Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Impian hatrik

Posted: 10 Mar 2012 04:44 PM PST

Sukan

Lee Chong Wei tunjuk belang buru mahkota ketiga Seluruh England

"SAYA gembira dengan corak permainan dan pergerakan saya, cuma tangan saya sakit sikit. Tapi saya yakin ia akan sembuh menjelang final esok (hari ini)," demikian reaksi juara bertahan, Lee Chong Wei sejurus menumbangkan Lee Hyun Il pada separuh akhir, Seluruh England di Arena Tertutup Nasional Birmingham, malam tadi.

Kemenangan 21-19, 21-18 ke atas pemain pilihan kelapan dari Korea Selatan dalam tempoh 44 minit menyaksikan jaguh perseorangan negara itu hanya tinggal selangkah lagi memburu kejuaraan hatrik pada kejohanan tertua dan paling prestij yang diperkenalkan pada 1899. Ia juga membolehkan Chong Wei, 30, mara ke pentas final keempat berturut-turut sejak 2009 selain mengekalkan rekod kemenangan bersih tanpa tercicir sebarang set sejak pusingan pertama Rabu lalu dan merekodkan kemenangan kelapan daripada 13 pertemuan ke atas pemain kidal Korea Selatan itu.

"Tangannya yang sakit menyebabkan pukulannya kurang tajam, tambahan dia keletihan kerana bermain lewat pagi di suku akhir malam semalam (kelmarin).
Namun, ia tidak begitu membimbangkan saya kerana Chong Wei bijak mengatasinya," kata jurulatih Tey Seu Bock.

Dalam final, hari ini dia akan menentang Lin Dan dari China yang menang ke atas pemain muda Jepun, Kenichi Tago, 21-18, 21-17.
Apapun, andai Chong Wei mampu melepasi halangan terakhir di final hari ini, dia akan menjadi pemain ketujuh sepanjang sejarah kejohanan yang berjaya memenangi hatrik sekali gus menyamai pencapaian lagenda negara, Wong Peng Soon pada 1950, 1951 dan 1952.

Lebih manis, kejuaraan itu membolehkannya mengumpul koleksi gelaran ketiga musim ini selepas menjuarai Terbuka Korea dan Malaysia.

Lin Dan menghampakan Chong Wei 21-19, 21-12 dalam kemaraan final pertamanya pada 2009, tetapi jaguh negara bangkit menebus kecewa menewaskan Tago 21-19, 21-19 di final 2010 sebelum menumbangkan musuh ketatnya itu 21-17, 21-17 pada final tahun lalu.

Artikel lain:

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

leo

kali ini Chong Wei memang lebih hebat. nampak bahawa dia masih menyimpan keampuan luarbiasa.yg tdk ditunjukkannya dalm perlawanan dng lawan2nya sebelum ini.

arzemi2

En.Arzemi, enko cakap LCW pengecut, enko pi main la, tengok ko dapat lawan Lin Dan tak? tengok siapa pengecut, suruh la Arif ke atau Hafiz pi lawan Lin Dan, tengok siapa pengecut ? dok malu punya bangsat

Deen

Saya fikir Datuk Lee Chong Wei tidak mempunyai masalah untuk menumbangkan Lin Dan, yang penting fokus dan jangan buat kesilapan sendiri seperti memukul bola keluar dan bertindak pada masa yang tepat untuk mematikan bola. Lee Chong Wei BOLEH...

Yusof Hj. Kawi

Datuk Lee Chong Wei boleh melakukan sesuatu utk mengatasi musuh tradisinya sekiranya ia bermain secara agresif dan berkeyakinan.

shawal kumar

mari kta doakn datuk chong wei mnang keatas lin dan...malayasia boleh.tumbang tembok cina..

arzemi

Syabas Lee Chong Wei, anda pasti mampu tumbangkan Lin Dan seandainya fizikal dan mental anda kuat, setiap kali anda bertemu Lin Dan perasaan gemuruh menghantui anda, anda tidak yakin pada diri sendiri, inilah jiwa anda yang pengecut. Anda menang kerana semangat dan keyakinan, anda tewas kerana penakut dan rasa rendah diri pada lawan.

faizal othman

harapan rakyat malaysia!!! chong wei terus mara!!!


Liverpool diaib, Chelsea bangkit

Posted: 10 Mar 2012 03:21 PM PST

Sukan

KAPTEN Liverpool, Steven Gerrard berdepan pemain Sunderland, Jack Colback (kiri) ketika saingan EPL di Stadium of Light, malam tadi.

KAPTEN Liverpool, Steven Gerrard berdepan pemain Sunderland, Jack Colback (kiri) ketika saingan EPL di Stadium of Light, malam tadi.

Drogba ledak gol ke-100 peribadi

CHELSEA mencatat kemenangan 1-0 ke atas barisan 10 pemain Stoke dan memberikan kemenangan pertama buat pengurus sementara Roberto Di Matteo dalam tugasannya di Stamford Bridge selepas pemecatan Andre Villas-Boas.

Ricardo Fuller dibuang padang pada babak pertama kerana memijak Branislav Ivanovic, dan Didier Drogba akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-68 untuk memberikan Blues tiga mata. Ia adalah jaringan kelapan Drogba musim ini dan ke-100 baginya dalam Liga Perdana dan memastikan Chelsea terus menghambat Arsenal dalam perebutan tempat keempat liga dan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Nicklas Bendtner pula menjaringkan gol tunggal untuk memastikan Sunderland meraih tiga mata di gelanggang sendiri hasil kemenangan 1-0 ke atas Liverpool.

Sementara itu, Bolton Wanderers mengutip kemenangan penting 2-1 ke atas Queen's Park Rangers untuk melonjak keluar daripada zon penyingkiran.

Ivan Klasnic menjaringkan gol lewat permainan bagi memastikan kemenangan Bolton selepas penyerang QPR, Djibril Cisse memadam jaringan awal Darren Pratley, walaupun pelawat dinafikan gol pertama Clint Hill pada minit ke-20.
Tandukan padu Hill daripada sepakan sudut ditampan keluar penjaga gol Bolton, Adam Bogdan tetapi bola jelas sudah melepasi garisan gol tetapi tidak disahkan pengadil, Martin Atkinson. – Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan