Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Wanita Terkulai

Posted:

Wanita Terkulai

Wanita Terkulai

GANDINGAN Woon Khe Wei (kanan) dan Vivian Hoo gagal menyumbang mata buat skuad wanita negara ketika menentang Indonesia pada aksi playoff kedua di Macau semalam.


TATKALA skuad lelaki sudah mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, China Mei depan, nasib berbeza pula dialami barisan pemain wanita negara.

Kekalahan 0-5 kepada Indonesia pada aksi playoff kedua kelayakan Piala Uber 2012 semalam, sekali gus menutup terus pintu buat skuad wanita negara menjejakkan kaki di bumi Wuhan.

Kelmarin, skuad wanita negara dimalukan Hong Kong dengan kekalahan 2-3 pada aksi playoff pertama.

"Peluang kita untuk mara ke pusingan akhir sudah tidak ada. Kita perlu tahu inilah barisan terbaik yang kita memiliki ketika ini.

"Bermula daripada sekarang, kita perlu melakukan persiapan bagi menghadapi Piala Uber 2014," kata ketua jurulatih beregu wanita negara, Rexy Mainaky semalam.

Pertemuan menentang Singapura hari ini boleh dianggap sebagai pelengkap jadual bagi skuad wanita negara menentukan tempat ketujuh dan kelapan.

Sekadar tangga keempat

Posted:

Sekadar tangga keempat

Sekadar tangga keempat


BERPECAH... Khim Wah (kanan) dan V Shem tidak beraksi bersama ketika menentang Indonesia pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat semalam.


MACAU – Malaysia menamatkan cabaran pada kempen kelayakan kejoha- nan badminton Piala Thomas 2012 Zon Asia di tempat keempat selepas tewas 2-3 kepada Indonesia semalam.

Bagaimanapun, keputusan itu sudah tidak penting buat skuad negara yang terlebih dahulu berjaya mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, China pada Mei depan sebaik melangkah ke peringkat sepa- ruh akhir kelmarin.

"Menang atau kalah tidak penting. Yang paling penting adalah skuad negara telah layak ke pusingan akhir Piala Thomas.

"Biarpun tidak menurunkan barisan terkuat tetapi pemain-pemain muda yang diturunkan telah mempamerkan prestasi yang baik dan itu adalah suatu perkara yang positif," kata ketua jurulatih perseorangan negara, Ra- shid Sidek.

Pada aksi semalam, Liew Daren menyumbangkan mata pertama buat skuad negara dalam acara perseorangan selepas lawannya, Simon Santoso menarik diri pada set pertama ekoran masalah kecederaan.

Gandingan beregu pertama negara, Goh V Shem-Hoon Thien How memberi mata kedua selepas kejayaan menewaskan Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan 21-14, 21-18.

Bagaimanapun, Mohamad Arif Latif yang turun selaku perseorangan gagal meneruskan rentak kecemerlangan tersebut apabila kecundang di tangan Tom- my Sugiarto 15-21, 7- 21.

Indonesia berjaya menyamakan kedudukan 2-2 apabila pasangan beregu berpengalaman mereka, Markis Kido-Hendra Setiawan mencatatkan kemenangan ke atas pasangan negara, Lim Khim Wah-Teo Kok Siang 21-16, 21-13.

Tumpuan pada pertemuan dengan Indonesia semalam ternyata terarah kepada aksi pemain beregu utama, Koo Kien Keat yang diletakkan seba- gai perseorangan ketiga.

Namun, mata kemenangan yang diharapkan daripada Kien Keat gagal dijelmakan apabila dia tewas 8-21, 9-21 kepada Dionysius Hayom Rumbaka.

"Acara perseorangan memang bukan untuk saya. Lagipun, saya sudah lama tidak beraksi dalam acara perse- orangan sejak Kejohanan Remaja Asia 2002.

"Mudah buat pemain perseorangan untuk beraksi dalam acara beregu tetapi sukar buat pemain beregu hendak beraksi dalam acara perseorangan kerana setiap gerak-geri ketika perlawanan adalah berbeza," kata Ki- en Keat.

‘Pintu Wuhan’ sudah tertutup rapat

Posted:

'Pintu Wuhan' sudah tertutup rapat

'Pintu Wuhan' sudah tertutup rapat


LYDIA tampil dalam acara perseorangan pertama semalam.


MACAU – Pintu buat skuad wanita negara untuk menjejakkan kaki ke pusingan akhir kejohanan badminton Piala Uber 2012 di Wuhan, China pada Mei depan, sudah tertutup rapat.

Ia ekoran kekalahan 0-5 yang dialami skuad negara ketika menentang Indonesia pada saingan playoff kedua semalam.

Kelmarin, barisan pemain wanita negara terkulai layu di tangan pasukan yang dilabel sebagai pasukan paling lemah, Hong Kong 2-3 pada aksi playoff pertama.

Justeru, dua kekalahan tersebut sudah menutup terus pintu buat skuad negara untuk layak ke pusingan akhir Piala Uber 2012.

Pertemuan dengan Singapura hari ini boleh dianggap sebagai pelengkap jadual bagi menentukan tempat ketujuh dan kelapan.

Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rexy Maina- ky akur dengan kegagalan tersebut dan menganggap barisan pemainnya sudah melakukan yang terbaik.

"Peluang kita untuk mara ke pusingan akhir sudah tidak ada. Kita perlu tahu ini- lah barisan terbaik yang kita miliki ketika ini.

"Bermula daripada sekarang, kita perlu melakukan persiapan bagi menghadapi Piala Uber 2014.

"Kita tidak boleh melaku- kan persiapan di saat-saat akhir kerana kegagalan kali ini mungkin akan berulang," kata Rexy.

Pada aksi menentang Indonesia semalam, Lydia Cheah yang mengambil alih tugas selaku perseorangan pertama negara tewas 7-21, 13-21 kepada Adrianti Firdasari.

Woon Khe Wei-Vivian Hoo yang turun selaku beregu pertama memberikan tentangan sengit ke atas gandi- ngan Greysia Polii-Meiliana Jauhari sebelum tunduk 15- 21, 21-18, 15-21.

Perseorangan kedua negara, Sannatasah Saniru terus gagal menunjukkan peningkatan prestasi apabila tewas di tangan Maria Febe Kusumastuti 13-21, 18-21.

Gandingan Chin Eei Hui- Goh Liu Ying turut gagal menghadiahkan mata buat skuad negara apabila tewas 21-11, 8-21, 18-21 kepada Nit- ya Krishinda Maheswari- Anneke Feinya Agustin.

Perseorangan muda negara, Yang Yi Lian pula kecundang di tangan Lindawe- ni Fanetri 10-21, 9-21.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen