Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Terengganu tersungkur di Paroi

Posted: 13 Sep 2011 12:49 PM PDT

Sukan

PEMAIN Negeri Sembilan, Hairuddin Omar dihalang Pemain Terengganu, Mohd Faiza Mohamad dalam Piala Malaysia di stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

PEMAIN Negeri Sembilan, Hairuddin Omar dihalang Pemain Terengganu, Mohd Faiza Mohamad dalam Piala Malaysia di stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Terengganu tersungkur di Paroi

NEGERI Sembilan sudah mula memberi isyarat betapa mereka kini muncul selaku ancaman terbaru memburu mahkota kejuaraan Piala Malaysia, musim ini.

Malam tadi, anak didik Azraai Khor Abdullah merakamkan kemenangan penting menewaskan juara baru Piala FA, Terengganu 1-0 dalam saingan Kumpulan C di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hasil jaringan tunggal Shahurain Abu Samah yang menolak masuk pada minit ke 64. Dalam perlawanan lain, Selangor juga dihimpit masalah apabila sekadar seri 0-0 ketika menentang Kuala Lumpur manakala Perak terus menyambung rentak hebat menewaskan bekas juara Kedah, 2-1 di Ipoh.

Pada awal minit perlawanan, Negeri Sembilan lebih me­­nguasai perlawanan apabila hampir mendahului seawal minit ke-11, namun tendangan Hairuddin Omar tepat ke dakapan, Mohd Sharbinee Allawe.

Pada minit ke 28, penyerang berpengalaman itu sekali lagi terlepas peluang menjaringkan gol apabila gagal menolak masuk bola ke gawang selepas cemerlang memperdayakan pertahanan Terengganu diketuai Marzuki Yusoff.

Langkah jurulatih, Azraai Khor menggandingkan Hairuddin, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Firdaus Azizul di barisan depan tampak berkesan apabila berjaya menembusi gawang Terengganu menerusi Shahurain yang menolak masuk pada minit ke 64.
Sementara itu, satu lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikan PKNS berjaya mengutip mata penuh mengetepikan sai­ngan Sime Darby 1-0 menerusi jaringan P Rajesh pada minit kesembilan.


Selangor 'merah padam'

Posted: 13 Sep 2011 12:30 PM PDT

Sukan

PEMAIN  Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar (jersi kuning) merempuh Yong Kuang Yong dari Kuala Lumpur dalam aksi Piala Malaysia Kumpulan D di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

PEMAIN Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar (jersi kuning) merempuh Yong Kuang Yong dari Kuala Lumpur dalam aksi Piala Malaysia Kumpulan D di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Kuala Lumpur buat jagoan mula terasa bahang saingan Kumpulan D

PERTEMBUNGAN tetangga dua seteru Lembah Klang berakhir dengan Kuala Lumpur dan Selangor sekadar seri 0-0 pada aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi buat menyaksikan skuad warga kota terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas berbekal tujuh mata.

Beraksi di atas padang licin akibat hujan lebat sebelum perlawanan, Selangor yang jelas menguasai separuh masa pertama memperoleh tiga peluang terbaik tetapi dinafikan kecekapan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali. Hantaran jauh kapten Selangor, Amri Yahyah pada minit ke-15 disepak tepat Fitri Shazwan Raduwan ke arah Norazlan manakala percubaan Fadzli Saari dan Rudie Ramli pada minit ke-31 dan 35 diselamatkan dengan cemerlang pelatih skuad kebangsaan itu.

Kuala Lumpur yang jarang menyerang hampir mengejutkan Selangor menerusi serangan balas pada minit ke-42, namun hantaran leret See Kok Luen gagal disudahkan dengan tepat Yong Kuong Yong kerana penjaga gol pelawat, G Jeevananthan sudah menutup ruang.

Pada masa kecederaan babak pertama, sepakan percuma kaki kiri Amri hampir memerangkap Norazlan tetapi ia sekadar menggegar palang gol Kuala Lumpur untuk kedudukan tanpa jaringan menuju bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, sentuhan penyudah Selangor terus tumpul dengan rembatan Fadzli pada minit ke-57 ditepis Norazlan manakala tandukan P Gunalan hasil sepakan percuma Hardi Jaafar sekadar sipi pada minit ke-74.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, T-Team merakam kemenangan kedua dengan membelasah Polis 4-0 sekali gus melonjak ke tangga kedua Kumpulan D.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen