Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


MEMALUKAN NEGARA

Posted:

MEMALUKAN NEGARA

MEMALUKAN NEGARA

SALAH seorang daripada kuartet 4x400 negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia ini disahkan positif ujian doping. Seorang lagi yang disahkan positif adalah atlet angkat berat.AHMAD SHABERY(gambar kecil)


IMEJ sukan negara 'tercalar' selepas dua atlet didapati positif menggunakan bahan terlarang pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia tahun lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek antara individu yang berasa kecewa dengan tindakan atlet yang disahkan positif ujian doping itu.

Ahmad Shabery berkata, perbuatan mengambil bahan larangan itu telah memberikan kesan buruk kepada imej sukan negara.

"Saya amat dukacita terutamanya setelah memberi penghargaan pada majlis Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) lalu.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang mengalungkan pingat kepada mereka tetapi perbuatan ini nyata memalukan negara.

Dua atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan SEA 2011 menerusi acara 4x400m dan angkat berat didapati positif ujian doping.

Atlet 'dadah' memalukan negara

Posted:

Atlet 'dadah' memalukan negara

Atlet 'dadah' memalukan negara

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


AHMAD SHABERY (tengah) mahu persatuan mengambil tindakan terhadap atlet yang didapati positif ujian doping.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengambil tindakan terhadap atlet yang didapati positif ujian doping.

Terdahulu, dua atlet negara yang memenangi pingat pada temasya Sukan SEA Indonesia menerusi acara 4x400 meter dan angkat berat didapati positif ujian doping sampel A pada Disember lalu.

Pada temasya berkenaan, skuad olahraga berjaya mengutip enam emas, dua perak dan tiga gangsa, manakala angkat berat membawa pulang satu perak dan dua gangsa.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery yang mengakui mendengar laporan doping daripada media, meluahkan rasa kesal terhadap atlet berkenaan yang menganggap perbuatan mengambil bahan larangan itu telah memberikan kesan buruk kepada imej sukan negara.

Katanya, selain menuntut penjelasan penuh daripada atlet terbabit, beliau tidak menolak untuk menarik ganjaran yang diberikan oleh pihak kerajaan sekiranya didapati bersalah.

Ahmad Shabery turut memberitahu, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Sukan berhubung isu doping terbabit selepas keputusan rasmi dikeluarkan.

"Sebenarnya, saya mengetahui (isu doping) daripada media. Saya telah mendapatkan kepastian daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berhubung isu terbabit dan mereka telah mengesahkan mengenai perkara itu (keputusan positif doping).

"Kini, kami akan menunggu surat rasmi daripada Pengelola Sukan SEA Indonesia (Inacoc) dan berhubung hukuman kepada atlet terbabit, saya mahu persatuan berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

"Saya amat dukacita setelah penghargaan yang berikan ketika Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang mengalungkan pingat kepada mereka tetapi perbuatan ini nyata memalukan negara.

"Namun, saya masih menuntut penjelasan daripada atlet terbabit yang mana mereka mempunyai hak untuk membela diri bagi membuktikan mereka tidak bersalah.

"Tetapi sekiranya didapati bersalah mengambil bahan larang atas dasar inisiatif sendiri, kami tidak teragak-agak untuk menarik kembali ganjaran tersebut."

Beliau berkata demikian pada sidang media di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu dan Datuk Razali Ibrahim.

Sementara itu, Presiden PABM, Zafarul Akbar Kassim ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada Inacoc sebelum memutuskan hukuman terhadap atletnya.

Zafarul memberitahu, sekiranya benar, siasatan akan dijalankan sejurus keputusan penuh diterima dan pihaknya bersedia bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Katanya, beliau mahu mengetahui 'punca' atlet terbabit didapati positif ujian doping sampel B.

"Kami masih belum menerima surat keputusan rasmi daripada MOM, jadi kami belum boleh buat apa- apa tindakan.

"Seandainya benar (keputusan ujian doping positif), kami akan mengambil tindakan terhadap atlet terbabit selepas siasatan dijalankan untuk mengetahui punca-punca sebenar.

"Kami perlu mengetahui dan menyiasat sama ada atlet terbabit dianiaya atau sebaliknya dan kami sentiasa membuka pintu untuk bekerjasama dengan pihak KBS bagi menyelesaikan perkara ini," katanya.

Hanya sebutir pingat gangsa

Posted:

Hanya sebutir pingat gangsa

Hanya sebutir pingat gangsa

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


AZIZULHASNI (kanan) akan mengetuai cabaran negara dalam acara keirin lelaki elit di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras hari ini.


SKUAD Malaysia berjaya menambah satu pingat gangsa pada hari ketiga Kejuaraan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Pingat tersebut disumbang oleh Mohd. Hariff Salleh dalam acara scratch 10 kilometer (km) lelaki elit selepas ketinggalan kepada pelumba Taiwan, Chun Kai Feng (emas) dan Thurakit Boonratanathanakorn dari Thailand (perak) akibat tayar basikalnya pancit.

Sementara itu, Ju Pha Som Net pula sekadar menduduki tempat kelima dalam acara scratch 7.5km wanita elit.

Begitupun, skuad negara akan mempunyai enam wakil dalam acara keirin hari ini.

Pada aksi separuh akhir di sebelah pagi, Azizulhasni Awang dan Josiah Ng akan mengetuai cabaran dalam keirin lelaki elit biarpun kedua-keduanya terpaksa beraksi di pusingan repechages.

Dalam kategori wanita elit pula, hanya ratu pecut negara, Fatehah Mustapa sahaja yang berjaya mara ke separuh akhir, manakala seorang lagi pelumba, Ju Pha pula terkandas di pusingan repechages.

Muhd. Fauzan Nor Azman dan Malek Marcus McCrone pula berjaya membuktikan potensi mereka sebagai pengganti kepada Azizulhasni suatu hari nanti apabila kedua-keduanya berjaya mara ke separuh akhir keirin lelaki remaja.

Fauzan dan Malek berjaya melepasi pusingan pertama semalam dengan menduduki tempat kedua dalam saringan masing-masing di belakang pelumba negara Jepun.

Ummi Hamimah Mohamad juga berjaya merealisasikan hasratnya untuk beraksi di separuh akhir wanita remaja selepas menduduki tempat kedua.

Bagaimanapun, seorang lagi pelumba muda, Lauretta Eva Adrian gagal mengekori pencapaian rakan sepasukannya itu apabila gagal dalam pusingan repechages.

Saingan separuh akhir Keirin akan berlangsung sebelah pagi sebelum aksi final diadakan sebagai penutup tirai bagi acara trek ACC 2012.

Setakat ini skuad negara masih lagi mengumpul satu pingat emas, tiga perak dan enam gangsa dan berpeluang menambah kilauan emas hari ini dalam acara keirin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen