Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Buru trofi'

Posted: 06 Jan 2012 03:47 PM PST

Sukan

Kelantan, NS tekad cipta nama di Bukit Jalil, malam ini

EGO masing-masing harus memuncak, malam ini ketika dua pasukan gergasi bakal berarak turun ke gelanggang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, selaku pemegang trofi prestij dalam Liga Malaysia.

Kelantan bimbingan Peter Butler akan hadir selaku juara Liga Super manakala Negeri Sembilan dikendali Azraai Khor Abdullah juga gah dengan status juara Piala Malaysia. Elemen itu harus mencetus pertembungan menarik dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah. Di sebalik tekad besar kedua-dua ketua jurulatih itu mahu menang dan pulang dengan satu lagi koleksi trofi, namun sifat merendahkan diri tetap terpancar di wajah masing-masing ketika menghormati lawan masing-masing - yang lebih terarah kepada faktor diplomasi.

Artikel lain:

- NS, Kelantan ghairah

- Apek elak NS 'rosak' hari jadi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Looker

Kawe sokong kelantan. Tapi kawe akui N9 tak kurang hebatnya...

kukumalu

smoga berjaya meraih piala sumbangsih........kalahkn n9..kelate hebat...haah

harizan

go..n9...make good game...go..for kedah couch...u are the best.

cakoies89

musuhnya habis binasa....hoben jang!!!

aidil baye kb

gomo kelate gomo bawa balik piala sebagai pencetus smgat 2012. mari kita pakat wei sokongan kah skuad kita hidupppppppp kelate hiduuuup dato nuar

rudy

kelate hebat .antara bansa punya.malaysia no 1.


Full content generated by Get Full RSS.

NS, Kelantan ghairah

Posted: 06 Jan 2012 03:38 PM PST

Sukan

'Saya teringin sangat tumbangkan The Red Warriors'

"SAYA teringin sangat-sangat...," demikian pengakuan jujur jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah yang berharap skuad bimbingannya dapat menumbangkan Kelantan – sekali gus merampas Piala Sultan Ahmad Shah dalam perlawanan sumbangsih, malam ini.

Detik ghairah Azraai itu tidak sukar ditafsirkan kerana sepanjang kerjayanya, jurulatih itu belum pernah menjulang piala berkenaan walaupun pernah membantu Kedah melakar sejarah memenangi kejuaraan treble - Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA - 2007 dan 2008. Malah, jurulatih yang mula membimbing Negeri Sembilan sejak pertengahan musim lalu sudah tentu mahu menambah koleksi kejuaraan bersama Negeri Sembilan selepas membantu pasukan 'Hoben Jang Hoben' itu menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga dengan menewaskan Terengganu 2-1, tahun lalu.

"Walaupun pertandingan kali ini tampil dengan format baru tanpa mata dan hadiah kemenangan, tetapi saya tetap mahu pemain dengan cara apa sekali pun membawa pulang piala ini kerana Negeri Sembilan belum pernah memenanginya dan tewas dalam dua penampilan sebelum ini pada 2004 dan 2010," katanya dalam sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Azraai bagaimanapun tetap berpijak di bumi nyata dengan mengakui di atas kertas Kelantan harus diletakkan selaku pilihan apalagi pasukan bimbingan Peter Butler itu yang membuat persiapan rapi pra-musim selain bakal menggunakan khidmat dua pemain import.

"Kepulangan 'Tiga Abdul' (Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose) ke Kelantan semula juga pasti akan memantapkan lagi pasukan itu, tetapi saya tetap percaya barisan baru Negeri Sembilan tetap mampu melakukan kejutan.
"Walaupun kami kehilangan lima tonggak (Hairuddin Omar, Irwan Fadly Idrus, Mohd Farizal Harun dan kembar Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak) yang mengangkat kaki meninggalkan pasukan tetapi saya percaya pemain muda yang diberi kepercayaan menggantikan mereka mampu membuktikan kemampuan," katanya.

'Semua pemain saya sudah sedia untuk menggempur'

"JANGAN beraksi untuk diri sendiri, tapi main untuk kejayaan pasukan," demikian kenyataan ketua jurulatih pasukan Kelantan, Peter Butler menjelang perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Peringatan pengendali The Red Warriors itu kepada pemain jelas menggambarkan keinginan untuk membawa Kelantan kembali berada di landasan betul menjulang trofi sulung musim 2012.

"Saya tahu Negeri Sembilan pasukan bagus. Tapi saya juga percaya semua pemain saya sudah bersedia menghadapi perlawanan malam esok (hari ini).

"Kami ke Bukit Jalil bukan mahu kalah atau seri... Kami datang hanya untuk menang. Bagi saya, pada perlawanan ini kita tidak boleh bermain secara bertahan. Setiap pemain perlu bekerjasama ketika menyerang serta bertahan," katanya semalam.

Sementara itu, pengurus pasukan, Azman Ibrahim, berkata dia menaruh keyakinan tinggi terhadap penyerang import dari Lubnan membuktikan kemampuan malam ini.

"Perlawanan ini menjadi aksi pertama kami bermain dalam keadaan padang baik selepas terpaksa mengharungi pra musim yang tidak begitu sempurna ekoran beberapa masalah termasuk cuaca buruk.

"Sebelum ini, pemain import kami, Muhamad Ghaddar tidak pernah bermain dalam keadaan padang baik. Saya percaya dia mampu melakukan yang terbaik membantu kami kekalkan trofi Sumbangsih untuk musim kedua berturut-turut," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan