Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Kekecewaan terubat

Posted: 07 Dec 2011 07:42 AM PST

KEKECEWAAN kuartet olahraga 4x400m lelaki negara yang tidak sempat meraikan kejayaan mereka merangkul pingat emas pada temasya Sukan Sea Indonesia 2011 baru-baru ini bakal terubat apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengalungkan pingat itu kepada mereka dalam satu majlis esok.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata Najib akan mengalungkan sendiri pingat emas itu kepada S Kannathasan, P Vuvaraj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus La Salleh pada majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) untuk Sukan Sea Indonesia 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara.


Kuartet terpaksa pulang ke tanah air sebelum sempat menerima pingat mereka ekoran Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menempah tiket penerbangan balik mereka terlalu awal.

"Ianya boleh dikira sebagai satu imbuhan khas buat mereka apabila tidak sempat menghadiri majlis penyampaian pingat emas di Palembang baru-baru ini," kata Zolkples pada majlis penyerahan tajaan dan undian Sukan Media-MSN 2011 di Bukit Jalil, semalam.


Beliau berkata, Perdana Menteri begitu prihatin dengan kejayaan atlet negara dan beliau bersama beberapa menteri lain akan turut sama pada majlis itu bagi menghargai kejayaan mereka.


"Kita harap orang ramai yang berminat akan turut hadir bersama bagi meraikan majlis itu sebagai tanda sokongan rakyat kepada kejayaan kontinjen negara," katanya.

Beliau berkata seramai 91 pemenang pingat emas termasuk pasukan bola sepak Harimau Muda yang berjaya meraih "ibu segala pingat" akan turut hadir sama bagi menerima cek hadiah kemenangan Shakam yang secara kesuluruhan berjumlah RM629,996.


Pada edisi ke-26 Sukan Sea itu, Malaysia berjaya melepasi sasaran maksimum 45 emas dengan membawa pulang 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa.

Acara akuatik menjadi penyumbang utama dengan meraih 19 pingat emas menerusi terjun (tujuh), renang (lima), renang berirama (lima) dan renang laut terbuka (dua).


Sementara olahraga menyumbangkan enam emas, diikuti tenpin boling (lima), ski air (empat), karate (empat), wushu (tiga), silat (tiga), berbasikal (tiga), memanah (dua), menembak (dua), lawan pedang (dua) dan biliard & snuker (satu).

Full content generated by Get Full RSS.

Buruan Perak tamat

Posted: 07 Dec 2011 07:36 AM PST

PEMAIN dari Serbia, Lazar Popovic dan Michal Kubala (Slovakia) bakal mewarnai cabaran Perak dalam kancah bola sepak Liga M musim 2012 bermula Januari ini.

Popovic, 28, dan Kubala, 31 yang bermain di posisi penyerang dan tengah berjaya meyakinkan ketua jurulatih Seladang, Norizan Bakar dalam beberapa siri perlawanan persahabatan baru-baru ini.


Popovic kali terakhir beraksi untuk kelab FK Zeljeznicar dalam Liga Premier Bosnia manakala Kubala untuk FC Astra Ploiesti dalam Liga Romania.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengesahkan pengambilan mereka selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan dalam rundingan yang diadakan.


Zainol Fadzi berkata, pemilihan mereka dibuat selepas pengurusan pasukan puas hati dengan aksi dalam perlawanan pemanas badan di Negeri Sembilan dan Lembah Klang beberapa hari lalu.


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri berkata, kedua-dua pemain merupakan kelompok terakhir yang diuji pada sesi pemilihan baru-baru ini yang turut disertai awang import dari Korea Selatan dan Australia.

"Buruan Perak terhadap dua awang import berjaya dengan pengambilan dua pemain itu. Mereka diambil selepas diuji dalam tiga perlawanan terakhir bagi memastikan benar-benar cergas serta tidak mengalami sebarang kecedaraan," katanya. Pengumuman Zainol itu sekali gus mengakhiri teka-teki di kalangan peminat pasukan Kejor Yob Keor yang resah menanti siapa bakal menguatkan cabaran skuad bimbingan Norizan Bakar nanti.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan