dengan trend tempo permainan sekarang. yang penting menang!

halim

BAM perlu tengak diri sendiri mengapa seorang demi seorang yang berjasa dengan BAM keluar dari BAM , bermula kemelut Dato Misbun, lepas itu Hafis Hashim, bergu farizuan dan terkini kemelut koo/tan...dan tak tahu selepas ini, betul kata menteri sukan Datok sabry... BAM patut fikir adakah ia masih releven untuk mengeluarkan jaguh badminton negara... pemain remaja yang menjuarai remaja dunia pun tak nak bernaung dibawah BAM...adakah BAM banyak bermain sendiwara bagi menaikkan imej badminton negara ?????

salim

sya tak setuju kalau bam mau mengikuti kehendak pemain bergu utama negara,masallah nya pasangan bergu itu tidak bermain dgn cemerlang dan lemah mental.bermain seperti yoyo.kalau ada jurulatih baru saya pasti pemainan yg d tunjukan takkan berubah.ayuh bangkitlah bergu negara yg masih lena, jangan lah menyalahkan org lain,salahkan diri sendiri.

Daud Haron

kalau kita perhatikan dalam banyak kejohanan, KKK banyak buat kesilapan. Bermain fancy dan agak ego sikit.

Syria pegang kata putus: Azzuddin

Posted: 26 Aug 2011 12:30 PM PDT

Sukan

PERTEMBUNGAN tarikh perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA pada 22 November dengan perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik bertemu Syria (23 November) hanya akan terarah kepada dua kemungkinan – skuad Olimpik terpaksa melupakan final Sukan SEA atau Syria berkorban masa untuk memberi laluan kepada Malaysia mempertahankan pingat emas temasya Asia Tenggara itu.

Skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee yang mempunyai dua tugasan besar tahun ini - kelayakan Olimpik dan Sukan SEA - perlu mencari penyelesaian terbaik dalam memastikan kedua-dua sasaran ditangani dengan baik.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menghantar permohonan kepada Syria dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menunda tarikh perlawanan dari 23 kepada 24 November, dan menurut Setiausaha Agung FAM, ada tanda-tanda positif daripada kedua-dua pihak berkenaan. "Kita sudah maklumkan kepada AFC dan Syria mengenai perkara ini dan secara lisan saya difahamkan, Syria ada memberi petanda positif kepada AFC yang mereka akan menerima permohonan Malaysia," kata Azzuddin selepas sidang media lawatan pasukan bola sepak Eaton College di ibu negara, semalam.

Menurut Azzuddin, pihak AFC tiada masalah menerima permohonan Malaysia menunda tarikh perlawanan, tetapi memerlukan persetujuan Syria yang selepas bertemu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, akan terbang ke Jepun untuk perlawanan seterusnya, 27 November.

Sekiranya skuad Sukan SEA mara ke final dan Syria pula bersetuju menunda perlawanan ke 24 November, anak buah Kim Swee hanya mempunyai tempoh 48 jam untuk berehat dan membuat persediaan manakala Syria terpaksa mengorbankan sehari tempoh rehat mereka sebelum bertemu Jepun.

Namun daripada latihan skuad Olimpik di Slovakia sejak akhir bulan lalu, Kim Swee tampak seperti sedang bersedia dengan kemungkinan terpaksa mewujudkan dua kumpulan pemain berbeza.
Sepanjang latihan di sana, Kim Swee mencuba dua pasukan berbeza dalam tujuh perlawanan persahabatan dengan lima daripadanya dimenangi skuad Olimpik kebangsaan. Jika percaturannya menjadi, sasaran mengekalkan emas Sukan SEA dan mengutip mata Olimpik di Bukit Jalil, mampu menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Azzuddin mengesahkan perlawanan persahabatan skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal dengan Australia di Sydney pada 7 Oktober turut bertembung dengan tarikh perlawanan suku akhir Piala Malaysia.

Kini terpulang kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) untuk memutuskan sama ada meneruskan jadual perlawanan tanpa pemain kebangsaan, atau sekali lagi meminda tarikh pertandingan bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan