Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Bikin pening!

Posted: 07 Dec 2011 03:35 PM PST

ISU Young Lions dari Singapura menyertai Liga Malaysia kian mencetus perdebatan hangat. Tambah membimbangkan apakah ia bakal mencipta 'krisis dalaman' Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Keputusan badan induk membenarkan pasukan dari negara jiran itu menggunakan 10 pemain senior untuk musim pertama Liga Super menimbulkan percanggahan pendapat daripada dua pemimpin tertinggi, semalam.

Ketika Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah 'merelakan' situasi terbabit sambil menganggap kehadiran lebih ramai pemain senior Singapura bakal menambah kemeriahan Liga Malaysia, timbalannya, Tan Sri Annuar Musa membicarakan hujah yang agak tidak sehaluan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu mahu kedua-dua pihak patuh terhadap perjanjian persefahaman yang ditandatangani, 12 Julai lalu dengan tujuan asal untuk pendedahan dan pembangunan skuad B-23 kedua-dua negara.

Jelas situasi ini ada pro dan kontranya, tetapi FAM sewajarnya membuat pendirian apakah tujuan sebenar kerjasama ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

telaga

pada saya di sini ada baik & buruknya.
baiknya kerana dapat memeriahkan lagi liga dan memberikan cabaran yang lebih kepada pasukan yang bertanding dan akan meningkatkan lagi mutu pemain pasukan dalam negara.
kurang baiknya pulak mungkin pasukan ini terlalu kedepan dan imej pasukan negeri sedikit tenggelam dengan kekuatan ini,

Kaki Bangku

Pepatah Melayu yg tiada dalam DBP:
Anak sendiri di sergah sergah kalau silap,
Anak Tiri di belai dan puja:
Kenapa?
Kerana si bapak memerlu kan si ibu tiri. Tepai kalu Bapak sakit, mau pun GOL! Si ibu Tiri kahwin lagi, bawa anak kandung nye sendiri..Apa akan jadi pada anak tiri nye?
Jawapan nye: Dia mundur,tersekat, dan terus terkubur.

salenaizmi@yahoo.com

Singapura mana ade barisan pelapis...Main kelayakan Piala Dunia dah berlagak...

AZIZUL AZWAN BIN MD RUSLY

Salam semua. Apa nak kecoh2 ni. Ikut sahajalah amanat Sultan tu, apa nak dirugikan? Yg rugi skuad muda singapura sebab hantar pemain senior dan yg Untung skuad OKS sebab hantar skuad bwh 22 thn utk pdedahan. Cuba pikir betul2 pihak mana yang untung pihak mana yg rugi??Renung2kanlah..:)

amat

pada pendpt saya,singapura sengaja nak Spy permainan Harimau muda sebab Harimau muda juara di asean..tp x berani plak nak tunjukkan skuad mereka..saya sarankan batalkan shj kerjasama tersebut..berat sebelah..

amal

ingat n kaji smula...jgn smpai negara kita dikertawakan lg..singapura pandang kite nie mcm kecik sgt.

Bola Kampung

Bagus juga kalau pasukan negara jiran meletakkan 10 pemain senior, liga kita akan lagi kompetatif... mutu perlawanan akan lebih tinggi dan kualiti akan bertambah dengan corak perlawanan pasti berbeza, pemain negara kita boleh belajar dari situ.

peminat bola

Tak seharusnya menjadi isu besar. Singapura pernah diberi peluang bermain dalam Liga Malaysia sejak dulu sebelum menarik diri dengan menubuhkan Liga S sendiri. Kemasukan semula perlu dilihat secara positif kerana sekurang-kurangnya membiasakan semula pemain Malaysia bertaraf negeri / kelab untuk bermain dengan pemain senior Singapura apatah lagi ranking mereka lebih tinggi daripada M'sia.

mat

singapura hantar team terkuat untuk liga super kira ok la tu..klu hntar skuad bwh 23 xde nk mncabar sgt la..

mat sejuk

spatutnya pasukan u-23 patut dihantar utk tujuan bertukar pengalaman..klo hantar skuad utama..apa kata malaysia hantar team utama..biar ada pluang jadi juara liga singapura... ape2 pn..ikut lah pada perjanjian asal...kata org..lembu..pegang pada talinya..manusia..berpegang pada janjinya...klo yg tu pn nk spin...xyah hantar dua2..malaysia main liga thailand lagi baik..haha

azhar

memang pelik malaysia punyai peraturan...seolah-olah tiada kuasa kuat dalam peraturan yang dibuat...mudah sangat berubah-ubah dan terlalu berlembut sebab itu apa yang dirancang selalu dipertikaikan. Ini kerana punca pertikaian itu datangnya dari kita yang memrancang tiada ketetapan apabila membuat sesuatu keputusan. Kalau ini caranya sampai bila pun malaysia takkan maju dengan apa yang dirancangkan.

Penunggu Pintu gol

Ikutkan sahaja pada peraturan yang dah dimetrai sejak dulu, buat ape nak tukar2 lagi. Hormati peraturan,barulah akan lebih proffesional dan kita juga dihormati oleh lawan dan kawan. Kalu asyik berubah nampak sgt kita ni senang diperkotak katik kan. apa nak jadi..apa nak jadi bolasepak Malaysia.... biarlah orang yg lebih layak sahaja berada di atas dan memimpin Persatuan, yg dah senior tu, baik balik umah tengok LIVE bola je la...Sekian

syam

biarlah mereka hantar team yang ada senior...lagi kuat pihak lawan.lagi kita byk berlajar...buat apa kalu stakat jadii jaguh kampung.

jenal SAA

kenapa tak ikut perjanjian...

mohdisnin

FAM SUDAH KE BOHONG..... apa lah FAM cakap tak serupa bikin.....

adie petra

FAM sebenarnya sudah banyak melakukan sesuatu perkara tanpa kajian yang detail dan menyeluruh. Rasa nak buat, dia buat, lepas tu (tunggu dan lihat), saya sebenarnya agak keliru dengan dasar dan perancangan FAM ni, semenjak dua menjak nih, Pasukan Bola Malaysia (harimau malaya senior dan junior) telah berjaya mengharumkan nama malaysia dalam pentas ASEAN, semua kejayaan tu tidak datang secara tiba2 tau, kejayaan tu datang sewaktu FAM tidak membenarkan kemasukan pemain import dalam liga Malaysia, alhamdulillah pasukan harimau kita telah menunjukkan taringnya. Fikirlah sendiri, apakah dengan kemasukan semula pemain import ni, liga malaysia akan memberikan peluang dan ruang kepada pemain tempatan kita, saya rasa tidak, banyak nama2 tempatan yang baru, yang sedang akan hilang macam tu saja, fikir2 kan lah, berkenaan dengan isu young lions tu, saya nak tanya hebat sangatkah singapura tu, sampai kita nak terima pasukan dia masuk liga kita, dan kita pula nak hantar harimau muda kita nak main kat sana, saya yang tak sekolah pun, setakat singapura tu, takkan kemana2 mutu bola sepak negara kita, jadi mohon bijak pandai di negara kita ini, fikirlah kaedah atau cara untuk memperkasakan dan megekalkan penguasaan bola sepak negara kita di peringkat asean dan lepas ni ke asia dan tidak mustahil Pasukan Harimau kita akan masuk bukan setakat olimpik tetapi sampai ke peringkat piala dunia, insya allah, kita semua pakat2 doakan kejayaan pasukan kita tu.

daengyahya

Ada pro dan kontra.
dari satu sudut, ia bagus jika ramai pemain senior singapore join liga malaysia.
dari sudut lain, Singapura tidak berpegang kepada perjanjian.. tiada guna buat perjanjian jika kita sendiri tidak patuhi.

fifi

biar la dia nk anta skuad junior ke otai ke org tua ke... yg pnting FAM fokus pd pembangunan bola kita la..singapore phm2 je la xde org kang dia bnyk duit bleh bli player import amik jd rakyat dia...

suyono sipin

apalah ni....belum lagi bertanding sudah takuttt...mcmana nak jd pasukan yg terbaik..baru pasukan lain masukan kuda tua...sudah gabra...

fifi

biar la dia nk anta skuad junior ke otai ke org tua ke... yg pnting FAM fokus pd pembangunan bola kita la..singapore phm2 je la xde org kang dia bnyk duit bleh bli player import amik jd rakyat dia...

Malaysian

Jika nak kuat, lawan la yg kuat, apa nak takut.

azmi

betul tu. apa la nak pening2 kan kepala. kalau Spore nak antar 100% pasukan senior lg bagus. Bagus untuk pasukan negeri dan kelab untuk menimba pengalaman dan menentang pasukan yang kuat. Ini belum apa2 ... dah ada yang takut. Takut seblum berjuang. (terkenang dgn suasana ketika spore menyertai liga Malaysia dahulu... tiada masaalah dan sungguh meriah serta penuh dgn debaran ketika pasukan negeri menentang pasukan spore)

Jabulani

Setuju dengan Timbalan Presiden. Kita mestilah patuh pada perjanjian. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan tipu helah mereka. Menampakkan kita terlalu lemah dalam pengurusan bola sepak.

tibo

rencah bolasepak melayu..

sam

letak jawatan je presiedn FAM. dah lama sgt pegang jawatan..kalau betul jujur nak bantu bolasepak dan cari penaja dari luar pun boleh bantu kalau ikhlas..pikir-pikirlah sendiri..

haji

nmpk sgt singapore nk mpergunakan FAM..setuju dgn tan sri anuar, tetap pd pjanjian asal....sekali kita berlembut dgn singapore, lps ni dia pijak lg kepala kita...wallahua'lam

Kapten Boleh

Pening betul la dgn pengurusan tertinggi FAM ni, mcm tiada pendirian. kenapa xgunakan sahaja perjanjian awal...kalau di tempat kita rasa dorang bagi ke? silap2 kena ketuk kepala..tringat lg kapten malaysia dihina pemain singapore kata safiq macam monyet..tolong pecat pengurusan tertinggi dalam FAM yang tidak tahu prosedur dan undang2. menyusahkan pihak lain...

hamzah

Nampaknya singapura yg lebih untung. Dia orang nak menang liga kita tu sebenarnya. Alaa jgn layan sangat kerenah dia orang tu. Tanpa Singapura pun kita boleh pegi jauh.

joi

ngapa? takut ke? Biarlah mereka bertarung dengan klas yang lbh tinggi, Jgn jadi jaguh kampung je

Samin Rielshah

Salam! Kenapa nak dijemput? Sedang di negara kita banyak kelab-kelab yang sedang meningkat naik. Kita boleh menambahkan ilmu kepada pemain-pemain yang bertaraf amatur dan membimbing dan mendidik kearah profesional. Tak perlu kita nak menjemput sbb pemain-pemain yang mewakili negara boleh di hantar mengadakan perlawanan persahabatan disekitar negara ASEAN, ASIA dan Eropah TQVM

Uda Salleh

Apa yang penting adalah prinsip. Setelah perjanjian persefahaman dipersetujui, sepatutnya tiada perlu pihak FAM mengalah dalam hal ini. Saya dengan jujur dan tanpa niat menjatuhkan maruah Baginda Sultan Ahmad, Pengerusi FAM berpendapat adalah tidak tepat Baginda 'merelakan' perkara ini berlanjutan.

Jika S'pura tidak bersedia maka tangguhkan sahaja penglibatan mereka sehingga mereka bersedia. Sekiranya berlaku di arena sukan pra-olimpik dan S'pura tidak dapat memenuhi kriteria had umur maka mereka tidak akan diberi peluang utk bertanding.

Kita boleh nyatakan pelbagai alasan tetapi jangan sampai persepsi orang luar adalah pentadbiran FAM khususnya dan sistem pentadbiran di M'sia amnya boleh dikotak-katikkan... dan janganlah sampai rakyat M'sia sendiri rasa terkilan dengan keputusan dan tindakan pentadbir2 di M'sia memperlihatkan kita tidak berprinsip. Disini FAM perlu bertegas.

malaysia jati

ok je klu positifnya sekurang-kurangnya kita dapat tahu tahap pemain-pemain tempatan dari segi mental dan stamina hanya didalam kancah sukan jangan lah pula sukan nak dicampur adukan dengan isu-isu yang saya harap orang melayu,cina dan india kat malaysia ni faham bersukan..

apai malouda

aku setuju ngan tan sri anuar...

Fatimah

Sy rasa kita harus pegang pada janji asal, jangan nanti bila pasukan negeri kita kalah dlm liga super nanti, barulah nak kecoh2...pandanglah ke depan FAM, janganlah ikut sangat kerenah Singapura.

Mal887

HA..HA.. FAM sudah kena goreng....

Roti Planta

Tuan Presiden FAM memberi pendapat berdasarkan pentadbiran monarki manakala Timbalan Presiden memberi pendapat berdasarkan peraturan dan perjanjian. Zaman sudah berubah, FAM perlu ditadbir dengan lebih profesional dan bukannya ikut mood Presiden.

annacomel

Pelik..baguslah jikalau pasukan yang bertanding terdiri dari pasukan yang kuat (senior) kan bagus tu untuk mendapatkan pengalaman..

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan panik: Chong Wei

Posted: 07 Dec 2011 03:32 PM PST

Sukan

Lee Chong Wei

Lee Chong Wei

Jaguh badminton yakin mampu bangkit semula gegar pentas dunia

KETIKA peminat badminton negara dilanda kegelisahan di sebalik kekalahan berturut-turut kepada musuh tradisinya Lin Dan di Kejohanan Dunia, Terbuka Hong Kong dan China, namun jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei sedikit pun tidak menunjukkan kegusaran.

Sebaliknya, dia yang memperoleh undian tertinggi dalam tinjauan di kalangan peminat mengenai 'siapa yang mereka inginkan sebagai Pemain Terbaik Dunia 2011' menyifatkan kekalahan itu lebih merangsang dirinya bekerja keras memperbaiki dan meningkatkan permainan. "Tiada apa perlu dibimbangkan. Mungkin saya keletihan kerana terlalu banyak beraksi dalam kejohanan sejak awal tahun. Tetapi saya yakin mampu bangkit semula," katanya yang sedang membuat persiapan bagi mempertahankan kejuaraan Final Super Siri Dunia di Liuzhoi China, minggu depan.

Kenyataan itu turut disokong jurulatihnya, Tey Seu Bock yang menegaskan bukan masa untuk dia dan anak didiknya itu menekan butang kecemasan kerana berpendapat kekalahan kepada 'Super Dan' disebabkan penurunan prestasi jaguh itu akibat keletihan.

"Chong Wei ketika ini memang keletihan akibat jadual padat diharungi sejak awal tahun dan ketika ini tumpuan diberi memastikan dia menjalani proses pemulihan fizikalnya. Jadi, saya tidak mahu terlalu memberi tekanan kepadanya dalam latihan," katanya.

Seu Bock juga menjelaskan dia dan Chong Wei akur dengan rancangan untuk memilih hanya beberapa pertandingan untuk disertai tahun depan bagi memastikan pemain nombor satu dunia itu mencapai puncak ketika beraksi di Sukan Olimpik 2012.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan