Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Norizan tagih aksi mantap

Posted: 10 Feb 2012 01:06 PM PST

Sukan

PRESTASI pemain import Perak, Lazar Popovic (kanan) masih tumpul dan kurang menyengat.

PRESTASI pemain import Perak, Lazar Popovic (kanan) masih tumpul dan kurang menyengat.

AKSI mantap seperti ketika menumpaskan Sarawak 2-1 di Ipoh Rabu lalu, diharap mampu diulangi pemain Perak apabila turun menentang T-Team di Kuala Terengganu malam ini supaya kedudukan selaku pendahulu Liga Super dapat dipertahankan.

"Mempertahankan kedudukan pendahulu serta meneruskan rentak kemenangan menjadi agenda Perak dalam perlawanan seterusnya dan saya berharap pemain sentiasa bersiap sedia menggalas tugas yang diberikan jurulatih (Norizan Bakar) pada setiap perlawanan," kata pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun.

Beliau yang juga bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkata, kejayaan berada di tangga teratas diharap turut menyemarakkan semangat di dalam kem Perak tetapi pantas mengingatkan pemain betapa tugas dan cabaran besar masih banyak menanti termasuk apabila berdepan T-Team yang mahu menebus kehampaan selepas tewas kepada Negeri Sembilan, Rabu lalu. Justeru, pemain perlu berwaspada terhadap perangkap yang dipasang jurulatih Yunus Aliff apabila turun ke padang malam ini.

"Kedudukan pendahulu bukan jaminan kerana masih terlalu awal untuk mendabik dada. Apa yang diharapkan pemain mampu meneruskan momentum mereka," katanya.

Mengenai ketumpulan penyerang import Perak, Lazar Popovic dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang mengalami kemarau jaringan dalam tiga perlawanan berturut-turut, Azwan berpendapat ia bukan faktor penghalang kejayaan pasukan.

"Bola sepak ialah usaha berpasukan. Setiap anggota pasukan mempunyai peranan untuk memastikan kejayaan pasukan," katanya.

Aksi Liga-S kurang penonton

Posted: 10 Feb 2012 01:00 PM PST

Sukan

PENYERTAAN pertama kali Harimau Muda A pada saingan Liga Singapura (Liga-S) masih belum mampu menjadi daya penarik kehadiran penonton terutama warga Singapura untuk menyaksikan pertembungan menentang Gombak United FC di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

Hanya sekitar 400 penonton hadir, sekali gus menggambarkan peminat bola sepak negara itu lebih tertumpu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang membabitkan penyertaan Lions XII sehingga mampu menarik kebanjiran melebihi 7,000 penonton.

Sambutan dingin penonton pasti merencatkan kualiti permainan tatkala penyertaan Harimau Muda terarah untuk meraih pendedahan peringkat antarabangsa bagi persiapan menghadapi beberapa siri perlawanan peringkat Asia dan baki kelayakan Sukan Olimpik London. Apapun, jurulatih Ong Kim Swee enggan berbicara berhubung kesuraman saingan Liga-S, sebaliknya berbangga anak didiknya mampu mengimbangi kekuatan Gombak United FC yang diperkuat empat tenaga import selepas menang 2-0 untuk mengungguli tangga teratas liga.

"Kami beraksi dalam kepenatan selepas pulang dari Bahrain bagi kempen kelayakan Sukan Olimpik London dan kemudian mengharungi saingan Liga-S, namun itulah cabaran yang pemain ambil secara positif hingga mampu melakar kemenangan.

"Kekalahan kepada Bahrain 1-2 tempoh hari pantas dilupakan malah mereka komited dalam aksi pertama Liga-S apabila menguasai saingan terutama di babak pertama tetapi keletihan menyebabkan ada sedikit kelonggaran di babak kedua.

"Faktor padang rumput tiruan juga mengganggu rentak pemain kerana bola terlalu laju dan ada kalanya pemain hilang fokus," katanya yang turut berpuas hati dengan penampilan pertama penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi Roslan yang konsisten ketika berdepan penyerang tinggi lampai Gombak United FC, Jung Hee Bong dari Korea Selatan.
Tanpa kelibat penyerang Ahmad Hazwan Bakri yang cedera, Kim Swee mempertaruhkan A Thamil Arasu di bahagian depan dan penyerang muda itu tidak menghampakan selepas mencipta jaringan dan kerap kali memaksa pertahanan Gombak United FC, Obadin Aikhena dari Nigeria bekerja keras.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen