Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Zulfadli tersenarai

Posted: 28 Feb 2012 02:41 PM PST

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) akhirnya akur menawarkan juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli menjalani latihan untuk pemilihan skuad Piala Thomas negara Mei ini.

Bagaimanapun tiada jaminan kerana hanya pemain yang menunjukkan prestasi terbaik saja terpilih.


Keputusan itu dibuat Ahli Majlis BAM, dipengerusikan Presiden Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh selepas mesyuarat semalam.

"Kami mahu Hafiz (Hashim) dan Zulfadli menyertai latihan BAM bermula 5 Mac sebagai persediaan menghadapi kejohanan Piala Axiata. Kami juga tawarkan kepada mereka untuk meneruskan latihan Piala Thomas," kata Nadzmi.


Menurut beliau, Zulfadli ditawarkan selepas ahli majlis memutuskan untuk menyenaraikan hanya pemain terbaik mewakili negara di Wuhan, China.


"Kami akan pastikan hanya pemain terbaik dipilih tanpa mengira pemain itu bernaung di bawah BAM ataupun bebas, semua berpeluang.

"Keputusan akhir pemilihan pemain akan dibuat pada akhir April nanti." Tawaran memanggil Zulfadli menyertai latihan skuad Piala Thomas itu hadir selepas pelbagai pihak mempersoalkan ketelusan BAM yang sering mengutarakan 'kepentingan negara' sedangkan tindak tanduk mereka lebih menjurus ke arah menjaga ego persatuan itu yang enggan mengiktiraf kemampuan kelab.


Sepanjang tahun lalu, Zulfadli muncul juara remaja Asia, Komanwel dan Dunia selain membantu pasukan campuran remaja dunia negara muncul juara.

Malah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sendiri terpaksa bersuara demi memastikan bakat besar Zulfadli tidak berkubur sia-sia seperti pemain berbakat sebelum ini, Mohd Arif Latif yang 'diperam' sedangkan pemain China, Chen Long dan Kenichi Tago dari Jepun yang seangkatan dengannya kini berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.


Mesyuarat Majlis BAM itu juga memutuskan menghantar pasukan terkuat di kejohanan Piala Axiata yang menawarkan hadiah lumayan RM3.03 juta (AS$1 juta) bermula 23 Mac ini.


Malaysia dan Indonesia ditawar menghantar dua pasukan, justeru BAM memutuskan menyenarai pemain senior dan remaja Bawah 21 Tahun.


Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei akan mengetuai skuad Malaysia A selain Hafiz, Liew Daren, Arif, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Goh V Shem, Lim Khim Wah.


Manakala Malaysia B pula diketuai Zulfadli, Iskandar Zulkifli, Misbun Ramdan Misbun, Loh Wei Sheng, Ow Yao Han, Chooi Kah Ming, Teo Eei Yi dan Nelson Heg.


Selain itu, Pengarah Cawangan Elit MSN, Ariffin Ghani dilantik sebagai anggota terbaru dalam Pasukan Prestasi Tinggi (HPT) yang dipengerusi Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai.



Devan tidak panik

Posted: 28 Feb 2012 09:48 AM PST

WALAUPUN bakal kehilangan enam tonggak utama, jurulatih Johor FC, K Devan tampak tidak panik ketika giat membuat persiapan menghadapi Sabah dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Sabtu ini.

Sambil mengakui enam pemain itu, Shafizan Hashim, Shahrizal Saad, Mohd Harris Safwan, Mohd Zambri Chin, Ismail Suboh dan Azi Shahril Azmi tidak cergas 100 peratus, Devan berkata, beliau sudah mempunyai penyelesaian terhadap masalah itu dengan menurunkan pemain simpanan bagi menghadapi anak buah Justin Ganai.


Aksi pemanas badan ketika rehat hampir 10 hari sebelum kempen liga elit domestik disambung semula digunakan sepenuhnya bekas pengendali Selangor itu apabila menurunkan beberapa pemain simpanan pada pertemuan menentang kelab Liga Singapura (Liga S), Balestier Khalsa.

"Saya menurunkan Abdul Rahman Zabul yang baru pulih daripada kecederaan dan dia tidak mengecewakan walaupun kecergasannya belum memuaskan. "Kami tewas 0-3 tapi saya anggap ia sebagai latihan berguna bagi membolehkan beberapa pemain simpanan mendapat kecergasan perlawanan, (match fitness)," katanya sambil memberitahu dua pemain import, Arthuro Henrique dan Fernando Agusto Fereirra tidak diturunkan dalam perlawanan itu.


Devan turut menjelaskan pemainnya tampak kepenatan selepas menjalani latihan kekuatan fizikal bagi memantapkan kecergasan dalam usaha memastikan mereka mampu mengharungi 90 minit perlawanan.


Beliau juga menegaskan tiga mata penuh menjadi agenda utama Johor FC bagi mengelak mereka daripada berada dalam kelompok bawahan selain optimis mampu menang walaupun sedar Sabah pasti memberi tentangan sengit.

"Tidak semestinya latihan tertumpu kepada taktikal, sebaliknya kekuatan fizikal juga memainkan peranan bagi berdepan Sabah yang mendapat pendedahan berguna apabila menentang skuad kebangsaan," kata Devan.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen