Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bawa bertenang Rexy

Posted:

Bawa bertenang Rexy

Bawa bertenang Rexy

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD dan TAN MING WAI
sukan@utusan.com.my


Ramlan Aziz


KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Aziz menasihatkan Rexy Mainaky supaya lebih banyak bertenang dan tidak terburu-buru menuding jari mengenai punca kegagalan anak didiknya, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada Kejohanan Badminton Dunia di England, baru-baru ini.

Beliau juga hairan bagaimana jurulatih beregu negara itu boleh mengatakan punca kegagalan beregu utama itu ada kaitannya dengan program latihan ketangkasan yang diambil alih ISN selepas mereka memenangi pingat emas Sukan Asia Doha 2006 dan Kejohanan Seluruh England 2007.

"Saya minta Rexy bertenang. Saya memahami perasaan Rexy ketika ini (ekoran kekalahan beregu itu dalam suku akhir di Wembley dan kemungkinan tindakan susulan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 8 September ini).

"Namun, dia tidak boleh tuding jari kepada ISN.

"Mana bukti kukuh (seperti didakwanya bahawa) latihan ketangkasan kami jadi punca kekalahan Koo-Tan?," kata Ramlan kepada Utusan Malaysia mengulas kenyataan jurulatih dari Indonesia itu dalam akhbar ini, semalam.

Rexy mempersoalkan mengapa dia sahaja dipersalahkan atas kegagalan Kien Keat-Boon Heong terutama tentang pengenalan corak bertahan yang berbeza ketika mereka muncul naib juara 2010 selain menuntut dibenarkan menjalankan semula beberapa program latihan yang kini diambil alih oleh ISN.

Kata Ramlan, ISN turut sentiasa senada dan sama matlamat dengan BAM mahupun Rexy dalam melahirkan atlet yang prospek pingat emas Sukan Olimpik London 2012, sekali gus tidak mewajarkan jurulatih itu menujukan sesuatu alasan kegagalan di Wembley kepada pihak lain pula.

"Tugas kami di ISN juga sentiasa demi kepentingan negara dan saya suka menasihatkan BAM supaya jangan sesekali mudah melupakan jasa Rexy yang banyak membimbing Koo-Tan menang dalam beberapa kejohanan lain (dalam membuat keputusan pada mesyuarat CTC)," katanya.

Sebagai menjaga hubungan dan demi matlamat emas Olimpik 2012, Ramlan turut menggesa tiada lagi kenyataan yang mengguris hati sesiapa dikeluarkan selepas ini, sebaliknya menganggap sebarang masalah lebih baik dibawa ke meja perbincangan.

Baiki ranking jika mahu tembus pasaran dunia

Posted:

Baiki ranking jika mahu tembus pasaran dunia

Baiki ranking jika mahu tembus pasaran dunia

KUANTAN - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan pemain-pemain pasukan kebangsaan supaya membaiki kedudukan ranking negara di peringkat antarabangsa.

Tegas beliau, ia penting jika mereka berhasrat untuk bermain dalam pasukan liga antarabangsa termasuklah Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Mungkin pemain-pemain kita ada sedikit sebanyak peluang tetapi disebabkan pasukan kebangsaan kita kedudukan terlalu bawah menyebabkan mereka tidak dipilih.

"Mereka (FA) ada dasar mereka dengan hanya boleh menerima pemain daripada negara pada kedudukan 70 ke atas sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini, semalam.

Tambah Tengku Abdullah, ini merupakan satu peringatan kepada pasukan kebangsaan supaya dapat membaiki kedudukan di peringkat antarabangsa.

"Kalau boleh kita perlu membaiki ranking kita bukan sekadar kita menang Sukan SEA atau Piala Suzuki tetapi apa yang lebih penting lagi adalah di peringkat Piala Asia dan Sukan Olimpik," ujarnya.

Dalam pada itu Tengku Abdullah turut berbangga kerana ramai pemain negara diberi peluang untuk bermain di peringkat antarabangsa.

"Saya percaya dengan adanya peluang ini akan memberi keyakinan kepada pemain itu untuk lebih bersemangat beraksi di mana-mana sahaja.

"Para pemain yang ditawarkan untuk bermain di peringkat antarabangsa juga perlulah mempamerkan permainan yang bermutu bagi membolehkan mereka diberi kontrak yang lebih lama," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan