Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kuda tua taruhan United

Posted:

Kuda tua taruhan United

Kuda tua taruhan United

MANCHESTER, England - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menegaskan yang beliau bakal menurunkan ramai pemain berpengalaman pada aksi Liga Juara-Juara di Benfica awal pagi esok.

Ferguson tetap menaruh kepercayaan kepada pemain berpengalaman meskipun barisan pemain muda skuad itu beraksi cemerlang pada awal kempen musim ini.

Sebelum ini, penggendali dari Scotland itu memberi peluang kepada Chris Smalling, Tom Cleverley dan Phil Jones yang merekodkan empat kemenangan dalam kempen Liga Perdana England.

Bagaimanapun Ferguson berkata, kejohanan kelab elit di Eropah ini adalah sesuatu yang berlainan.

"Pasukan saya di Lisbon mungkin berbeza dalam isu pengalaman," kata Ferguson.

"Kami turut mendapat semula khidmat Darren Fletcher yang kembali cergas. Dia keli- hatan baik dan bermain dengan baik bersama Scotland minggu lalu.

"Saya fikir, kami perlukan ramai pemain berpengalaman dalam perlawanan ini.

"Perkara yang paling penting adalah kualiti. Menentang Ben- fica di gelanggang lawan adalah satu perlawanan yang perlu dihormati."

Pemain tengah, Cleverley tidak dapat bermain pada aksi pembukaan Kumpulan C ini selepas mengalami kecederaan ligamen ketika United membela- sah Bolton Wanderers 5-0 pada Sabtu lalu.

Tempat Cleverley bakal diganti Michael Carrick iaitu pemain berpengalaman yang dikatakan oleh Ferguson, manakala Flet- cher juga tidak asing lagi dalam kempen Liga Juara-Juara.

"Saya fikir, perkara paling sukar yang kami hadapi adalah untuk memilih pemain tengah dalam setiap perlawanan," kata Ferguson.

"Posisi itu akan menjadi caba- ran paling besar. Tiga pemain memainkan peranan yang besar di posisi ini. Mereka menjadi sandaran jentera serangan.

"Mereka adalah tiga pemain tengah yang baik dan kami perlu melihat kepada masalah itu.

Sementara itu, pemain perta- hanan England, Rio Ferdinand bakal terlepas perlawanan tersebut selepas tidak dimasukkan dalam senarai 19 pemain yang berlepas ke Benfica semalam. - Reuters

Safee teruja jejak Cardiff

Posted:

Safee teruja jejak Cardiff

Safee teruja jejak Cardiff

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SAFEE sudah bersedia mengikuti sesi pemilihan serta latihan bersama Cardiff City.


EPISOD perjuangan penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali dalam misi menyarung jersi Cardiff City telah bermula setelah selamat tiba di bumi England kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, Safee kemudiannya dijemput oleh seorang pegawai dari Cardiff menuju ke bandar tersebut yang memakan masa selama lebih dua jam sebelum sampai di hotel penginapannya pada pukul 10 malam.

Malah Safee juga sempat memberi- tahu perkembangan terkini menerusi laman rasmi Facebook miliknya bahawa segalanya berjalan lancar meskipun dia masih belum menerima sebarang jadual latihan daripada pihak pengurusan Cardiff.

"Saya akan buat yang terbaik di sini (Cardiff), tetapi saya belum dapat jadual latihan. Cuaca bagus, tidak terlalu sejuk, nanti wakil Cardiff akan datang jemput saya dalam pukul 9 pagi.

"Saya bangun awal, bersarapan pagi di bilik hotel dan sedang bersiap sedia untuk dibawa ke tempat latihan, pera- saan sungguh teruja untuk bertemu dengan jurulatih dan pemain-pemain lain Cardiff City," kata Safee dalam la- man Facebook tersebut.

Isnin lalu, Safee berlepas ke bumi Car- diff bagi menjalani ujian pemilihan selama kira-kira dua minggu sehingga 27 September ini selepas mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya, Pelita Jaya.

Selain Safee, turut dipanggil menjal- ani ujian pemilihan tersebut ialah bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safiq Rahim yang bagaimanapun hanya akan berbuat demikian bagi menumpukan perhatian kepada saingan Piala Malay- sia terlebih dahulu.

Sementara itu, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim semasa dihubu- ngi berkata, ketika ini Safee sendiri masih belum mengetahui tempoh dan bentuk latihan yang akan dijalaninya se- panjang ujian pemilihan tersebut.

"Saya difahamkan Safee telah berjumpa dengan pihak pengurusan Cardiff, namun pada masa sama, saya tidak pasti sama ada pertemuan pertama itu membabitkan latihan ataupun sekadar perkenalan ringkas bersama pemain- pemain lain kerana masih belum dimak- lumkan Safee," katanya yang masih berada di tanah air dan hanya berlepas ke Cardiff minggu depan.

Zakaria berkata, di Pelita Jaya sebe- lum ini, Safee akan berlatih kira-kira dua jam bagi satu sesi, yang mana dua sesi latihan pada pagi dan petang diada- kan ketika bukan musim liga dan hanya satu sesi di waktu pagi jika saingan liga sedang berlangsung.

"Bermula hari ini (semalam), Safee secara rasmi terikat dalam apa jua ak- tiviti berkaitan Cardiff dan masanya juga terhad.

"Justeru desas-desus negatif bahawa beliau hanya 'makan angin' di sana seme- mangnya tidak berasas," tegasnya.

MAS wajar tumpu pembangunan bola sepak tempatan

Posted:

MAS wajar tumpu pembangunan bola sepak tempatan

MAS wajar tumpu pembangunan bola sepak tempatan

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my


PENGARAH Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Mohd. Yusof (tiga dari kanan) pengurus QPR, Neil Warnock (empat dari kanan) pada majlis penajaan MAS dan AirAsia sebagai penaja jersi QPR di London semalam.


PENGLIBATAN Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia bagi menaja jersi kelab Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana England (EPL) dalam tempoh dua musim disambut baik oleh pelbagai pihak.

Ini kerana ia mampu melonjak- kan jenama kedua-dua syarikat penerbangan negara itu di peringkat global.

Namun bagi bekas Naib Presi- den Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (gambar kecil), beliau secara peribadi berharap MAS yang juga salah se- buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), perlu mula memainkan peranan dengan lebih aktif dalam pembangunan bola sepak tempatan.

Katanya, langkah yang diambil MAS itu mengejutkan sesetengah pihak memandangkan penglibatan syarikat tersebut selaku penaja jersi pasukan yang bertanding dalam EPL memerlukan perbelanjaan yang besar.

"Kita menyokong kesediaan MAS bersama AirAsia membuat tajaan yang tentunya menguntungkan jenama dan mengukuhkan kedudukan perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

"Tetapi kita juga boleh memper- soalkan kewajaran pelaburan sedemikian sedangkan MAS sebelum ini kurang memberi perhatian kepada tajaan terhadap pembangunan bola sepak tempatan," katanya selepas menghadiri majlis Aidilfitri Pertubuhan Peladang Batu Kurau, Selama, Perak semalam.

Raja Ahmad berkata, sepanjang pembabitan bersama FAM sejak lebih sedekad lalu, beliau mengakui MAS pernah membuat tajaan, namun dalam skala kecil.

"Dengan penglibatan MAS dalam EPL, apakah yang dapat dilakukan GLC itu terhadap (pemba- ngunan) bola sepak negara?

"Kita seboleh mungkin mahu MAS memberi peluang yang sama, mungkin menaja pasukan bola sepak tempatan tertentu atau sekurang-kurangnya menubuhkan akademi bola sepaknya sendiri," katanya.

Apa yang lebih penting, Raja Ah- mad Zainuddin yang kini masih aktif dalam FAM berkata, MAS harus memberi justifikasi sewajar- nya penglibatannya dalam penajaan pasukan bola sepak.

"Kita tidak mahu kelak ramai mempertikaikan penajaan MAS, bahkan kita juga tidak mahu pemi- nat tempatan mempersoalkan mengapa mereka melabur di EPL, sedangkan di sini (Malaysia), GLC itu tidak berbuat apa-apa," kata- nya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen