Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Safee selamat

Posted: 03 Feb 2012 04:01 PM PST

Sukan

Setiausaha Agung AFC sahkan kemelut liga hanya babitkan AFC, FIFA, ISSI

TIADA sebarang larangan buat penyerang sensasi negara, Safee Sali untuk terus menyarung jersi skuad kebangsaan manakala Liga Super Indonesia (ISL) yang disertai kelabnya, Pelita Jaya, juga belum diharamkan.

Itu penjelasan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay berhubung keraguan banyak pihak mengenai status Safee, 28, yang dikatakan dikenakan larangan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan AFC kerana beraksi di liga haram. Namun Safee masih 'berisiko besar' dikenakan penggantungan seandainya Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) gagal mengadakan kongres untuk menyelesaikan segala kekusutan mereka pada tarikh akhir ditetapkan FIFA dan AFC iaitu 22 Mac depan.

"Isu ini hanya membabitkan AFC, FIFA dan PSSI, bukannya pemain. Memang kami tahu ada dua liga di Indonesia berjalan serentak iaitu ISL dan IPL (Liga Prima Indonesia) tetapi keutamaan kami ialah supaya PSSI dapat menyelesaikannya pada kongres mereka, 18 Mac depan.

"PSSI kena pastikan semua kelab gabungan mereka beraksi di bawah satu liga yang diiktiraf. Jika gagal, barulah hal ini akan dibawa ke Jawatankuasa FIFA dan PSSI boleh digantung manakala nasib pemain bergantung kepada keputusan FIFA," kata Soosay ketika ditemui, semalam.

Secara logiknya, kedudukan Safee dijangka selamat kerana PSSI perlu menyelesaikan segala kekusutan mereka pada kongres 18 Mac depan jika tidak mahu seluruh aktiviti bola sepak di republik itu digantung FIFA.
Diminta mengulas laporan portal berita Indonesia, Republika.co.id yang memetiknya dia ada meminta PSSI menghantar senarai nama pemain yang beraksi di ISL termasuk Safee untuk dikenakan hukuman, Soosay bingkas menafikannya.

"Tidak. Kami tak minta apa-apa senarai nama pun kerana apa yang kami ambil perhatian ialah PSSI, bukannya pemain. Jadi buat masa ini, tiada sebarang hukuman dan tiada siapa yang digantung," jelas Soosay.

Full content generated by Get Full RSS.

Kim Swee tarik nafas lega

Posted: 03 Feb 2012 02:47 PM PST

Sukan

Jadual Liga S 'dilonggar' untuk skuad B-23

SKUAD B-23 negara kini boleh fokus sepenuhnya terhadap baki tiga aksi Kumpulan C saingan Kelayakan Olimpik Zon Asia apabila hanya dua aksi Liga-S membabitkan mereka dijadualkan berlangsung sepanjang tempoh terbabit.

Selepas bertemu Bahrain di Manama esok, skuad negara bakal melengkapkan saingan bertemu Jepun di Bukit Jalil, 22 Februari dan Syria di Amman, Jordan pada 14 Mac. Jadual Liga-S yang dikeluarkan semalam pula menyaksikan Harimau Muda A diberi 'kelonggaran' apabila bakal memulakan kempen bertemu Gombak United di Stadium Jalan Besar, Khamis ini, disusuli Tanjung Pagar United di laman sendiri, Stadium Yishun pada 2 Mac.

Aksi ketiga Harimau Muda A hanya dijadual berlangsung empat hari selepas berdepan Syria iaitu bertemu Albirex Niigata di Stadium Yishun, 18 Mac depan.

"Nampaknya permintaan kami supaya jadual Liga-S dibuat dengan mengambil kira pembabitan dalam Kelayakan Olimpik dipenuhi penganjur. Jadi saya kini boleh fokus pada baki tiga aksi kelayakan ini," kata Kim Swee ketika dihubungi di Manama, semalam.

Skuad negara tiba di Manama awal pagi semalam dan tanpa berlengah terus menjalani latihan ringan di gimnasium hotel penginapan pada sebelah pagi, disusuli latihan di padang pada sebelah petang.
"Suhu di sini sekitar 16 darjah Celsius, sejuk dan agak berangin. Inilah antara tujuan kami datang lebih awal iaitu supaya pemain dapat mengadaptasi dengan cuaca dan perbezaan waktu lima jam.

"Bagaimanapun, saya tidak mempunyai banyak masa kerana ada tiga hari saja untuk memikirkan percaturan terbaik menghadapi Bahrain, Ahad ini," jelas Kim Swee.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan