Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Misi bukti keupayaan’

Posted: 06 Jan 2012 08:25 AM PST

PERSEMBAHAN yang dipamerkan The Red Warriors di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini bakal menjadi kayu pengukur sejauh mana skuad kendalian jurulatih Peter James Butler itu mampu menghadirkan saingan merebut kejuaraan dalam kancah bola sepak tempatan musim ini selain cabaran Piala AFC.

Pandangan itu disuarakan ayam tambatan Kelantan, Norshahrul Idlan Tahala yang melihat perlawanan mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah menentang juara Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan itu bakal memberikan gambaran yang jelas tahap sebenar mereka.


"Sepanjang tempoh pra-musim, semua pemain sudah memberikan aksi yang terbaik kepada pasukan dalam setiap perlawanan namun malam esok (malam ini) adalah penentu sebenar kepada kami. "Sejauh mana keupayaan kami," katanya yang diangkat sebagai pemain paling bernilai dalam kancah bola sepak tempatan musim lalu.

Pemain yang dikenali sebagai Mat Yo itu bakal bergandingan bersama dua lagi penyerang import, Muhamad Ghaddar dan Antwi Dennis Agyare di barisan depan bagi merobek gawang Negeri Sembilan dalam mempertahankan piala yang pertama kalinya dimenangi Kelantan pada musim lalu.


"Gandingan kami bertiga sebenarnya masih belum memuaskan hati lagi kerana banyak peluang sebelum ini gagal disempurnakan dengan baik walaupun banyak dicipta. "Jadi saya berharap kami dapat meningkatkan lagi persefahaman malam ini bagi memberikan permulaan yang baik kepada pasukan," kata pemain berusia 26 tahun itu.


Sebelum ini, penyerang Harimau Malaya itu pernah menyuarakan kesukarannya berkomunikasi berikutan kesukaran Ghaddar yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

"Dia ada mempamerkan peningkatan dalam berkomunikasi. Namun saya tidak bermasalah untuk membentuk persefahaman dengan Antwi," katanya. Mengenai Negeri Sembilan, penyerang negara itu mengingatkan rakan sepasukan agar tidak memandang mudah kemampuan lawan walaupun ramai tonggak mereka membuat keputusan berhijrah.


"Mereka mengharungi persediaan cukup serius dengan sejumlah pemain muda yang semakin mantap dan sebenarnya sudah mempunyai pengalaman yang cukup selepas diberikan pendedahan sempurna oleh jurulatih pengelalaman pada musim lalu," katanya.

Kelantan memenangi piala terbabit untuk kali pertama musim lalu apabila menewaskan Selangor 2-0 namun bermula musim ini perlawanan terbabit tidak menawarkan sebarang mata untuk Liga Super.



Full content generated by Get Full RSS.

Effa impi kejuaraan

Posted: 06 Jan 2012 07:50 AM PST

"KAMI datang ke sini untuk menang dan saya akan pastikan Piala Sumbangsih menjadi milik Negeri Sembilan esok (hari ini). Itu janji saya," kata penyerang import, Jean-Emmanuel Effa Owona yang tidak sabar-sabar untuk menghadiahkan piala pertama bersama pasukan barunya itu.

Pemain kelahiran Cameroon berusia 28 tahun itu menjadi pemain import tunggal beraksi dengan skuad Rusa musim ini selepas seorang lagi pemain Marquen Goncalves Ferreira dari Brazil tidak dibenarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana gagal mematuhi syarat ditetapkan.


Effa, bekas pemain Hatta Club Dubai berkata, dia sudah dapat menyesuaikan diri bersama skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah itu dan bersedia untuk menggempur kubu juara bertahan Liga Super, Kelantan dalam perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

"Saya tidak sabar untuk merasai pengalaman bermain dalam Liga Malaysia dan perlawanan esok (hari ini) amat saya nanti-nantikan sejak menyertai Negeri Sembilan. "Pasukan ini mempunyai ramai pemain muda, tapi kami semakin menunjukkan peningkatan ketika latihan pra musim," katanya ketika ditemui Arena Metro pada sesi latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


Ternyata kelibat Effa ini amat dinanti-nantikan penyokong Hoben Jang Hoben selepas kali terakhir mereka memiliki awang import berbisa, Christian Bekamenga Bekamengo, juga dari Cameroon yang membantu Negeri Sembilan menjuarai Liga Super pada musim 2005/06.


Effa yang pernah beraksi secara pinjaman bersama kelab Liga Dua Perancis, FC Metz mula menunjukkan taringnya dengan meledak hatrik ketika membantu Negeri Sembilan menang 3-0 pada aksi persahabatan menentang pasukan Liga Perdana, Harimau Muda B, baru-baru ini.

Dan dia mengakui tidak mempunyai masalah jika Azraai memilih Mohd Firdaus Azizul atau Ahmad Shakir Mohd Ali untuk digandingkan bersamanya di bahagian serangan kerana sudah dapat membaca corak permainan masing-masing.


Ketika ditanya mengenai kekuatan pasukan Kelantan, Effa mengakui mereka bakal berdepan pasukan lawan yang sukar untuk ditewaskan.

"Kami sudah bertemu dengan Kelantan sebelum ini dalam perlawanan persahabatan, mereka sememangnya pasukan yang kuat. "Tapi itu tidak bermakna kami tidak mempunyai peluang. Saya tetap yakin kami boleh mencipta kemenangan dan sasaran saya untuk menjaringkan gol esok (hari ini)," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen